KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD

Syeikh Abdul Halim Mahmud adalah Imam besar al-Azhar pada tahun 1973,lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed, di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir

Sifat dan kejahatan Yahudi dalam Al-Quran

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].

VIDEO KLIP DALAM KA'BAH

Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarah, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a.

VIDEO KLIP PERANG SINAI (Mesir) 1967-1973

Mimpi yang benar oleh mantan Syeikh Al-Azhar,Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud,mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel.

KISAH-KISAH DALAM AL-QURAN BUKTI MUKJIZAT

Al-Qur’an adalah Kalam Allah S.W.T. yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai risalah Tuhan Yang Maha Agung.

VIDEO KLIP HOLOCAUST


Pembunuhan Beramai-Ramai


Holocaust merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia II. Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945.

Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama Holocaust dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi". Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini. Selain kaum Yahudi, kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan atau "undesirables" oleh masyarakat seperti golongan Slave (seperti rakyat Poland, Russia dan lain-lain), Rroma (atau Roma),golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan homoseks. Oleh sebab kekurangan rekod, agak sukar untuk menetapkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban dalam Holocaust ini tetapi dijangkakan terdapat lebih kurang 26 juta orang yang terbunuh dalam masa yang singkat.

Terdapat segolongan orang, yang dikenali sebagai "Holocaust deniers" (penafi Holocaust). Menurut orang-orang ini, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, tidak pernah mengarahkan pengikutnya untuk membunuh kaum Yahudi. Mereka juga mendakwa bahawa anggaran enam juta orang Yahudi terkorban adalah terlalu tinggi, dan nombor yang sebenar adalah kurang daripada sejuta.

Kegiatan Holocaust dijalankan di semua tempat yang ditakluk oleh tentera Jerman sewaktu Perang Dunia II, biasanya di kem pelupusan. Satu kem ini yang paling terkenal merupakan Kem Auschwitz-Birkenau. Biasanya, kaum Yahudi dibawa ke sini melalui kereta api, dan dibawa ke bilik gas. Di situ, pil Zyklon B dilontarkan ke dalam bilik tersebut. Pil ini bertukar kepada gas "cyanide" yang maut. Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal dunia, mayat mereka dibakar.

Setelah Jerman dikalahkan oleh tentera Perikatan, ramai pemimpin Nazi Jerman didakwa di atas jenayah terhadap kaum manusia ("crimes against humanity"). Kebanyakan mereka didapati bersalah, walaupun mereka beritahu mahkamah bahawa mereka hanya mengikut arahan, dan digantung sampai mati. Namun, Adolf Hitler tidak dapat dihukum — beliau bunuh diri beberapa hari sebelum Jerman menyerah kalah.


video

video

video

video

Marilah kita sama-sama berfikir sejenak kenapalah tentera Jerman tanpa berperikemanusian membunuh yahudi dengan kejam,tidak kira lelaki dan wanita mahupun kanak-kanak,mesti ada sebab tersendirikan??? tak kan bunuh begitu saja,dengan tanpa reason tersendiri,kerja gila!!! walhal sudah kita ketahui sebelum ini,bahawa yahudi memang sentiasa dihalau,ditentang,ditendang,di bunuh dan dinafikan hak sejak zaman berzaman,Sebagai contohnya:

Sepanjang sejarah, ramai pemerintah, empayar dan bangsa telah menindas populasi Yahudi mereka atau mencari untuk lenyapkan mereka seluruhnya.Sejarah antisemitisme(anti yahudi) termasuk Perang Salib Pertama yang mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai Yahudi, Penyiasatan Sepanyol (diketuai oleh Torquemada) dan Penyiasatan Portugis, dengan penindasan mereka dan Auto de fé terhadap Kristian Baru dan Yahudi Marrano; pembunuhan beramai-ramai Cossack Bohdan Chmielnicki di Ukraine; Pogrom dibantu oleh Tsar Rusia; baik juga pengusiran dari Sepanyol, Portugal, England, Perancis, Jerman, dan lain-lain negara iaitu yang Yahudi menetap. Penindasan sampai kepada kemuncak dari Penyelesaian Terakhir Adolf Hitler yang membawa kepada Holocaust dan pembunuhan kira-kira 6 juta Yahudi dari 1942 hingga 1945.

Sebelum ini pun,isu hitler bersama mufti dalam episod yang lalu,bukanku nak katakan bahawa Agama Islam ini ialah satu agama menindas,terorist(pengganas) dan menyokong keganasan.Daku sesekali tidak bersetuju bahawa wujudnya atau terbina 'daulah islamiah' adalah berdasarkan mata pedang(kekejaman dan pembunuhan) untuk meluaskan empayar Islam.

Walhal sudah kita ketahui,bahawa semasa peperangan pada zaman Rasulullah sallahualaihiwassalm sendiri pun memberi keamanan dan jaminan terhadap golongan kuffar(kafir) seperti orang tua,kanak-kanak,wanita dan tempat ibadat(gereja) mahupun tawanan perang itu sendiri,dimana mereka ini tidak boleh dibunuh dan di apa-apakan sesukahati.Adakah jika seseorang islam itu,mempertahankan tanah air mereka dan berjuang sehabis-habisan dikatakan penganas(terorist).

Kita boleh ambil contoh apa yang berlaku pada saudara kita di palastin,iraq,chechen,bosnia,kashmir,afganistan dan lain2 lagi.Tidak dapat diterima dek akal,apabila mereka ini dituduh dan dilabel sebagai penganas dan musuh dunia oleh agen-agen yahudi dan propaganda barat untuk menjahanamkan dan memburukan islam,padahal mereka berjuang menegakkan keadilan dan berjihad fi'e sabilillah(menuju jalan Allah).

Tentang Sejarah dunia pula kadang-kadang berita tentang mengenainya,boleh di manipulasi oleh pihak musuh yang amat membenci Islam.Mereka bukan sengaja mengubah fakta sejarah,malah turut menyenarai hitam(blacklist)dan menafikan hak-hak pejuang dan rakyat yang mempertahankan kedaulatan Agama,bangsa dan negara.

Sebagai contohnya,yang kita boleh lihat sebelum ini pada apa yang berlaku di Baitul Maqdis (palastin) dimana pihak yahudi dengan sengaja mengali terowong yang dalam di bawah masjidil Aqsa.Menurut sumber ahli sejarah dan arkeologi(bangsa yahudi) mereka mengatakan tapak bawah tanah masjidil Aqsa merupakan kuil Yahudi pada zaman lampau,berkaitan kerajaan SOLOMON.

Selain itu juga,perebutan scroll(naskah laut mati) antara pihak Jordan dan Israel masih berlanjutan sehingga sekarang.Negara Israel menganggap benda bersejarah ini adalah naskah tertua dari kitab suci bangsa Yahudi.Jika sebelum ini mereka merampas Tanah rakyat Palastin secara 'Haram' malahan mereka tanpa segan silu,merubah fakta sejarah tersebut.Sila rujuk dalam artikel sebelum ini mengenai 'penubuhan Negara Haram Israel'

Mengenai hubungan baik hitler dan mufti,anda boleh rujuk dalam sejarah penubuhan tentera Islam pada keluaran yang lalu....


Kalau kita mengkaji,perhatikan dan teliti betul-betul pada keterangan ayat 26 dari surah al-ahzab,

Firman Allah s.w.t bermaksud:

Dan Dia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi)yang membantu
tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah
diisikan-Nya hati mereka dengan perasaan gerun.(Lalu mereka diadili dan
dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antara-nya kamu bunuh, dan sebahagian
lagi kamu tawan.

Saudara-saudari boleh kenal pasti sebab apa turunnya ayat ini????juga,sila rujuk artikel lain dalam penulisan blog ini mengenai sejarah Islam tentang berkaitan peperangan Bani Quraizah dan peperangan Bani Nadhir,di sana anda akan tahu kenapa Rasulullah sallahualaihiwsslm memerangi golongan Yahudi..

Selain itu juga anda boleh memahami istilah konsep kafir harbie(kafir yg boleh diperangi) dan siapa dia kafir zimmi(kafir yg ada keamanan)???insyallah segala kemushkilan anda akan terjawab setelah anda memahami konsep tersebut.

Ana minta maaf jika terdapat kekeliruan disini.yang baik hanyalah datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu hanyalah datang dari kelamahan ana sendiri.

Moga-moga video klip ini dapat memberikan kita pengajaran dan keinsafan bahana peperangan,fikir-fikirkanlah maksud yg tersirat dan tersurat darinya....selamat menonton....wallahu'alam....


Sekian Wassalam....

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

Artikel "VIDEO KLIP HOLOCAUST" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan,hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

AKHNUKH

Nabi Idris as. Naik Ke Langit

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”

(Maryam: 56-57)

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.

Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.

Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.

Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.

Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.

Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”

Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.:

“Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”

Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”

“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”

“Benar ya Idris.”

“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”

“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”

“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”

“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”

Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”

Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.

Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.

Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”

Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.

Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.

Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.

Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut.

Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”

Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut:

“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.

Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”

Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”

(Ali-Imran: 185)

Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”

(Maryam: 71)

Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”

(Al-Hijr: 48)

Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”

(Maryam: 56-57)


Dipetik Dari Buku: Rahsia 7
Pengarang: Sheikh Abu Nashr Muhammad 'Abdur Rahman.


Wallahu'alam....

Nabi Sulaiman Dengan Ratu Balqis,Jin Dan Semut

Jin Sebahagian Tentera Nabi Sulaiman

Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.

Firman Allah;

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.”

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya,

“Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”

(An-Naml: 16-19)

Rezeki Seekor Semut

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.

Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Iri Hati Dengan Ratu Balqis

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk di atas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.

Firman Allah SWT:

“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13)

Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Di dalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Di dalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Di dalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. Di Syurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.

Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.

Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Di dalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan di dalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.

Di dalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.”

(Al-Qamar: 54-55)



Wallahu'alam....

10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah:

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).

Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kukuh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu.Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi).

Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik( haruman kasturi). Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”

Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. iaitu berbahagia dikala berbuka dan dikala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.

Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menjaga kesihatan dan sembuh dari pelbagai penyakit. “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).

Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat marak api neraka dalam bentuk apapun juga. Rasulullah S.A.W. berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).

Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud: “(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Qs. At Taubah: 112).

Firman Allah Ta'ala lagi:

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Az-Zumar: 10)

Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari zat Yang Maha Pemberi, Allah s.w.t.

Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktiviti orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan bertujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya jugalah ibadah.

Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipat gandakan (pahalanya).”

Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama dengan orang yang berpuasa itu sendiri meskipun,walaupun dengan sepotong roti atau seteguk air.

Dalam satu riwayat Nabi bersamda: seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meskipun hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).

Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan berselawat (memintakan ampunan) baginya.



Wallahu'alam....

VIDEO KLIP HITLER BERSAMA MUFTI

Memang menarik dan teruja bila baca kisah tokoh2 yang kita ketahui,orang bukan Islam(non muslim)tapi mereka menghormati Islam dan rakyat muslim ,bahkan memberi kebebasan dalam melaksanakan sesetengah amalan Islam ,ajaibkan!!!

Adolf Hitler adalah seorang ketua pemimpin tentera Jerman ,di mana beliau sering memuji Islam dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai sistem panduan hidup dan tokoh yang hebat . Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau "Mein Kampf " yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

Namun ada sebilangan tentera jerman diantara mereka yang masuk Islam dan ada yang tidak masuk Islam sepenuhnya.sayang sekalilah,bagi mereka yang melihat kehebatan Islam tapi tidak menerima Islam sepenuhnya.

Video klip dibawah ini menunjukkan hubungan Hitler dan Mufti.


video

Terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar. Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini.

Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Pasukan itu mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal disekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Semoga kita semua beroleh manfaat@sentiasa(awas) berjaga-jaga terhadap propaganda yahudi,sekutunya@pengaruh barat.'berkatalah yg benar walaupun sekalipun ia pahit.


( قل الحق ولو كان مرا )


Wallahu’alam....

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

Artikel "VIDEO KLIP HITLER BERSAMA MUFTI" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan,hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

Maksud Solat Berjama`ah


Solat berjama`ah ialah ikatan yang berlaku antara solat imam dan ma'mum. (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy).

Diantara solat yang dituntut berjama`ah; solat fardu yang lima, solat Juma`at, solat dua hari raya secara tahunan di tiap-tiap negeri dan kampong.. (Al-Zuhailiyy,
Al-Feqh Al-Islamiyy).


Wallahu'alam....

Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini

Tuntutan Solat Fardhu Berjama`ah Menurut Al-Qur'an


(1)Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Al-Qur'an:

Menurut Al-Qur'an;

Firman Allah S.W.T.:

أقِيْمُـوْا الصَـلوةَ وَءاتُوْا الزَكَـوةَ واركَعُـوْا مَعَ الرَّاكِعِـيْنَ
bermaksud:

"Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`"(Al-Baqarah 2 : 43)

Maksud ruku` bersama orang-orang yang ruku` ialah tuntutan supaya solat fardhu di lakukan secara berjama`ah.

FirmanNya lagi:
وَإذَا كُنْتَ فِيْهِمْ فَأقَمْتَ لَهُم الصَّـلاَة
bermaksud:

"Dan jika engkau (hadir) bersama mereka, maka dirikanlah bersama mereka solat ..."
(Al-Nisa' 4 : 102)

Pengajaran dari ayat-ayat di atas ialah bahawa jika solat dalam masa perang dituntut berjama`ah, maka tuntutan dalam suasana damai lebih aula (lebih kuat tuntutannya).

(Al-Zuhailiyy Al-Feqh Al-Islamiyy Wa Adillatuh)

FirmanNya lagi:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ سورة التوبة: الآية: 18.
bermaksud:

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. (at-Taubah : 18)

Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.


Wallahu'alam....

Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini

Tuntutan Solat Fardhu Berjama`ah Menurut Hadis


(2)Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Hadis:

Menurut Al-Hadith:

Sebda Rasulullah s.a.w. menurut riwayat Abu Hurairah:

صَلاةُ الجَمَاعَةِ أفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الْفَذِّ بِسَبِعٍ وَعَشْرِيْنَ دَرَجَةً وَفِىْ رِوَايَةً : بِخَمْسٍ وَعَشْرِيْنْ دَرَجَةً
bermaksud:

"Solat berjama`ah lebih afdhal dari solat seorang diri dua puluh tujuh darjat". Menurut riwayat yang lain: "dua puluh lima darjat". Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Dari Ubai bin Ka`b r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w., :


وَأنَّ صَـلاةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أزْكَىْ مِنْ صَـلاتِهِ وَحْدَهُ، وَصَـلاتَهُ مَعَ الرَجُـلَيْنِ أزْكَىْ مِنْ صَـلاتِهِ مَعَ الرَجُلِ. وَكُلَ مَاْ كَـثُرَ فَـهُوَ أحَبُّ إلَىْ اللهِ عَزَّوَجَـلَّ

bermaksud: "... Solat seseorang lelaki dengan seorang lelaki lain adalah lebih sempurna (azka) dari solat seorang diri, dan solatnya dengan dua orang lebih sempurna dari solatnya dengan seorang, dan setiap yang lebih banyak lebih disukai di sisi Allah A.W.J.." Riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Nasa'iyy, Ibnu Huzaimah, Ibnu Habban dan Al-Hakim.

Dari Abu Musa r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w., :


أَعْظَمُ الَّناسِ أجْرًا فِىْ الَّصلاةِ أبْعَدُهُمْ مَمْشَىْ. وَالَّذِىْ يَنْتَظِرُ الصَّلاةَ حَتَّىْ يُصَلِيْهَاْ مَعَ الإمَاْمِ أعْظَمُ أجْرًا مِنَ الَّذِىْ يُصَلِّىْ ثُمّ يَنَـاْمُ
bermaksud:

"Sebesar-besar pahala solat diperolehi oleh manusia ialah mereka yang paling jauh perjalanannya (untuk menunaikan solat), dan yang menunggu untuk bersembahyang beserta imam adalah lebih besar pahala dari mereka yang bersembahyang kemudian ia tidur." Riwayat Al-Bukhariyy.

Dari Ummu Darda', katanya: Abu Darda' telah datang kepadaku dalam keadaan marah. Maka aku bertanya:


مَا أغْضَبَكَ ؟ فَقَالَ: وَاللهِ مَا أعْرَفَ مِنْ أمْرِ مُحَمَّدً (ص) إلا أَنَّهُمْ يُصَلُّوْنَ جَمِيْعًـا.
Bermaksud:

"Apa yang menimbulkan kemarahan engkau? Maka jawabnya: Aku tidak tahu perintah Muhammad s.a.w. Sedang mereka semuanya (sama-sama - berjama`ah) melakukan sembahyang." Diriwayatkan oleh Al-Bukhari.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Seorang buta (Ibnu Ummi Maktum) telah datang kepada Rasullullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasullullah, sesungguhnya tiada bagiku pemandu arah yang memandu aku ke Masjid (untuk menunaikan solat fardhu berjama`ah). Kemudian ia meminta Rasullullah s.a.w. melonggarkan tanggungan (solat berjamaah) baginya. Maka setelah ia berpaling untuk pergi, dipanggilnya oleh Rasul¬ullah s.a.w. dengan bersabda kepadanya:


هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ ؟ قَالَ : نَعَـمْ. قَالَ : فَأَجِبْ
bermaksud:

"Adakah engkau mendengar panggilan (azan)?" Maka jawabnya: "Ya". Maka sabda(nya): "Jawablah (yakni tunaikanlah secara berjamaah)." Riwayat Muslim dan Al-Nasa'iyy.

Dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya:


وَلَقَدْ رَأيْتُنَـا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنِ الصَّلاةِ إلا مُنَا فِقٌ قَدْ عُلِمَ نِفَاْقُهُ أوْ مَرِيْضٌ. إنْ كَانَ المَرِيْضُ لَيَمْشِى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّىْ يَأْتِىالصَّلاةَ.وَقَاْلَ: أنَّ رَسُوْلَ الله (ص) عَلَّمَنَا سُنَنَ الهُدَىْ، وَإنَّ مِنْ سُنَنَ الُهدَىْ الصَّلاةُ فِىْ المَسْجِدِ الذِى يُوْءذَنُ فِيْهِ

bermaksud:

"Sesungguhnya aku melihat bahawa kita semua tiada yang membelakang solat (berjama`ah) melainkan orang munafiq yang sedia diketahui kemunafiqkannya atau orang sakit. Sekiranya ia sakit ia akan berjalan (memapah) antara dua lelaki se-hingga mendatangi solat (berjamaah). Kemudian ia berkata: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. mengajarkan kita amalan yang benar (sunan al-huda) dan di antara amalan yang benar ialah melakukan solat di masjid yang diazankan padanya."

Riwayat Muslim dan Abu Daud. Ditambah oleh Abu Daud:


وَمَا مِنْكُمْ مِنْ أحَدٍ إلا وَلَهُ مَسْجِدٌ فِىْ بَيْتِهِ. وَلَوْ صَلَيْتُمْ فِىْ بُيُوْتِكُـمْ وَتَرَكْتـُمْ مَسَـاجِدَكُمْ تَرَكْتـُمْ سُـنَّةَ نَبِيِّكُمْ (ص)، وَلَوْ تَرَكْتُـمْ سُـنَّةَ نَبِيِّـكُمْ لَكَفَـرْتُمْ

Bermaksud:

"Tidak ada seseorang dari kamu melainkan membuat masjid (tempat solat) di rumahnya, sekiranya kamu sembahyang di rumah kamu dan kamu tinggalkan amalan solat di Masjid kamu, (bererti) kamu meninggal sunnah Nabi kamu s.a.w. dan sekir-anya kkamu meninggalkan sunnah Nabi necaya kamu menjadi kufur." Riwayat Abu Daud.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasullullah s.a.w.,:


أثْقَـلُ صَـلاةٍ عَلَى المُنَـافِقِيْنَ صَـلاةُ العِشَـْاءِ وَصَـلاةُ الفَجْرِ.وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيْهِمَا َلأتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّـلاةِ فَتُقَـامُ ، ثُمَّ آمُرَ رَجُلا فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ ، ثُمَّ أنْطَلِقُ مَعِى بِرِجَالً مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حُطَبٌ إلَى قَوْمٍ لا يَشْهِدُوْنَ الصَّلاةَ فَأُحْرِقُ بُيُوْتَهُمْ

Bermaksud:

"Seberat-berat solat ke atas golongan munafiq ialah solat `Isya' dan solat Subuh. Jika mereka tahu kelebihan pada kedua-dua solat tersebut, tentu mereka akan menunainya (secara berjamaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat). Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara berjamaah dengan memerintah seorang lelaki bersolat (menjadi imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan keluar dengan sekumpulan lelaki bersama beberapa berkas kayu api untuk menemui mereka yang tidak menunaikan solat fardhu (dengan berjamaah) maka aku akan bakar rumah-rumah mereka." Diriwayatkan oleh Priwayat Al-Sittah (yang enam) - Imam Al-Bukhariyy, Muslim, Malik, Abu Daud, Al-Tarmiziyy dan Al-Nasa'iyy.

Dari Ibnu 'Abbas r.a.: ... dan ditanya mengenai seorang lelaki yang (selalu) berpuasa disiang hari dan bangun di waktu malam, sedang ia tidak melakukan solat (fardhu) berjama`ah dan solat Jumaat? Maka sabdanya:


هَذَا مِنْ أهْلِ النَّـاْرِ

bermaksud:

"Ini adalah dari ahl i neraka” Diriwayatkan oleh Al-Tarmiziyy.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:


مَنْ سَـمِعَ المُـنَادِى فَلَمْ يَمْنـَعْهُ مِنْ إتْبَاعـِهِ عُذْرٌ لَمْ تُقْبـَلْ مِنُهُ الصَّـلاةُ الَّتِىْ صَـلاهَا . قِيْلَ: وَمَا الْعـُذْرُ ؟ قَاْلَ: خـَوْفٌ أوْ مَرَضٌ
Bermaksud:

"Sesiapa yang mendengar orang memanggil (untuk solat - atau azan), dan tidak dihalangi oleh sebarang keuzuran (untuk menunai panggilan tersebut), tidaklah diterima solat yang dilakukannya. Ditanyakan: Apakah maksud keuzuran itu? Maka sabdanya: Takut (khauf) atau sakit”.Diterbitkan oleh Abu Daud.

Menurut Ibnu `Abbas:


أنَّ النَّبِىَّ (ص) فَسَّرَ العُذْرَ بِالْخَوْفِ وَالْمَرَضِ
Bermaksud:

“Bahawa Nabi s.a.w. mentafsirkan uzur itu dengan (maksud) takut dan sakit.”

Riwayat Abu Daud.

"Takut" (khauf) terbahagi tiga; takut ke atas diri atau harta atau ahli keluarga (Ibnu Qudamah, Al-Mughniyy).

Dari Abu Darda' r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ. رواه أبو داود والنسائي

Bermaksud:

"Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, sama ada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.

Dari Yazid bin Aswad r.a. bahawa beliau telah bersembahayang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Apabila selesai solat tersebut, beliau mendapati dua lelaki tidak bersembahayang bersama Baginda, maka Baginda memanggil kedua-duanya dan bertanya: “Apa yang menghalang kamu bersembahayang dengan kami?” Jawab kedua-dua mereka: “Kami telah sembahayang di rumah kami.” Maka sabda Baginda:


فَلا تَفْعَـلْ، إذَا صَلَيْتُـمَاْ فَىْ رِحَالِكُمَـْا ثُمَّ اَدْرَكْتُمَـْا الإمَاْمَ وَلَمْ يُصَـلِّ فَصَلِّيَا مَعَهُ، فَإِنَّهَـا لَكُمَـْا نَاْفِلَـةٌ

Bermaksud:

“Jangan kamu lakukan. Apabila kamu sembahayang di tempat kamu, kemudian menemui imam sedang ia belum sembahyang, maka sembahyanglah bersamanya, sesungguhnya ia (sembahyang) bagimu adalah kelebihan “nafilah” (sunnah).”

Riwayat Ahmad dan tiga periwayat lain dan disahkan oleh Ibnu Habban dan Al-Tarmiziyy.

Hadis ini menuntut orang yang telah melakukan solat secara sendirian supaya mengulangi solatnya jika mendapati imam belum mendirikan solat, supaya dilakukan semula bersamanya.


Wallahu'alam....


Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini

Tuntutan Berjama`ah Menurut Ulamak Feqah


(3)Tuntutan Berjama`ah Menurut Ulamak Feqah:

(Di bawah tajuk ini di jelaskan bagaimana ulamak feqh memahami perintah syarak atau amalan Rasulullah s.a.w. mengenai solat berjama`ah)

Berdasarkan Al-Qur'an dan Al-Hadith,ulamak berbeza pendapat berhubung dengan hukum solat fardu berjama`ah, oleh sebab percanggahan dalil-dalil pada perkara tersebut (Ibnu Rushd, Bidayah Al-Mujtahid), seperti berikut:

Pendapat pertama:

Kata Al-Hanafiyyah dan Al-Malikiyyah serta sebahagian dari ulamak Al-Shafi`iyyah (Al-Nawawiyy, Al Majmu`dan Al-Zuhailiyy,Al-Feqh Al-Islamiyy ): Berjama`ah pada solat fardhu selain solat Jum`at adalah sunat mu'akkad keatas lelaki berakal yang mampu menunaikannya. Tidak wajib ke atas wanita kanak-kanak, hamba, orang yang tidak berkeupayaan berjalan, orang sakit, orang tua, serta orang yang terpotong tangan dan kaki.

Ianya sunat kerana merujuk kepada zahir hadis yang lalu (iaitu hadis yang bermaksud: "solat berjama`ah lebih baik dari solat berseorangan dua puluh lima kali ganda" atau "dua puluh tujuh kali ganda") yang menunjukkan bahawa solat dalam jama`ah adalah dari jenis yang disunatkan sebagai menambah-sempurnakan lagi solat fardhu yang wajib itu, seolah-olah seperti sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud): "solat berjama`ah lebih sempurna dari solat seorang diri". Keadaan yang "sempurna" adalah perkara yang melebihkan pahala, bukan tuntutan yang dimestikan.

Menurut Al-Zaahidiyy (Al-Hanafiyy), dimaksudkan dengan “sunat mu’akkad” dalam mazhab Hanafiyy ialah “wajib” (al-wujub) melainkan pada solat jum`at dan `aid maka ia adalah merupakan syarat (Ibnu`Abidin, Al-Dar Al-Mokhtar)

Pendapat kedua:

Menurut pendapat yang "asah" dari mazhab Al-Shafi`iyyah (Al-Nawawiyy, Al-Majmu`, Al-Sharbiniyy, Mughniyy Al-Muhtaj dan Al-Zuhailiyy) , hukum berjama`ah solat fardhu adalah fardhu kifayah ke atas lelaki yang merdeka, bermukim dan tidak bertelanjang, di mana solat tersebut menojolkan syi`ar jama`ah dengan mendirikannya di masjid (bukan di rumah) setiap kampung atau mukim. Jika semua enggan mendirikannya, diperangi. Tidaklah dituntut ke atas perempuan seperti tuntutan ke atas lelaki.

Di antara dalilnya, sabda Rasulullah s.a.w (pada hadis Abu Darda’) yang bermaksud.:

""Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”.

Riwayat Abu Dawud dan Al-Nasaa’iyy dengan diperakukan oleh Ibnu Habban dan Al-Hakin.

Imam Al-Shafi`iyy sendiri menyebutkan bahawa tidak harus seseorang lelaki meninggal solat berjama`ah, samaada bermukim atau bermusafir, beralasan hadis Abu Hurairah mengenai cadangan Rasulullah s.a.w. membakar rumah lelaki yang mengabaikan solat fardhu berjama`ah dan hadis Abdul Rahman bin Harmalah:


بَيْنَنَـا وَبَيْنَ المُنَافِقِيْنَ شُـهُوْدُ الْعِشَاءِ وَالصُّبْحِ، لايَسْتَـطِيْعُونَهُمَا

Bermaksud:

“Diantara kita dan golongan munafiq ialah kehadiran solat `Isya’, mereka tidak berupaya …”

(Al-Shafi`iyy, Al-Umm)

Pendapat Ketiga:

Menurut pendapat Al-Hanbaliyyah (Ibnu Qudamah, Al-Mughniyy, Al-Rafi`iyy, Fath Al-`Aziz, Al-Nawawiyy, Al-Majmu`, Al-Zuhailiyy) berjama`ah mendirikan solat fardhu adalah wajib`ainiyy, iaitu wajib ke atas setiap mukallaf.

Dalil mazhab ini dan mereka yang sama pendapat dengannya ialah ayat Al-Qur'an mengenai solat khauf dan ayat perintah ruku` bersama orang yang ruku', hadis Abu Hurairah mengenai solat terberat ke atas golongan munafiq ialah solat `isya' dan solat subuh, hadis Abu Hurairah mengenai Rasulullah bersumpah untuk membakar rumah lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah, hadis mengenai orang rabun (seorang sahabat) yang dituntut berjama`ah jika mendengar azan, hadith Ibnu Mas`ud yang menjelaskan bahawa di zaman Rasulullah s.a.w. hanya orang munafiq sahaja yang tidak menunaikan solat fardu berjama`ah dan hadith Jabir serta Abu Hurairah yang menafikan fadhilat jiran masjid yang bersembahyang di rumah sendirian dan hadith-hadith lain-lain.

Mazhab ini, diperkuatkan lagi wajib berjama`ah solat fardhu itu, oleh perintah syarak supaya solat khauf (sembahyang fardhu dalam keadaan perang - keadaan takut) dilakukan secara berjama`ah dan juga harus melakukan solat fardhu secara jama` oleh sebab hujan, yang semua itu tidak lain melainkan kerana keperluan menjaga solat fardu supaya dilakukan secara berjama`ah.

Akan tetapi tidaklah berjama`ah itu sebagai syarat sah solat seperti di naskan oleh Imam Ahmad.

Hukum Solat Berjemaah.

Sepakat para ulamak menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka khilaf tentang hukumnya. Ada yang menganggapnya fardu ain seperti Imam Auzaiey, Atoa', Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian muhaddisin mazhab Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan Ibnu Hibban. Ada yang menganggapnya fardhu kifayah sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkadah. Imam Bukhari juga menganggap solat berjemaah itu wajib.

Kesimpulannya, hukum solat berjemaah adalah sunat muakkadah ataupun fardhu kifayah jika dilihat kepada hukumnya bagi setiap waktu sembahyang satu persatu, tetapi jika dilihat kepada hukumnya secara keseluruhan, maka hukum sembahyang berjemaah adalah fardhu ain. Ini bererti, seseorang muslim dilonggarkan untuk meninggalkan solat berjemaah sekali-sekala, tetapi tidak harus baginya untuk meninggalkannya secara berterusan, seolah-olah tidak ada sebarang ikatan antaranya dan antara solat berjemaah dan juga masjid. Kalaulah dia melakukan demikian, maka sebenarnya dia telah melakukan satu perkara yang dilarang oleh agama. Kerana inilah Rasulullah s.a.w. mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar untuk berjemaah.

Bahkan sembahyang berjemaah dan menghidupkan masjid merupakan tanda keimananannya. Firman Allah SWT: Hanyasanya yang memakmurkam masjid-masjid ialah orang yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat. Surah at-Taubah: 18. Sabda Rasulullah s.a.w.: Bila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa ke masjid, maka bersaksilah bahawa dia memang seorang yang beriman. Riwayat Ahmad dan Tirmizi. Berkata Ibnu Mas'ud: Memang jelas daripada pemerhatianku, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang munafik yang jelas sikap munafiqnya. Riwayat Muslim. Begitu juga haramnya bagi seluruh orang Islam di sesuatu kawasan untuk meninggalkan solat berjemaah, kerana itu bererti menghapuskan satu daripada syiar Islam. Maka mereka wajib dikenakan tindakan oleh pemerintah, sekalipun mereka semua menganggap hukumnya hanyalah sunat muakkadah.

Adapun berjemaah pada solat sunat, maka ia adalah harus, kerana Rasulullah s.a.w. beberapa kali pernah melakukannya. Dan terdapat beberapa solat sunat yang memang disunatkan berjemaah. Dan tuntutan solat berjemah tidak dikenakan kepada perempuan, kanak-kanak dan juga para musafir.


(4)Menurut Ijma`:

Telah sabit ijma` al-sahabah bahawa tuntutan syarak terhadap solat berjama`ah adalah selepas Hijrah. Didalam Al-Ihya', oleh Al-Ghazaliyy, dari Abu Sulaiman Al-Daraniyy katanya: "Tidak luput seseorang dari solat berjama`ah melainkan ia berdosa". Katanya lagi: Golongan Al-Salaf mengurungkan diri mereka tiga hari jika tidak sempat solat bersama imam dengan takbir pertama, dan tujuh hari jika tidak sempat berjama`ah.


Wallahu'alam....


Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini

Keadaan-Keadaan Yang Diharuskan `Uzur Dari Solat Fardhu Berjama`ah

(1) Sakit; iaitu kesakitan yang menjadi keuzuran untuk hadir berjama`ah di masjid seperti demam panas, lumpuh, orang tua yang uzur dan seumpamanya. Dalil faktor ini ialah hadis Abu Hurairah dan Ibnu `Abbas yang di atas. Selain dari itu, Rasulullah s.a.w. ketika sakit, tidak hadir ke masjid dan berkata kepada sahabat:

مُرُّوْا أبَا بَكْرٍ، فَلْيُصَـلِّ باِلنَّاسِ
Bermaksud:

“Suruhlah Abu Bakar bersembahayang (menjadi imam) dengan manusia.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Rasulullah s.a.w. tinggal solat berjama`ah beberapa hari kerana sakit. (Al-Shafi`iyy, Al-Umm, 1/138)

(2) Takut; iaitu takut kemudaratan ke atas diri atau harta atau keselamatan keluarga atau dibimbangi sakit. Dalil harus uzur kerana takut ialah hadis Abu Hurairah dan Ibnu `Abbas yang di atas.

(3) Hujan; termasuk selut, udara terlalu sejuk, atau terlalu panas, angin kencang dan kegelapan yang bersangatan. Dalil uzur pada keadaan tersebut ialah hadis Ibnu `Umar r.a. katanya:

كُنَّـْا إذَا كَاْنَ مَعَ رَسُوْلِ اللَهِ (ص) فِىْ سَفَرٍ، وَكَاْنَتْ لَيْلَةً مُظْلِمَةً أوْ مَطِـَيْرَةً ، نَادَىْ مُنَادِيْهِ : أنْ (أو " ألا " ) صَـلُوْا فى رِحَاْلِكُمْ

Bermaksud:

“Adalah kami apabila bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan, sedang malam gelap atau hujan, pemanggilnya (mu’azzin) melaungkan: “Tidakkah kamu bersembahayang di tempat tinggal kamu” (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm)

(4) Mengelak dari dua kekotoran, iaitu kekotoran air kecil dan kekotoran air besar kerana boleh menjejaskan kesempurnaan solat dan kekhusyukkan. (Al-Zuhailiyy,
Al-Feqh Al-Islamiyy)

(5) Berhadapan dengan makanan bagi orang berpuasa setelah berbuka atau berbuka puasa atau wujud makanan di saat kelaparan atau kedahagaan yang bersanghatan. .(Ibnu `Abidin, Radd Al-Mukhtar dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm)

(6) Kebimbangan ditinggal oleh “qafilah” perjalanan bagi perjalanan bersama orang ramai dan bukan perjalan sendirian.(Ibnu `Abidin, Radd Al-Mukhtar,dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm)

(7) Terlalu mengantuk seperti peristiwa seorang lelaki berpisah dari berimamkan Mu`az kerana bacaannya yang panjang, dimana Rasulullah diam (tampa melarang) mengenainya selepas diketahuinya. Walaupun demikian, jika sabar untuk dapat berjama`ah atau terus berjama`ah adalah lebih baik. (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy)

(8) Berada di dalam kurungan, kerana Islam tidak menuntut melaksana sesuatu melainkan sekadar terdaya (Al-Qur’an dan Al-Hadith). (Al-Zuhailiyy,
Al-Feqh Al-Islamiyy)

(9) Ditambah oleh Al-Shafi`iyy; kebocoran atap dipremis perniagaan, gempa bumi, udara yang terlalu panas samaada malam atau siang, usaha mencari binatang hilang yang dijangka boleh ditemui, usaha mendapatkan barangan yang dirompak, gemok yang keterlaluan, keresahan yang menjejaskan kekhusyukan, sebok dengan pengurusan jenazah, ada orang yang boleh menyakitkannya di jalan ke masjid, suasana pengantin baru pada solat malam, imam membaca panjang dari yang sewajarnya atau imam tidak mengikut sunnah atau terlalu cepat bacaan atau imam dari kalangan orang yang dimakruhkan mejadi imam, atau dibimbangi berlaku fitnah baginya atau dengannya.

Pendapat ini disokong oleh Al-Hanabilah dengan menganggap uzur oleh sebab panjang bacaan imam dan sebab pengantin baru. Menurut Al-Malikiyyah, gugur kewajipan solat Jum`at dan solat berjama`ah selama enam hari oleh sebab berbulan madu, dan tidak gugur pada hari ketujuh menurut pendapatnya yang masyhur.(Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, 2/170 - 172)


Wallahu'alam....


Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini

Kesimpulan Hukum Solat Fardhu Berjama`ah


(1) Dalil tuntutan solat fardhu dilakukan secara berjama`ah amat kuat, sehingga mendorong ulamak memperturunkan hukum, bahawa berjamaa`ah solat fardhu adalah wajib `ainiyy (wajib atas setiap mukallaf) - seperti pendapat Hanabilah dan Hanafiyah - ke atas lelaki atau fardhu kifayah atau sunat mu'akkad (sunat yang kekuatan tuntutannya hampir menyamai wajib `ainiyy).

Oleh itu,sepakat para ulamak menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka khilaf tentang hukumnya. Ada yang menganggapnya fardu ain seperti Imam Auzaiey, Atoa', Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian muhaddisin mazhab Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan Ibnu Hibban. Ada yang menganggapnya fardhu kifayah sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkadah. Imam Bukhari juga menganggap solat berjemaah itu wajib.

(2) Rasulullah s.a.w. amat memarahi lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah, walaupun orang itu berpuasa dan bangun malam, sehingga disabdakan bahawa mereka dari ahli neraka.

(3) Kemarahan Rasulullah s.a.w. itu sehingga membandingkan bahawa mereka yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah itu sama seperti orang munafiq dan rumah-rumah mereka layak dibakar suatu ancaman bagi mereka.

(4) Tuntutan solat fardhu bejama`ah itu sampai ke peringkat orang buta juga dituntut jika ada pemandu dan orang yang uzur juga dituntut jika ada orang yang boleh dipapahnya sampai ke sof solat.

(5) Keuzuran dari solat fardhu berjama`ah hanya layak bagi mereka yang sakit atau takut (khauf) sahaja atau berada dalam keadaan yang menghalang dari pergi ke tempat solat berjama`ah atau keadaan yang menuntut supaya tidal meninggalkan tempat berkenaan, bukan sebab sengaja.

(6) Syaitan sentiasa berusaha memesongkan masyarakat yang tidak mengambil berat tuntutan solat berjama`ah dengan berbagai-bagai cara.

(7) Semakin besar bilangan anggota jama`ah, semakin banyak kelebihan yang diperolehi.

wallahu'alam....


Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini

Kekeliruan Mengenai Solat Berjama`ah


Sering wujud dalam masyarakat anggapan dan tanggapan yang keliru mengenai ibadah solat berjama`ah, seperti berikut:

(1) Solat berjamaah sekadar untuk mendapat pahala lebih semata-mata. Tidak ada apa-apa celaan atau kutukkan Allah S.W.T. atau RasulNya. Oleh yang demikian, siapa yang melakukannya ia mendapat kelebihan dan siapa yang tidak melakukannya ia sekadar tidak mendapat pahala sahaja

(2) Mengagong dan membesarkan Allah S.W.T. hanya pada masa solat, ketika di atas kain sejadah sahaja, terutama pada hari Jum`at. Masa -masa lain tidak begitu penting dan terpulang pada kehendak masing-masing.

(3) Menganggap sembahyang tidak ada hubungan dengan pembentukan akhlak dan peribadi manusia. Seseorang yang menjadi baik tiada kena mengena dengan amalan solat.

(4) Menganggap sembahyang tidak kena mengena dengan penilaian seseorang itu berakhlak atau tidak. Kerana itu penilaian akhlak atau moral yang baik tidak diambil kira samaada seseorang itu melakukan solat atau tidak.

(5) Solat adalah amalan orang-orang dewasa dan orang-orang tua. Orang muda yang masih dalam keadaan yang sentiasa dipengaruhi oleh nafsu tidak sesuai untuk melakukan solat atau beribadat.

(6) Sotat fardhu boleh diganti pada masa lapang jika sebok dengan urusan-urusan penting, seperti:

 banyak kerja-kerja sekolah di rumah
 alasan orang lain juga tidak mementingkan sembahayang
 kesukaran mendapat air untuk wudhu’ - seperti dalam perjalanan
 kerja pejabat atau jadual syarahan di IPT terlalu padat atau perlu disegerakan
 ada tamu atau keluarga di rumah
 terlibat dengan sukan program negeri atau negara yang perlu benar-benar dijaga supaya tidak tergendala
 atau lain-lain alasan yang tidak munasabah dari segi syarak.


Wallahu'alam....


Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini

Solat Berjama`ah Sebagai Agenda Tarbiyah

“Tarbiyyah” bererti pendidikan (education). “Tarbiyyah Islamiyyah” bererti pendidikan yang membina dan membentuk manusia menyedari dirinya sebagai hamba Allah S.W.T. (`abd) dan khalifah di bumi.

Solat lima waktu berjama`ah, selain dari mendapat pahala berganda dua puluh tujuh atau dua puluh lima kali ganda, solat berjama`ah mempunyai kebihan yang banyak, terutama dalam membentuk individu dan masyarakat. Tegasnya solat berjama`ah beperanan besar dalam arina tarbiah Islamiyah, iaitu dalam pendidikan pendidikan Islam peringkat individu maupun pendidikan kemasyarakatan. Di antara peranan solat dalam agenda tarbiyah adalah seperti berikut:

(1) Aspek individu;

i. Mengelakkan dari gangguan syaitan, iaitu dorongan-dorongan yang membawa kepada mengabaikan perintah agama dan melakukan maksiat dan kemunkaran, samaada pada individu itu sendiri atau pada masyarakat. Dalil makksud ini ialah hadis Abu Darda’ yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti di atas dan juga hadis Anas r.a. dalam Sunan Abi Daud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"وَالَّذِىْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ، إنِّىْ لأرَىْ الْشَّـيَاطِيْنَ تَدْخُـلُ فِىْ خَلَلِ الْصَّفِّ كَأنَهَاْ الحَذْفُ
Bermaksud:

“Demi yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya aku melihat syaitan masuk ke celah sof (sof yang jarang) yang rupanya seperti anak-anak kambing.”

Akibat dari kelaziman seperti itu, ialah godaan dan pemesongan syaitan dan iblis terhadap diri orang yang solat dan kurang keberkesanan solat itu baginya.

ii. Latihan bagi individu untuk mengikut ketua, di mana keupayaan mengikut orang lain adalah merupakan amalan yang menuntut pengorbanan seseorang dari sifat mementing kehendak diri sendiri dan terlalu bertegas dengan pendapat sendiri tanpa bertolak ansur dengan kebenaran.

Imam solat adalah pemimpin yang memimpin pengikutnya ke arah mencari keredaan Allah S.W.T. dan mengikut perintahNya dengan mengikut hukum dan kaifiat pergerakan yang telah ditetapkanNya.

Abu Hurairah menyataka, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"إنَّمَا جُعِلَ الإمَامُ لِيُوءْ تَمَّ بِهِ. فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوْ، وَلا تُكَبِّرُوْا حَتَّىْ يُكَبِّرُ"

Bermaksud:

“Sesungguhnya di wujudkan imam adalah untuk diikut, maka apabila ia takbir maka hendaklah kamu takbir, dan janganlah kamu takbir melainkan sesudah ia takbir …”.

Riwayat Al-Bukhariyy dan Muslim serta Abu Daud.

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan oleh Allah S.W.T. itu, seperti disebutkan oleh Al-Kahlaniyy:

أَنَّهٌ (ص) تَوَعَّـدَ مَنْ سَـابَقَ الإمَامَ فِىْ رُكُوْعِهِ أوْ سُـجُوْدِهِ بِأنَّ اللهَ يَجْعَـلَ رَأسَـهُ رَأسَ حِمَـارِ

Bermaksud:

“Bahawa ia (Rasulullah s.a.w.) menginggatkam orang yang mendahului imam pada ruku` atau sujudnya, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar.”

(Al-Kahlaniyy, Subul Al-Salam.)

Perintah mengikut imam di samping mengingatkan akibat buruk mendahului tindakan imam seperti di atas, mengikgatkan akibat buruk boleh berlaku kepada masyarakat Islam apabila ada kalangan mereka tidak mengikut imam atau ketua.

iii.Latihan displin yang tinggi, di mana setiap orang perlu meluruskan sof (barisan), merapatkan antara seorang dengan yang lain dan menyamakan kedudukan bahu, seperti dalam hadis Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Luruskan sof, rapatkan antara satu dengan yang lain dan samakan bahu.dan samakan tengkok.”

Riwayat Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Habban.

Rasulullah s.a.w. juga menjelaskan keburukan orang yang tidak mengikut displin yang ditentukan Allah S.W.T. seperti dijelaskan oleh Al-Kahlaniyy di atas.

iv.Menuntut umat Islam supaya sentiasa bersikap positif dan berani. Hal ini adalah merujuk kepada hadis Abu Sa`id Al-Khudriyy r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan sahabatnya memenuhkan sof yang terhadapan supaya mara ke hadapan dan ikutnya dan mengikut mereka orang yang dibelakang mereka., dan kemudian Baginda bersabda;

" لا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأخَّـرُوْنَ حَتَّىْ يُؤّخِّرَهُـمُ الله"

Bermaksud:

“Tidaklah sesuatu kaum itu sengaja mengambil tempat di (sof) belakang melainkan akan dikebelakangkan oleh Allah S.W.T.”

Riwayat Muslim.

v. Berjama`ah solat membina kesatuan pendapat dan pemikiran di kalangan anggota jama`ah. Dalam hubungan ini, An-Nu`man bin Basyir ada meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Rasulullah s.a.w. menghadapkan muka kepada sahabat-sahabat (dalam sof solat) dan bersabda: lurus kamu (diulangkannya tiga kali). Demi Allah, samaada kamu luruskan sof kamu atau Allah s.a.w. menjadikan perbezaan di antara hati-hati kamu (sentiasa berbeza pendapat,tidak bersatu).

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Abu Daud.)

Demikkian juga hadis Al-Barra’ bin `Azib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

كَانَ رَسولُ الله (ص) يَتَخَلَلُ الصّفَ مِنْ نَاْحِيَةٍ إلَىْ نَاْحِيَةٍ يَمْسَـح صُدُوْرَنَا وَمَنَاْكِبِنَا وَيَقُوْلُ: لاتَخْلِفُوْا فَتَخْتَلِف قُلُوْبُكُمْ

Bermaksud:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. masuk ke celah-celah sof kami dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain sambil memegang dada dan bahu kami dan bersabda: Jangan kamu berbeza kedudukan (tiada sama sof), nescaya akan berbeza hati-hati kamu…”

Riwayat Abu Daud.

vi. Latihan hidup bertolak Ansur; Perkara ini dapat difahami dari perintah menyamakan sof dan merapatkan diri antara satu dengan lain, di mana ia memerlukan sifat tolak ansur.

(2) Kemasyarakatan;

Semua sifat dan faedah dari solat yang dilakukan dalam sof solat berjama`ah menyumbang kepada persaudaraan seagama, pembinaan fikrah dan kesefahaman dan semangat amal jama`i yang amat menyumbang kepada perpaduan umat, yang merupakan pra syarat kepada kekuatan. Apa lagi jika solat berjama`ah itu disertai dan diimamkan oleh ketua dan pemimpin yang bertanggungjawab di negeri atau kawasan atau kariah berkenaan. Tentu usaha perpaduan ummah akan lebih berkesan.


Wallahu'alam....


Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini

Solat Berjama`ah Dan Masjid Sebagai Wadah Perpaduan Ummah


Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklan bagi rrang-orang kafir musrik itu memakmurkan (Manghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengaku) akan kekufuran diri mereka sendiri, mereka ialah orang-orang yang rosak binasa amalan-amalannya, dan mereka pula kekal di dalam neraka. Hanya sanya yang (layak) memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Alla itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat sewrta mendirikan sembahayang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersaebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan orang-orang yang mendapat
pertunjuk.

(Al-Taubah 9 : 17 - 18)

Menurut Al-Qurtubiyy, bahawa ayat ini adalah dalil persaksian keimanan yang saheh bagi pemakmur masjid kerana Allah S.W.T. menghubungkkan keimanan dengan pemakmuran masjid dan orang sentiasa melaziminya. Kata sebahagian salaf bahawa apabila kamu melihat lelaki memakmur masjid maka hendaklah sangka baik kepadanya. Dalah hadis Abi Sa`id Al-Khudri, bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:

إذَا رَأيْتُـمُ الرَّجُـلَ يَعْتَـاْدُ المَسْـحِدَ فَأشْـهِدُوْا لَهُ بِالإيْمَـانِ

Bermaksud:

“Apabila kamu melihat lelaki sentiasa berulang alik ke masjid maka persaksikanlah baginya dengan keimanan”

(Al-Qurtubiyy, Al-Jami` Li-Ahkam Al-Qur’an)

Berdasarkan keterangan di atas, ternyata bahawa masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan untuk umat Islam.

Banyak fadhilat beramal di tempat tersebut selepas Masjid Al-Haram di Makkah, Masjid Al-Nabawiyy di Madinah dan Masjid Al-Aqso di Baitul Muqaddas. Tempat-tempat lain, seperti masjid yang tidak didirikan jum`at atau surau, adalah kurang fadhilat dibandingkan dengan tempat-tempat tersebut.

Berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Al-hadith serta pendapat ahli-ahli feqah (ulamak), ternyata tuntutan berjama`ah di masjid atau di tempat azan di azankan amat kuat. Jika solat berjama`ah dilakukan oleh semua muslimin lelaki yang mukallaf di masjid atau paling kurang di tempat azan di azankan dengan cara yang sebaik-baiknya, ia pasti menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:

(1) Membina Displin Hidup Yang Tinggi:

Penghayatan solat berjama`ah dengan konsep di atas, pasti mendorong ke arah fenomina di mana setiap hari lima kali orang-orang Islam - terutama golongan lelaki - berbaris dalam satu sof yang rapi. fenomena ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi dari berbagai-bagai segi; pengurusan masa, pembersihan anggota badan menurut masa, sentiasa mempastikan berpakaian sentiasa bersih, latihan berhimpun dan berbaris dengan teliti dan lain-lain aspek.

(2) Perhimpunan Yang Terbimbing (Al-Ta`aruf):

Pertemuan lima kali sehari, sentiasa dilakukan di bawah pimpinan seorang ketua, dengan matlamat yang sama mengagongkan Allah S.W.T., dalam displin kepimpinan dan kepengikutan yang menurut syarak, di mana makmum wajib mengikut imam - di samping makmum boleh menegor imam jika ia melakukan kesalahan. Makmum juga perlu mempastikan mereka berada dalan sof yang lurus, bertemu bahu dan bergerak dengan keadaan yang sama. Perhimpunan seperti itu pasti melahirkan masyarakat yang harmunis, hormat menghormati dan bersatu di bawah satu kepimpinan.

(3) Membina Kesefahaman Dan Kesatuan Fikrah (Al-Tafahum):

Solat berjama`ah menuntut perhimpunan umat Islam kariah berkenaan di satu tempat. Keadaan tersebur memudahkan pengisian segala jenis ilmu wahyu bagi sesuatu kariah oleh imam dan guru-guru lain dengan restu dan hasrat dari imam. Ini tidak syak lagi, menjadikan institusu masjid sebagai wadah membina kesatuan fikrah yang berkesan di kalangan umat Islam.

(4) Membina Semangat Persaudaraan Dan Kerjasama (Al-Takaful):

Solat berjama`ah dan institusi masjid juga merupakan wadah perancangan aktiviti sosial, termasuk merancang program gotong royong, ziarah anggota jama`ah yang sakit atau meninggal atau mengalami masalah, bertolong bantu antara satu dengan yang lain. Keadaan ini sudah pasti mendorong ke arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih mantap.

Sebenarnya ibadah solat yang sekaligus dihubung dengan institusi masjid, adalah merupakan program dan wadah yang mengukuhkan pembinaan diri dan keluarga, yang sekaligus menyatu dan memantap-kan perpaduan dan perjuangan umat Islam. Dari sinilah titik bertolak pergerakan mereka yang menginginkan kesejehteraan hidup dunia dan akhirat.

KESIMPULAN:

Dari penjelasan di atas, jelaslah bahawa;

 Tuntan solat fardhu supaya dilaksanakan secara berjama`ah di masjid atau tempat azan di azankan adalah terlalu kuat - sabit dengan penegasan Al-Qur’an, Al-Hadith serta ijtihad ulamak.

 Solat fardhu yang dilaksanakan secara berjama`ah lebih mendorong orang yang bersembahayang supaya melaksananya dengan lebih sempurna dan khusyuk.

 Solat fardhu yang dilakukan dengan sempurna dan berjama`ah, lebih memberi kesan membina kekuatan keimanan dan perpaduan sesama umat Islam serta mencegah dari kejahatan dan kemunkaran (dengan segala bentuk gejala sosial pada semua peringkat umur manusia).

 Solat yang sempurna menurut sunnah Rasulallah s.a.w. pasti mendorong pelakunya ke arah menjana segala perintah Allah S.W. T. sebagai cara hidup yang komplit (syumul) dengan penuh rasa tanggungjawab kepada Nya.

 Keadaan yang membolehkan orang Islam menguzurkan diri dari solat fardhu berjama`ah amat terbatas, yang sekaligud memahamkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan pengabaian solat fardhu berjama`ah dengan sengaja.

 Gambaran suasana masyarakat dan negara Ahlus Sunnah Waljama`ah adalah suasana di mana Rasulullah sebagai ketua masyarakat bersama sahabat-sahabat sebagai masyarakat dan rakyat negara Islam yang sentiasa mengambil berat penghayatan solat fardhu berjamaa`ah sehingga perhimpunan untuk solat fardhu berjama`ah awal waktu menjadi paksi kepada pengurusan masa bagi pergerakan dan pentadbiran urusan peribadi dan masyarakat serta negara umat Islam itu.


Wallahu'alam....


Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...