VIDEO KLIP PENEMUAN BAHTERA NABI NUH


PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.

HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Video dibawah ini menunjukkan penemuan Bahtera Nabi Nuh Alaihissalam di Gunung Ararat,Turki.






Sekian Wassalam....

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

19 ulasan:

(1) Mungkin cerita ini akan menjadi sebab dapatnya hidayah Allah kepada pengkaji2 dan lain2.

(2) Yang pentingnya adalah pengajaran di sebalik kisah Nabi Nuh a.s.

Catat Ulasan

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...