Kerajaan Semut

Muqaddimah: Surah An-Naml (Semut):

Surat an-Naml terdiri daripada 93 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah Asy Syu'araa'.

Dinamai dengan "An Naml", kerana pada ayat 18 dan 19 terdapat perkataan "An Naml" (semut), di mana raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk ke sarang masing-masing, supaya jangan terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya yang akan lalu di tempat itu. Mendengar perintah raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman tersenyum dan ta'jub atas keteraturan kerajaan semut itu dan beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah melimpahkan ni'mat kepadanya, berupa kerajaan, kekayaan, memahami ucapan-ucapan binatang, mempunyai tentera yang terdiri daripada jin, manusia, burung dan sebagainya. Nabi Sulaiman a.s. yang telah diberi Allah ni'mat yang besar itu tidak berasa takbur dan sombong, dan sebagai seorang hamba Allah mohon agar Allah memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Allah Subhanahu Wata'ala menyebut binatang semut dalam surat ini agar manusia mengambil pelajaran dari kehidupan semut itu.

Semut adalah binatang yang hidup berkelompok di dalam tanah, membuat liang dan ruang yang bertingkat-tingkat sebagai rumah dan gudang tempat menyimpan makanan musim dingin. Kerapian dan kedisiplinan yang terdapat dalam kerajaan semut ini, dinyatakan Allah dalam ayat ini bagaimana rakyat semut mencari perlindungan segera agar jangan terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya, setelah menerima peringatan dari rajanya.

Secara tidak langsung Allah mengingatkan juga kepada manusia agar berusaha untuk mencukupi keperluan seharian, mementingkan kemaslahatan bersama dan sebagainya, rakyat semut mempunyai organisasi dan kerjasama yang sangat baik.

Dengan mengisahkan kisah Nabi Sulaiman a.s. dalam surah ini Allah mengisyaratkan hari kehadapan dan kebesaran nabi Muhammad s.a.w. Nabi Sulaiman a.s. sebagai nabi, rasul dan raja yang dianugerahi kekayaan yang melimpah ruah, begitu pula Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang nabi, rasul dan seorang ketua negara yang ummi' dan miskin akan berhasil membawa dan memimpin umatnya ke jalan Allah.

Rujukan:
Al-Quran dan Terjemahnya,
Mujamma' al-Malik Fahd Li Thiba'at al-Mush-haf,
Asy-Syarif Medinah Munawwarah, P.O. Box 6262,
Kerajaan Saudi Arabia.
Tahun 1419H.

Video Klip kerajaan semut di bawah tanah,Adalah
Kekuasaan Allah Ta'ala







Wallahu'alam....

Artikel "KERAJAAN SEMUT" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

3 ulasan:

selamat berkongsi Artikel...silakan untuk kebaikan bersama...

Assalammualaikum...Saya seorang pendosa..Saya ingin mengetahui sebab sebenar kenapa ketika saya membuka kitab al-quran dalam terjemahan bahasa melayu atau rumi.kenapa mata saya ketika itu boleh melihat didalam kitab tersebut kejadian yang akan berlaku keesokan harinya.dan saya boleh mengetahui tentang seseorang yang saya mahu tahu disaat membuka kitab tersebut.saya harap ada yang mengalami kejadian dan pengalaman seperti saya.saya juga berharap tuan/puan dapat beri penjelasan dan penerangan..Terima kasih

Catat Ulasan

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...