KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD

Syeikh Abdul Halim Mahmud adalah Imam besar al-Azhar pada tahun 1973,lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed, di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir

Sifat dan kejahatan Yahudi dalam Al-Quran

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].

VIDEO KLIP DALAM KA'BAH

Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarah, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a.

VIDEO KLIP PERANG SINAI (Mesir) 1967-1973

Mimpi yang benar oleh mantan Syeikh Al-Azhar,Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud,mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel.

KISAH-KISAH DALAM AL-QURAN BUKTI MUKJIZAT

Al-Qur’an adalah Kalam Allah S.W.T. yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai risalah Tuhan Yang Maha Agung.

KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD


Syeikh Abdul Halim Mahmud

Kehidupan Awal

Syeikh Abdul Halim Mahmud lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed (sekarang Al Salam), di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir.

Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga pertengahan dan mempunyai pertalian keturunan(nasab) dari cucu al-hussein hingga rasulullah sallahualaihiwassalam.Ayahnya adalah seorang Azhari(bekas pelajar Azhar) dan bekerja sebagai seorang hakim desa.

Syeikh Abd al-Halim mula menghafal Al-Qur'an di desa Kuttab.beliau menyelesaikan hafalan tersebut pada usia yang sangat muda.Oleh kerana itu,beliau tidak boleh mendapatkan pendidikan Azhar,selepas menghafal al-Quran kerana ketika itu, usianya masih muda.

Pada tahun 1923 Syaikh Abd al-Halim pergi ke Kaherah bersama ayahnya untuk mendaftar dalam Azhar(pendidikan dasar). Dua tahun kemudian beliau dihantar ke al-Zaqaziq untuk meneruskan pendidikan di sana yang baru di buka oleh pihak lembaga utama Azhar.

Ada beberapa petunjuk bahawa Syeikh Abd al-Halim boleh diambil belajar pada usia muda.Beliau perlu memenuhi beberapa syarat yang di tetapkan untuk belajar di sekolah yang baru di buka dengan syarat,beliau mesti lulus dalam pembelajarannya.

Manakala Ayah Syeikh Abd Halim berkeras dan berkata bahawa Syeikh muda ini,perlu meneruskan pendidikan Azharinya.Akhirnya,syeikh Abd Halim di benarkan menyambung pengajiannya dengan belajar tiga kurikulum secara bersamaan.

Syeikh Abd Halim mula mendapatkan pendidikan tinggi di Universiti Azhar pada tahun 1928. Pada waktu itu pendidikan Azhar tidak dibahagikan pada beberapa Fakulti.Syeikh Abd Halim Mahmud menuntut ilmu dengan beberapa orang Guru syeikh Azahar yang terkenal pada masa itu seperti Syeikh Mahmud Shaltut, Syeikh Hamid Meheisen, Syeikh al-Zankaloni, Syeikh Muhammad Abd-Allah Daraz, Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi dan Syeikh Mustafa Abdurraziq.

ketika Syeikh Abd Halim bergelar seorang mahasiswa,beliau mula aktif berpersatuan dan menyertai dua persatuan iaitu persatuan pemuda Muslim (Jam'iyat al-Shubban al-Muslimin) dan persatuan bimbingan Islam (Jam'iyat al-Hidaya al-Islamiya) dimana presidennya ketika itu ialah Syeikh Muhammad al-Khidr Husain.

Pada tahun 1932, Syeikh Abd Halim lulus al-Azhar.Setelah lulus,beliau pergi ke Perancis melanjutkan pelajarannya didampingi isteri tercinta.
Berkat usahanya yang gigih,tanpa mengenal penat dan lelah beliau akhirnya berjaya memperolehi gelaran Doktor dalam bidang Falsafah dari Universite de Paris - La Sorbonne pada tahun 1940.

Syeikh Abd al-Halim menyelesaikan tesisnya dalam bidang tasawuf dan mengkaji kehidupan al-Harith ibn-Asad Al-Muhasibi pada tahun 1940. Doktor tesisnya ialah Masignon seorang orientalis(barat). Kemudian beliau di tinggalkan sendirian di tahap akhir PhD oleh doktor tesisnya,kerana gurunya ingin keluar berperang dengan tentera Jerman. Dengan meletusnya perang dunia kedua Syeikh Abd al-Halim kembali ke Mesir dengan melalui Tanjung Harapan(India).

Sekembalinya di tanah air(mesir),Syeikh Abd Halim memulakan kerjayanya sebagai seorang profesor di Fakulti Bahasa Arab di Universiti al-Azhar As-syarif.Beliau kemudian dipindahkan ke Fakulti Agama pada tahun 1951. Disana beliau di lantik menjadi dekan fakulti pada tahun 1964.

Pada tahun 1969,beliau diangkat sebagai jeneral secertary Majlis Penyelidikan Islam (al-Buhuth al Majma '-Islamiya).Manakala pada tahun 1970,beliau dilantik sebagai wakil al-Azhar(Imam). Pada tahun 1971, beliau menjadi Menteri Waqaf dan kemudian dilantik sebagai Imam besar al-Azhar pada tahun 1973.

Pada tahun 1973 itu juga,setelah semenanjung Sinai dirampas oleh tentera Israel di dalam perang sinai(yom kippur) pada tahun 1967.Pada satu hari,Syeikh Dr. Abdul Halim berjumpa dengan pihak pemerintah(Anwar Sadat)untuk berbincang mengenai mimpi beliau yang berulang kali mengenai mimpi strategi untuk menentang tentera Israel.

Video lakonan semula Syeikh Dr Abdul Halim berjumpa Anwar Sadat

video

Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud merupakan seorang syeikh yang mempunyai KARAMAH sehinggakan beliau bermimpi mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel.

Diantaranya mimpi beliau meminta supaya tentera Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan.Setelah menyimbah air di atas pasir maka mendaplah pasir dan nampaklah kubu-kubu tentera Israel di bawah padang pasir. Jadi mudahlah tentera Mesir mengalahkan tentera Israel walaupun tentera Israel mempunyai senjata yang canggih.

Untuk Melihat Video:
KLIK DISINI

Antara Isu-Isu Lain Yang Berlaku

Pada awal 1960-an gelombang anti pelajar azhari di api-apikan oleh media Mesir(media kerajaan). Gelombang tersebut ditutupi oleh komen dari seorang pegawai tinggi Mesir yang difitnah Azhari(pelajar Azhar). Sebagai respons, Syeikh Abd Halim berhenti memakai pakaian Eropah ,menggantikannya dengan pakaian sesuai dan menyeru kepada para Azhari supaya memakai(jubah@kopiah merah).

Akibatnya wartawan sosialis mula menyelar dan mengutuk kebanyakkan pelajar Azhar dan artikelnya di dikeluarkan pihak akhbar. Syeikh Abd al-Halim juga tidak terkecuali.

Selain menjadi salah satu ulama besar Islam pada abad moden,Syeikh Dr.Abd Halim adalah seorang aktivis yang mempunyai tujuan untuk mempertahankan al-Azhar dari segi kedudukan dan kemerdekaan.

Pada tahun 1974,pihak pemerintah mengeluarkan undang-undang untuk Universiti Al-Azhar.Akibatnya,Syeikh Dr.Abd Halim Mahmud di suruh mengundurkan diri dari kedudukan Imam besar,Kerana pihak pemerintah takut dengan ancaman dari pihak Azhar,disebabkan sokongan populariti yang luar biasa terhadap Sheikh Dr.Abd Halim Mahmud oleh pelajar Azhari dan masyarakat setempat.

Akhirnya selepas itu,beliau berjaya mendapatkan kembali keadilan hak-hak kedudukan dan kemerdekaan bagi Al-Azhar.Dan tindakan itu disambut dengan meriah para pelajar Azhar sesama mereka.

Pada tahun 1975,berlaku pembunuhan terhadap Menteri Wakaf mesir iaitu Syeikh Al-Dhahabi oleh sekumpulan radikal yang di kenali sebagai wa al-takfir-Hijrah.Hal ini amat merisaukan pihak pasukan keselamatan mesir.

Manakala,Syeikh Dr Abdul Halim di perintahkan oleh hakim,supaya beliau mengeluarkan fatwa terhadap keganasan yang dilakukan oleh kumpulan terbabit(mengikut pendapat telunjuk kerajaan).Malangnya beliau tidak bersetuju,dan ini menyebabkan serangan bertali arus pihak media memburukan Syeikh Dr Abdul Halim dan pihak Al-Azhar.

Sekumpulan pekerja dari egypt air(pengangkutan udara Mesir)yang beragama Islam menuntut untuk tidak melakukan sesuatu pekerjaan yang melibatkan penggunaan arak(wine).

Para pegawai syarikat terbabit menolak usul pekerja terbabit sehinggakan Syeikh Dr Abd Halim dihantar ke pejabat mereka.Beliau berhujah,menceritakan dan menerangkan terdapat hadis daripada Rasullullah sallahualaiwassalam berkata:

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق،إنما الطاعة في المعروف

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu dalam kebaikan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari shahabat ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu).

Pada pertengahan 70-an,beberapa pegawai Mesir ingin mengeluarkan undang-undang perceraian yang bertentangan dengan syariat Islam. Syeikh Dr Abd al-Halim dengan tegas dan menentang undang-undang tersebut.

Pemikiran Komunisme

Pada awal tahun 70-an juga,pemikiran komunisme amat popular di kalangan golongan elit dan mahasiswa.Syeikh Dr Abd Halim mengeluarkan risalah dan buku-buku amaran terhadap masyarakat Islam tentang bahayanya ancaman pemikiran komunisme.

Syeikh Dr Abd Halim cuba menyatukan para penceramah Muslim.Hal ini belum pernah terjadi dan beliau membangunkan sebuah jawatankuasa untuk dakwah Islam yang meliputi Pihak Azhar,kelompok Islam dan Ahli sufi.Beliau juga menubuhkan organisasi dakwah berkaitan al-Azhar di luar Mesir.

Syeikh Dr Abd Halim adalah seorang Syeikh Azhar yang berkaliber dan banyak memberikan jasa terhadap kebangkitan Islam.Beliau telah menyeru pada masyarakat awam(setempat)supaya melaksanakan syariat Islam.

Ketika itu,beliau berhadapan dengan para pegawai pemerintah Mesir,mereka mengatakan bahawa mereka memerlukan masa panjang untuk menyenaraikan hukum-hukum Islam.Beliau juga membentuk beberapa jawatankuasa pemerhati dan pemantau yang terdiri daripada kelulusan Sarjana Azhari untuk mengawasi proses butiran yang di lakukan pihak kerajaan.

Bahkan ketika itu,Syeikh Abd Halim Mahmud dibawa ke hospital lantaran kesihatannya yang semakin buruk.

Kembali Kerahmatullah

Pada tahun 1978,Syeikh Abd Halim Mahmud meninggal dunia pada tarikh 15 Zul Qaedah 1397 hijriah bersamaan dengan 17 oktober 1978 masihi dan di kuburkan di kampungnya,Bilbeis Sharqeya.

Video klip di bawah menunjukkan makam Syeikh Dr Abd Halim Mahmud,semoga Allah s.w.t menempatkan rohnya,dikalangan orang yang beriman...Amin Ya Rabbal Alamin....

video

Sufisme(Ilmu Tasawuf)

"Syeikh Dr Abd Halim Mahmud (1910-1978) dikenang sebagai seorang bekas rektor(Imam Besar) Al-Azhar yang banyak menulis tentang ilmu tasawuf.

Beliau disebut dengan gelaran'Al-Ghazali.Syeikh Dr Abd Halim Mahmud menjadi sangat berpengaruh pada tahun 1960-1970-an, tempoh pemerintahan Anwar Sadat memerintah di mana kebangkitan Islam mulai bangkit di Mesir. "

Syeikh Dr Abd Halim Mahmud adalah seorang penulis berbakat.Beliau menerbitkan lebih dari 60 buku selama kerjayanya.Beliau mempunyai sifat-sifat tenang, lembut dan keperibadian shahsiah yang tinggi dan akhlak yang terpuji.

Dalam buku-bukunya ada yang menceritakan kecenderungan Sufi oleh Syeikh Dr Abd Halim Mahmud,berbentuk Tasawwuf berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith Nabi Sallallahhu'alaihi Wasallam.

Antara karangan Syeikh Dr Abd Halim Mahmud termasuk:

- Muhammad Rasul Allah.

- Al-Islam wa al-Shuyu'iya.

- Jihaduna al-Muqaddas.


Wallahu'alam....

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

Catatan Berkaitan: VIDEO KLIP PERANG SINAI 1967-1973

Artikel "KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan,hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

Keangkuhan Israel "Mavi Marmara"

Mavi Marmara

Masihkah anda mengingati peristiwa berdarah yang berlaku pada 31 Mei 2010 yang lalu,pukul 4:30 pagi di Perairan antarabangsa di Laut Mediterranean,dimana tentera Israel secara kejam,angkuh dan tidak bertamadun tanpa berperikemanusiaan bertindak merampas Armada Gaza,serta membunuh beberapa para sukarelawan aktivis secara kejam dan tragis.Walaupun peristiwa itu sudah berlalu,namun ia masih segar dalam ingatan kita.

Peristiwa rampasan Armada Gaza, diberi nama kod Operasi Sea Breeze oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF),bertindak memecah masuk dan merampas enam kapal yang menganggotai Flotila Pembebasan Gaza.

Flotila yang dianjurkan oleh Gerakan Pembebasan Gaza dan Yayasan Hak Asasi Manusia, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) dari Turki, cuma memecah masuk kepungan Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan serta mengumpul bekalan ke dalam Genting Gaza.

Enam kapal tersebut berkumpul dekat Cyprus, lalu bertolak pada 30 Mei 2010 dengan mengangkut 663 orang dari 37 buah negara.

Pasukan komando Israel mula merampas kapal-kapal tersebut dalam kawasan perairan antarabangsa di Laut Mediterranean setelah flotila tersebut mengingkari tuntuan Israel agar barang muatannya diperiksa di pelabuhan Ashdod agar barang-barang yang dibenarkan oleh Israel dihantar melalui jalan darat.

Para aktivis di atas kapal terbesar dalam armada ini, iaitu MV Mavi Marmara.Para aktivis terbabit turut bersemuka dengan pasukan komando khas Shayetet 13(IDF) yang turun dari helikopter ke geladak kapal. Sembilan orang ahli Bantuan Kemanusiaan(IHH) dibunuh dengan kejam oleh komando Israel, puluhan lagi cedera, dan ratusan yang lain ditahan.Sekurang-kurangnya tujuh komando Israel turut tercedera.

Askar Israel berkata mereka hanya mengacukan senjata sebaik sahaja nyawa mereka terancam,mereka mendakwa bahawa ada tentera Israel dipukul dengan batang besi dan pisau oleh para sukarelawan.Ada Sukarelawan menolak mereka ke dek bawah dan hendak menangkap mereka untuk dijadikan tebusan.

Akibatnya,beberapa tentera komando Israel mengambil tindakan bodoh terpaksa terjun ke dalam laut gara-gara untuk menyelamatkan diri mereka.Padahal kita semua tahu dakwaan itu tidak benar.Itu semua alasan yang di buat-buat oleh pihak Israel semata-mata untuk mengendurkan bantahan seluruh dunia yang di hadapi oleh mereka.

Di Cyprus, Greta Berlin selaku ketua Gerakan Pembebasan Gaza menafikan tuduhan tentera Israel itu.Aktivis Sukarelawan mendakwa,bahawa Komando Israel yang memulakan tembakan ke arah kapal sejurus turun dari helikopter.

Peristiwa ini mencetuskan pelbagai reaksi,kecaman dan bantahan dari masyarakat Antarabangsa, termasuk kecaman dari NGO yang bukan Islam(non muslim), dan juga tunjuk perasaan dan rusuhan di seluruh dunia.

Majlis Keselamatan PBB mengutuk dan berkata: "tindakan-tindakan yang mengakibatkan kematian orang awam secara sengaja", serta menyeru agar siasatan yang adil dapat dijalankan selepas serbuan haram dan kejam yang di lakukan oleh pihak tentera Israel terhadap sukarelawan di perairan Antarabangsa,dan menuntut orang-orang awam yang berada dalam tahanan Israel,segera di bebaskan.

Israel kemudian membalas hasratnya untuk membebaskan tahanan bukan rakyat Israel lalu menghantar mereka pulang ke negara masing-masing.Peristiwa ini turut mengeruhkan lagi hubungan antara Turki dan Israel sehingga keadaan menjadi tegang.

Israel menolak gesaan PBB untuk adakan siasatan menyeluruh oleh pihak PBB,bagi mencari bukti dan siasatan punca kezaliman itu di lakukan.Tapi Sebaliknya,Israel pula telah membentuk satu suruhanjaya siasatan tempatan dari pihaknya sendiri untuk menyiasat rampasan ini yang diketuai oleh hakim Mahkamah Agung bersara Jacob Turkel dan disertai dua pemerhati antarabangsa yang tidak mengundi.

video dibawah menunjukkan bantuan kemanusian yang di hulurkan oleh para sukarelawan dari 37 buah negara Islam dan bukan Islam,termasuk malaysia sebelum berlepas dari Negara Turki.

video

Antara video kekejaman Tentera Israel terhadap mangsa-mangsa rampasan Armada Gaza di dalam kapal Marvi Marmara.

video

Video Reaksi masyarakat Antarabangsa selepas tentera Israel menyerbu secara haram 'MARVI MARMARA' yg membunuh 8 orang rakyat Turki dan seorang warga amerika yang berketurunan Turki,majoriti semuanya aktivis Islam.

video

Semoga Allah s.w.t mencucuri Rahmat keatas mangsa-mangsa yang terbunuh dan memasukan mereka di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman..AMIN...

Sila berikan komen dan pendapat anda mengenai Artikel diatas..sebagai tanda anda menyokong dan bersimpati terhadap penderitaan "rakyat palastin"...peace,no war!!! viva palastine...


Wallahu'alam....

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

Artikel "KEANGKUHAN ISRAEL MAVI MARMARA" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan,hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

Rahsia Tiga Pertanyaan

Rahsia Tiga Pertanyaan

Pada masa permulaan Islam, ketika orang berduyun-duyun memeluk Islam, orang-orang kafir Quraisy semakin tidak suka kepada Nabi Muhammad saw dan pada perkembangan islam yang pesat.

Ketika itu, di kota Yathrib, iaitu kota yang setelah Nabi berhijrah ke sana dinamakan Madinah, tinggallah sekelompok orang Yahudi yang jumlahnya sangat ramai termasuk Ahlul Kitab kerana mereka memiliki Kitab Taurat. Akan tetapi Kitab Taurat yang ada ditangan mereka telah mengalami beberapa perubahan. Jadi, ianya tidak sempurna seperti sewaktu diturunkan kepada Nabi Musa AS.

Kaum kafir Quraisy mengirim utusan supaya menemui para pendeta Yahudi di Yathrib. Utusan itu menceritakan tentang munculnya Muhammad sebagai nabi dan utusan Allah swt. Utusan itu juga menceritakan bahawa Muhammad saw mengaku menerima wahyu dari Allah swt.

Utusan kafir Quraisy itu berkata kepada pendeta Yahudi, “kamu adalah pemuka bangsa Yahudi. Kamu adalah Ahlul Kitab yang pertama. Kamu memiliki ilmu tentang kenabian yang tidak kami miliki. Maka beritahulah kepada kami, apakah pendapat kamu tentang Muhammad?”

Seorang pendeta Yahudi menjawab. “cubalah kamu tanyakan tiga perkara kepadanya. Tanyakanlah tentang sekumpulan pemuda yang hidup pada zaman dahulu dan memiliki kisah yang menakjubkan. Lalu, tanyakan kepadanya tentang lelaki gagah perkasa yang mengembara ke timur dan ke barat. Tanyakan juga kepadanya tentang roh, apakah roh itu? Jika dia dapat menjelaskan yang pertama dan yang kedua, serta tidak menjelaskan yang ketiga, bererti dia benar-benar adalah seorang Nabi.”

Utusan Quraisy itu pun kembali ke Mekah. Apabila sampai, mereka mengkabarkan ucapan pendeta Yahudi pada pemuka kaum kafir Quraisy. Kemudian mereka sama-sama menguji Rasulullah saw dengan tiga pertanyaan itu.

Untuk menjawab tiga soalan itu, Allah swt menurunkan surah al-Kahfi. Dengan surah Kahfi itu, beliau menjawab tiga pertanyaan dengan tepat.

Soalan pertama dijawab dengan cerita tentang Ashabul Kahfi, sekumpulan anak muda yang memasuki gua kerana melarikan diri dari dikejar raja yang zalim, bengis, lagi kejam. Anak-anak muda itu disertai seekor anjing. Mereka tertidur dalam gua lebih daripada tiga ratus tahun. Ketika bangun, mereka mendapati negeri mereka telah berubah. Semua orang mengetahui kisah mereka, berasa takjub. Rasulullah menjelaskan kisah Ashabul Kahfi itu secara ringkas dan jelas.

Soalan kedua,beliau jawab dengan kisah Zulqarnain. Seorang raja perkasa yang menundukkan ramai raja dan mengelilingi dunia timur dan barat. Sehingga akhirnya, Zulqarnian bertemu dengan kaum yang memintanya supaya membina tembok pemisah di antara mereka dengan Ya’juj dan Ma’juj, agar mereka aman dari kejahatan Ya’juj dan Ma’juj, hingga ke akhir kisah.

Soalan Ketiga,adapun pertanyaan mereka yang ketiga iaitu tentang Roh, maka Rasulullah saw menjawabnya dengan firman Allah swt dalam surah al-Isra’ (17) ayat 85, ‘Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang Roh. Katakanlah, Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan aku tidak diberi ilmu kecuali sedikit.’

Dengan demikian, Rasulullah saw telah menjawab ketiga-tiga pertanyaan itu dengan tepat, kerana beliau mendapat bimbingan terus dari Allah swt. Seketika itu, ramai dari kaum kafir Quraisy yang percaya bahawa Nabi Muhammad saw benar-benar seorang Nabi utusan Allah, dan ajaran Islam yang beliau bawa adalah benar-benar datang dari Allah. Akan tetapi, walaupun mereka mengetahui hal itu, tetap saja ramai orang kafir yang tidak mahu beriman. Kekafiran mereka tak lain disebabkan kerana rasa sangsi, angkuh dan cinta pada dunia.

Kiriman: Layyinul Hasnie

Wallahu'alam....

TASAWWUF DAN TAREQAT


Syeikh Zakaria Al-Kandahlawi di dalam kitabnya “Al-Syari’at Wa Al-Tareqat” berkata:

Tareqat sebenarnya adalah nama lain daripada Ihsan (iaitu yang disebut di dalam hadith Rasulullah SAW) atau ia merupakan jalan yang dengannya dapat diperolehi sifat Ihsan, dan ia juga dinamakan tasawwuf atau suluk.



Hubungan Tasawwuf atau Tareqat dengan Aqidah Islam

Tasawwuf dan tareqat ini tidak boleh keluar daripada aqidah atau syari’at, samada pada asas pegangannya atau sumbernya, ataupun pada furu’ atau cawangan-cawangannya. Melupakan tujuan bererti menyelewang, begitu juga setiap perbuatan atau amalan tasawwuf atau tareqat yang keluar atau bercanggah dengan syari’at atau aqidah adalah merupakan penyelewengan, kerana tasawwuf dan tareqat merupakan penghayatan bagi keduanya.

Sa’id Hawa menyatakan didalam kitabnya
Tarbiyatuna al-Ruhiyah : “Sekadar mengetahui adalah satu masalah dan berjalan atau berusaha untuk menghayati dan cara-cara yang demikian adalah masalah lain. Apakah ilmu yang menunjukkan ke jalan tersebut dan yang menyempurnakan segi-segi yang biasanya dibicarakan oleh kitab-kitab aqaid?

“Ilmu yang membicarakan masalah tersebut tidak lain adalah ilmu tasawwuf. Apabila ilmu ini telah dikotori oleh banyak perkara, maka yang demikian tidak membatalkan kedudukannya sebagai salah satu daripada ilmu-ilmu Islam atau menjadikan kita ragu-ragu terhadapnya. Bahkan menjadi kewajiban kitalah untuk membersihkannya serta memberikan kepadanya batasan-batasan serta hak-haknya.”

“Maka ilmu aqaidlah yang mengikat imu tasawwuf, dan ilmu tasawwuf yang menyempurnakan ilmu aqaid dari segi penghayatannya. Apabila tasawwuf menambahkan atas yang demikian dengan perkara-perkara yang menyalahi atau dengan aqidah-aqidah baru yang menyalahi Al-Quran dan As-Sunnah, atau menyalahi aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah sebagaimana yang diwarisi daripada ulama salaf selama masa ini, maka ia merupakan penyelewengan, penyimpangan dan perbuatan bid’ah yang keji.”

“Jika anda membaca di dalam sesuatu kitab sufi atau mendengar daripada seorang sufi suatu perkataan yang tidak terdapat di dalam Al-Quran atau Al-Sunnah atau tidak pernah diucapkan oleh ulama salaf - yang bukan termasuk dari segi istilah, atau dari segi kefahaman yang benar terhadap nas-nas, atau dari segi pengamalan makna yang tersebut di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, maka tidak mengapa untuk anda menolaknya dan hendaklah anda merasa tenang bahawa apa yang anda buat itu sendiri adalah tasawwuf yang sebenarnya dan bukan yang lainnya. Para ulama suluk yang mu’tabar atau diterima oleh ummat secara ijma’ bersama anda.

Abu sulaiman Al-Darani berkata:

Mungkin timbul suatu kesan atau kefahaman di dalam hatiku daripada ucapan suatu kaum, maka aku tidak menerimanya melainkan dengan kesaksian dua saksi yang adil, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya Allah telah menjamin pemeliharaan bagiku di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, dan tidak menjamin bagiku pada yang selainnya.

“Di antara wisoyah (pesanan) para imam suluk yang terkenal adalah ucapan salah seorang daripada mereka:

Wahai anakku, jadilah seorang muhaddith yang sufi dan
janganlah menjadi seorang sufi yang muhaddith.

“Sebabnya seorang sufi yang muhaddith menjadikan nas mengikuti hawa nafsunya, sedang seorang muhaddith yang sufi, menjadikan hawa nafsunya yang mengikut nas.

“Jika anda menjumpai di dalam suatu kitab atau mendengar daripada seseorang kefahaman tentang sesuatu nas yang bertentangan dengan kefahaman para ulama aqidah atau para ulama mujtahidin atau a’immat al-tafsir atau qawa’id al-fiqh, maka buanglah kefahaman tersebut tanpa ragu-ragu.

“Sesungguhnya tasawwuf adalah penghayatan. Jika ahlinya ingin memberikan kepada kita aqidah-aqidah baru atau ijtihad-ijtihad fiqhiyah yang baru, atau gambaran-gambaran yang salah, atau kefahaman-kefahaman yang salah dalam masalah-masalah aqidah yang bersandarkan kepada hadith-hadith yang palsu atau da’if, maka tidak semestinya untuk kita ragu-ragu menolaknya”.

Untuk menilai ada atau tidak adanya pertentangan ini mestilah dengan meminta pandangan ahlinya masing-masing.

Di dalam kitab Qawa’id Al-Tasawwuf , Syaikh Zarruq berkata:

Bahawasanya ilmu setiap perkara diambil daripada ahlinya; pandangan seorang sufi dalam masalah fiqh tidak mu’tamad (tidak boleh dijadikan pegangan) kecuali dia dikenal sebagai pakar dalam bidang tersebut; pandangan seorang faqih dalam tasawwuf tidak mu’tamad kecuali jika ia dikenal berpengalaman dalam tasawwuf. Begitu juga pandangan seorang muhaddith dalam fiqh dan tasawwuf kecuali jika dia dikenal sebagai pakar dalam kedua bidang tersebut. Maka wajiblah bagi penuntut tasawwuf mempelajari fiqh daripada fuqaha’. Dia hanya meminta pandangan ahli tareqat dalam perkara yang khusus berkaitan dengan kemaslahatan batinnya. Oleh sebab itulah Syaikh Abu Muhammad Al-Murjani r.a. memerintah sahabat-sahabatnya supaya bertanya kepada para fuqaha’ dalam masalah-masalah fiqhiyah, meskipun beliau sendiri seorang yang ‘arif mengenainya. Fahamilah yang demikian!”.

Hubungan Tasawwuf atau Tareqat dengan Fiqh atau Syari’at Islam

Mengenai hubungan tasawwuf dengan fiqh, Sa’id Hawa menerangkan dalam kitabnya Tarbiyatuna al-Ruhiyah:

“Biasanya kitab-kitab fiqh memulakan dengan pembahasan mengenai taharah dari segi perbuatan dan ucapan, tetapi jarang yang membicarakan tentang makna-makna batin yang semestinya mengiringi amalan bersuci. Kemudian membicarakan tentang solat: syarat-syaratnya, rukun-rukunnya, wajib-wajibnya, sunnat-sunnatnya, adab-adabnya, perkara-perkara yang dimakruhkan dan perkara-perkara yang merosaknya, tetapi tidak membicarakan makna-makna batin yang semestinya mengikuti amalan-amalan tersebut, seperti khusyu’ dan jalan serta faktor-faktor yang membawa kepadanya, padahal ia merupakan salah satu ilmu, berdasarkan kesaksian nas-nas, bahkan sebagaiman ayang dinyatakan di dalam hadith, ia merupakan ilmu yang pertama kali diangkat dari permukaan bumi.

“Apakah ilmu yang menyempurnakan ilmu fiqh di dalam semua urusan ini? Tidak syak lagi, ia adalah ilmu tasawwuf, iaitu ilmu yang biasa membahas seumpama masalah-masalah ini, yang kerananya ia menyempurnakan ilmu fiqh dari segi-segi batin, seperti mengajarkan tentang ikhlas dan cara mencapainya. Bahkan tugas ilmu tasawwuf tidak terbatas pada yang demikian, kerana ia juga meningkatkan kesediaan manusia untuk berpegang teguh mematuhi hukum-hukum fiqh”.

Beliau menyimpulkan dengan mengatakan: “Tasawwuf adalah mesti atau sangat diperlukan sebagai penyempurna bagi fiqh, dan fiqh adalah mesti sebagai hakim atau pengadil bagi tasawwuf, hakim bagi amalan dan juga sebagai pengarah. Sesiapa yang terluput sesuatu daripadanya, maka sesungguhnya telah terluput daripadanya separuh daripada permasalah agamanya.

“Tasawwuf dan fiqh adalah dua ilmu yang saling melengkapi. Apabila keduanya bertentangan, maka yang demikian adalah kesalahan, kesesatan dan penyelewengan.”

“Yang dimaksudkan dengan pertentangan ialah apabila seorang sufi bergerak jauh daripada fiqh, padahal fiqh adalah sebagai hakim atau pengadil; atau apabila seorang faqih menjauhi diri daripada pelaksanaan, padahal yang demikian merupakan tanda daripada kefasikan hati”.

Syaikh Ahmad Bin Ahmad Bin Muhammad Zarruq berkata di dalam kitabnya Qawa’id al-Tasawwuf:

“Hukum fiqh adalah umum, berkaitan dengan perkara yang menyeluruh, kerana tujuannya adalah menegakkan perintah agama, meninggaikan syi’arnya dan menampakkan kalimatnya, sedang tasawwuf adalah khas berkaitan dengan perkara tertentu, kerana ia merupakan mu’amalah antara hamba dengan Tuhannya tanpa sebarang tambahan. Kerananya, peningkatan faqih ke atas sufi adalah benar atau sah, sedang peningkaran faqih ke atas faqih tidak benar atau tidak sah.” (Maksudnya: Faqih menghakimi atau mengadili ke atas sufi, dan tidaklah sufi menghakimi atau mengadili ke atas faqih).

“Kembali daripada tasawwuf kepada fiqh adalah suatu kemestian, sedang kembali daripada fiqh kepada tasawwuf tidak boleh melainkan dengan fiqh. Fiqh tanpa tasawwuf adalah sah, sedang tasawwuf tanpa fiqh tidak sah, meskipun tasawwuf lebih tinggi martabatnya daripada fiqh.”

“Fiqh adalah lebih selamat dan merata kemaslahatannya daripada tasawwuf. Kerana itulah dikatakan:

"Jadilah seorang faqih yang sufi, dan janganlah menjadi seorang sufi yang faqih".

Abu Bakar Muhammad Al-Kalabadzi, di dalam kitabnya Al-Ta’arruf Li Madzhabi Ahl al-Tasawwuf, berkata:

"Ketahuilah, bahawa ‘ulum al-sufiyah adalah warisan a’mal; tidak ada yang mewarisi ahwal melainkan orang yang telah membetulkan a’mal. Awal pembetulan a’mal adalah mengetahui ilmu-ilmunya, iaitu ilmu hukum-hukum syara’ daripada ilmu Usul al-Fiqh dan furu’nya, iaitu: salat, puasa dan semua yang difardukan sampai kepada ilmu mu’amalat, iaitu nikah, talak, jual-beli, dan seluruh yang diwajibkan dan dianjurkan oleh Allah SWT, di samping perkara-perkara yang sangat diperlukan daripada urusan kehidupan".

Sa’id Hawa berkata: “Apabila telah jelas persoalannya, maka kami mengatakan: Jika kami mengatakan bahawa faqih mesti bertasawwuf atau sufi mesti bertafaqquh, maka mestilah jelas bahawa yang dimaksudkan adalah bahawa ilmu faqih mestilah merangkumi segala yang berkaitan dengan hukum-hukum dan berkaitan dengan cara pengamalan dan penghayatannya; dan ilmu sufi merangkumi segala yang diperlukan daripada hukum-hukum dan diiringi oleh amalan yang sahih di bawah sinaran ilmu yang sahih. Kerana itu, para pemimpin suluk yang besar, seperti Syaikh Al-Rifa’i, berkata: Sesunggunya tujuan terakhir daripada ulama dan para sufi adalah satu. (Maksudnya sama).

Rujukan: Kitab Al-Syari’at Wa Al-Tariqat,Tarbiyatuna al-Ruhiyah,Qawa’id Al-Tasawwuf,Al-Ta’aruf Li Madzhab al-Tasawwuf.

Tasawwuf dan Tareqat Menurut Syeikh Ali Jumaah

Syeikh Ali Jumaah (Ulama' Mesir) mengenai pengertian tasawwuf dan tareqat:

"Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu".

Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri.

Tarekat sufiah pula ialah sebuah madrasah yang menyempurnakan melaluinya penyucian jiwa dan pembentukan peribadi. Syeikh pula sebagai pembimbing atau guru yang bersama-sama dengan muridnya.

Jiwa manusia secara tabiatnya terangkum di dalamnya pelbagai himpunan penyakit seperti takabbur, ujub, angkuh, keakuan, bakhil, marah, riya', sukakan maksiat, berkelakuan tak senonoh, gemar membalas dendam, kebencian, dengki, khianat, tamak dan rakus.

Firman Allah SWT yang mendedahkan kisah isteri Al-Aziz:



Yang bermaksud : "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [Surah Yusuf: 53]

Kerana itulah, golongan terdahulu menginsafi hal ini dan menyedari betapa perlunya pentarbiyahan jiwa dan membersihkannya dari segala penyakit-penyakitnya agar (penyucian tersebut) bersekali dengan masyarakat serta mencapai kejayaan dalam perjalanan menuju tuhan mereka.

Tarekat sufiah hendaklah melengkapi dengan beberapa perkara:

Pertamanya ialah pegangan kukuh dengan kitab Al-Quran dan Sunnah Nabawiah. Ini kerana tarekat sufiah itu ialah manhaj kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka ia bukan daripada tarekat. Bahkan tarekat itu sendiri menolaknya dan melarang daripadanya.

Kedua ialah tidak meletakkan tarekat itu sebagai pengajaran yang terpisah daripada pengajaran syariah, bahkan ia merupakan intisari kepada syariah.

Bagi tasauf terdapat tiga elemen utama yang digesa oleh Al-Quran akan ketiga-tiganya iaitu :

1-Menitikberatkan jiwa, sentiasa mengawasi jiwa (muraqabah) dan menyucikannya daripada sebarang kekotoran.

Firman Allah SWT:









Yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya". [Asy-Syams : 7-10]

2-Memperbanyakkan zikrullah.

Firman Allah SWT:



Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya". [Al-Ahzab: 41]

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT".

3-Zuhud di dunia, tidak terikat dengan dunia dan gemarkan akhirat.

Firman Allah SWT:



Yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?". (Al-Anaam : 32)

Adapun syeikh yang memperdengarkan kepada murid-muridnya akan zikir-zikir dan yang membantu usaha menyucikan jiwa dari sebarang kekotoran serta menyembuhkan hati mereka daripada penyakit-penyakit maka dia adalah penyelia (qayyim) atau seorang guru (ustaz) yang menunjukkan cara yang tertentu yang paling sesuai dengan penyakit yang ada atau keadaan murid itu sendiri.

Petunjuk Nabi SAW juga menasihatkan setiap manusia dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada keadaan setiap jiwa yang berbeza.

Pernah seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW, lalu dia berkata : Wahai Rasulullah ! Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang menjauhkan diriku daripada kemurkaan Allah SWT. Maka sabda Rasulullah SAW : Jangan kamu marah !. Dalam kes yang lain, Rasulullah SAW didatangi seorang lelaki yang berkata kepada Rasulullah SAW : Beritahu kepadaku tentang sesuatu yang aku boleh berpegang dengannya ! Jawab Rasulullah SAW : Sentiasakanlah lidahmu dalam keadaan basah mengingati Allah SWT.

Di kalangan para sahabat terdapat golongan yang membanyakkan qiamullail, antara mereka juga yang memperbanyakkan bacaan Al-Quran, ada yang banyak terlibat dengan jihad, ada yang banyak berzikir dan ada yang membanyakkan bersedekah.

Perkara ini tidak membawa erti meninggalkan terus keduniaan. Tetapi di sana terdapat suatu ibadat tertentu yang memperbanyakkannya oleh orang yang melalui jalan menuju Allah SWT. Secara asasnya berbilang-bilangnya pintu-pintu syurga. Tetapi pada akhirnya walaupun ada kepelbagaian pintu masuk tetapi syurga tetap satu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Setiap golongan yang melakukan amalan (baik dan soleh-ketaatan) ada satu pintu daripada pintu-pintu syurga yang memanggilnya oleh amalan, dan bagi puasa itu ada satu pintu yang memanggil golongan yang berpuasa, digelarkannya ar-rayyan".

Demikian juga tarekat-tarekat, ia mempunyai berbilang-bilang jenis berdasarkan syeikh masing-masing dan murid masing-masing. Antara mereka ada yang mengutamakan puasa, ada yang mengutamakan al-Quran lebih banyak dan tidak mengabaikan puasa dan demikianlah seterusnya.

Apa yang dijelaskan di atas adalah tasauf yang sebenarnya, tarekat yang sahih dan syeikh-syeikh yang komitmen dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Kita juga telah mengetahui kenapakah berbilang-bilangnya jenis tarekat, iaitu kerana kepelbagaian cara pentarbiyahan dan rawatan serta perbezaan cara untuk mencapai maksud yang dicita-citakan. Akan tetapi keseluruhannya satu sahaja pada maksud dan tujuan iaitulah keredhaan Allah SWT sebagai tujuan utama.

Kami juga ingin mengingatkan bahawa apa yang dinyatakan di atas tidak dilaksanakan oleh sebilangan besar golongan yang mendakwa sebagai ahli tasauf iaitu golongan yang merosakkan bentuknya. Mereka di kalangan orang yang tidak mempunyai agama dan kebaikan.

Mereka yang melakukan tarian pada hari-hari perayaan dan melakukan amalan keghairahan yang khurafat. Ini semua bukan daripada tasauf dan bukan dari jenis tarekat sufiah. Sesungguhnya tasauf yang kami nyatakan tentangnya tiada hubungan langsung dengan pandangan kebanyakan manusia berhubung fenomena negatif yang memburukkan.

Tidak harus juga bagi kita untuk mengenali tasauf dan menghukumkan ke atasnya dari kalangan sebahagian pendakwa-pendakwa tasauf yang jahil (yang mendakwa tarekat sebagai ajaran yang salah). Sepatutnya kita bertanyakan ulama' yang memilih tasauf sehingga kita memahami punca sanjungan mereka terhadap tasauf.

Untuk akhirnya, kami mengambil kesempatan ini untuk membantah pendapat golongan yang menyatakan : "Kenapakah tidak dipelajari adab-adab sulukiyah dan penyucian jiwa dari Al-Quran dan As-Sunnah secara langsung?".

Pendapat ini pada zahirnya terkandung rahmat. Tetapi pada hakikatnya terkandung azab. Ini kerana kita tidak mempelajari rukun sembahyang, sunat-sunat sembahyang dan perkara-perkara makruh dalam sembahyang dengan semata-mata melalui bacaan Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi kita mempelajarinya melalui suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu feqah.

Fuqaha' telah menyusunnya dan mengistinbatkan semua hukum-hakam tersebut daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula lahirnya kepada kita mereka yang mendakwa bahawa kami mempelajari fiqh dan hukum agama daripada kitab dan sunnah secara langsung? Kami tidak pernah mendapati seorang ilmuan/ulama' yang mempelajari fiqh daripada kitab dan sunnah secara terus.

Demikian juga, di sana terdapat perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi tidak dapat tidak daripada mempelajarinya dengan guru secara musyafahah (secara berdepan atau mengadap guru).

Tidak boleh sekadar melalui kitab, sebagai contohnya ilmu tajwid. Bahkan mestilah beriltizam dengan mustalah-mustalah yang khusus dengannya. Maka ulama' menyatakan sebagai suatu contoh : "Mad Lazim enam harakat" ! Siapakah yang menjadikannya sebagai mad lazim? Apa dalilnya dan siapakah yang mewajibkannya ke atas ummat Islam? Tentunya mereka adalah ulama' dalam bidang tersebut.

Begitu juga dengan ilmu tasauf. Ilmu yang diasaskan oleh ulama'-ulama' tasauf sebermula zaman Junaid rahimahullah dari kurun yang keempat sehingga hari ini. Ketika rosaknya zaman tersebut dan rosaknya akhlak, rosaklah juga sebahagian tarekat-tarekat kesufian. Mereka mula bergantung dengan fenomena-fenomena yang bercanggah dengan agama Allah SWT. Lantas manusia menganggap ianya merupakan tasauf. Sedangkan Allah SWT akan mempertahankan tasauf, ahlinya dan melindungi mereka dengan kekuasaannya.

Firman Allah SWT:



Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat". [Al-Hajj: 38]

Mudah-mudahan apa yang dinyatakan itu dapat memberikan pendedahan kepada erti tasauf, tarekat, syeikh, sebab berbilang-bilangnya tarekat, kenapa kita mempelajari suluk, penyucian hati dari ilmu yang dikenali sebagai tasauf ini, kenapa kita ambil dari syeikh dan tidak terus kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kita memohon kepada Allah untuk memperlihatkan secara jelas terhadap urusan-urusan agama kita."

Syeikh Ali Jumaah (Ulama' Mesir)

Wallahu'alam....

Artikel "TASAWWUF DAN TAREQAT" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

MERKAVA DISAAT KEHANCURAN

Merkava Disaat Kehancuran

Pengenalan


Merkava (god Chariot) merupakan sebuah kereta kebal utama milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Sejak awal tahun 1980-an, empat versi utama telah diaturgerak. Nama "Merkava" diterbitkan dari nama program pembangunan IDF.

video

Merkava merupakan Kereta Kebal milik Israel yang dikatakan paling berkuasa telah di cipta oleh Israel dalam usaha mempertingkatkan lagi pertahanan ketenteraan mereka dalam peperangan. Ia tersenarai dalam TopTen Military Tank yang meletakkan kereta kebal Merkava ini ditangga ke-9.(sumber). Pengubahsuaian demi pengubahsuaian juga telah dilakukan terhadap kereta kebal Merkava ini terutamanya dari sudut keupayaan untuk menyerang (attacking) dan pertahanan (defensive).

Video kegagalan dan kemusnahan merkava Israel di dalam perang Lubnan 2006

video

video

video

video

Kemusnahan kereta kebal Merkava menimbulkan tanda-tanya kepada Israel yang begitu yakin kereta kebal mereka begitu ampuh dan sukar di hancurkan, lebih-lebih lagi oleh senjata pejuang Hizbullah. Tersentak dengan kekalahan itu, Israel telah menggunakan helikopter pula untuk menyerang kota Kyiam, namun ia masih gagal. Akhirnya dengan kedua-dua bentuk serangan oleh Isreal terhadap wilayah Lubnan itu Gagal dan di kalahkan oleh pejuang Hizbullah, sehingga hari ini tentera Israel masih tidak mampu menawan Lubnan hatta wilayah kecil di sana sehingga pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah menyatakan dalam pidatonya yang terkenal, “Israel lebih lemah dari sarang labah-labah” .

PENGENALAN kornet ATGM

video

ATGM (Anti Tank Guided Missile) atau pelancar misil anti kereta kebal adalah merupakan senjata penting dalam peperangan darat masa kini.Oleh itu sistem ATGM METIS-M ini di reka khusus untuk menembusi/memusnahkan kenderaan berperisai moden yang mempunyai bahan pelindung tambahan seperti ERA (explosive reative armour), kubu pertahanan dan juga tempat letak senjata, serta sasaran-sasaran yang terpilih.

Dihasilkan oleh KBP Instrument Design Bureau dari Rusia. Mula digunakan oleh tentera Rusia dalam tahun 1992. Sistem peralatan Metis-M terdiri dari 9M131 (9M131F) ATGM; Pelancar 9P151 ; 1PBN86-VI thermal sight.

Sistem yang digunakan oleh Metis-M ATGM ialah "semiautomatic guidance system transmitted over wire link" iaitu sistem yang tidak memerlukan peralatan yang terlalu canggih dan mahal seperti gyroscopic coordinator, elektronik unit dan bateri pakai buang.

Sistem Metis-M ini hanya dikendalikan oleh seorang anggota, manakala anggota yang lain boleh membawa peluru dan lain-lain peralatan tambahan. Jenis-jenis peluru berpandu anti kereta kebal yang digunakan oleh ATGM ini ialah HEAT 9M131 yang berupaya merobek perisai yang dilindungi Oleh ERA (Explosive Reactive Armour) setebal 850mm, Kenderaan berperisai ringan, kubu-kubu pertahanan (bunker) dan pos-pos kawalan senjata.

Peluru anti-tank thermobaric (HE) yang mampu memusnahkan sasaran seperti bangunan, struktur bangunan dan sebagainya. Jarak tembakan maksimum Metis (M) mampu menjangkau 1.5 km dan minima ialah 0.8km.

Sistem ini terbukti berkesan apabila ianya digunakan dalam perang Lubnan diantara pejuang Hizbullah dan Regim Israel pada 2006. Menurut sumber dari Israel, sistem senjata ini sangat berjaya,malahan banyak kereta kebal Merkava Israel di musnahkan oleh pejuang-pejuang hizbullah...


Wallahu'alam....

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

Artikel "MERKAVA DISAAT KEHANCURAN" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan,hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

Solat Fardhu Berjamaah


 Klik Tajuk Artikel Dibawah Ini:

(1) Maksud Solat Berjama`ah

(2) Tuntutan Solat Fardhu Berjama`ah Menurut Al-Qur'an

(3) Tuntutan Solat Fardhu Berjama`ah Menurut Hadis

(4) Tuntutan Berjama`ah Menurut Ulamak Feqah

(5) Keadaan-Keadaan Yang Diharuskan `Uzur Dari Solat Fardhu Berjama`ah

(6) Kesimpulan Hukum Solat Fardhu Berjama`ah

(7) Kekeliruan Mengenai Solat Fardhu Berjama`ah

(8) Solat Berjama`ah Sebagai Agenda Tarbiyah

(9) Solat Berjama`ah Dan Masjid Sebagai Wadah Perpaduan Ummah


Artikel "SOLAT FARDHU BERJAMAAH" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.


Tujuh Rombongan Iblis Dan Syaitan Ketika Sakaratul Maut

Syaitan & Iblis sentiasa mendampingi manusia supaya manusia mengikut segala hasutannya.Tidak kira di mana kita berada,syaitan akan tetap datang untuk menggoda kita. Apabila sudah tergoda,berbagai-bagai maksiat yang kita terlanjur lakukan.Akan tetapi di saat sakaratul maut,iblis tidak datang lagi untuk kita melakukan maksiat,tatapi dia datang untuk menukarkan akidah kita.Walaupun kita bergelar umat islam,namun belum pasti kita dapat mati dalam keadaan Islam.

Rombongan 1

Iblis itu datang dengan pelbagai rupa bentuk yang pelik dan aneh seperti emas,perak,makanan dan minuman yang lazat-lazat.Jika sewaktu hidupnya dia seorang yang tamak haloba pada barang-barang tersebut,maka akan disogokkan segala keperluan itu hingga nyawanya bercerai daripada tubuh. Dia mati dalam keadaan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 2

Iblis itu datang menyerupai rupa binatang yang ditakuti manusia seperti harimau,ular,singa atau kala jengking yang berbisa,maka dia meraung ketakutan semasa itu. Di waktu itu tercabutlah nyawanya.

Rombongan 3

Iblis itu datang menyerupai binatang yang menjadi minat kepada bakal si mati. Kalau dia berminat kepada burung,maka akan datang iblis itu menyerupai burung.Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu, matilah dia dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 4

Iblis menjelma dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati. Maka, semasa itu ,dia berusaha untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.Apabila sampai waktu maut itu,matilah dia dalam keadaan fasik dan munafik.

Rombongan 5

Iblis menjelmakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu.Contohnya, ibunya membawa makanan dan minuman yang sangat diharapkan orang yang dalam Sakaratul Maut.Lalu dia menghulurkan tangan untuk mencapai makanan dan minuman tersebut.Maka jika dia sudi menerimanya dengan tanpa berfikir panjang, ketika itu matilah dia dalam kekafiran yang nyata.

Rombongan 6

Iblis menjelmakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata,”wahai muridku, lama sudah kami menunggumu. Pelbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sakit di sini. Oleh itu, kami bawakan doktor dan bomoh bersama-sama ubat untukmu”.

Lalu dia minum ubat tersebut, penyakit itu hilang dan kemudian penyakit itu datang lagi. Lalu iblis yang menyerupai ulama' berkata” kali ini kami datang untuk memberi nasihat agar kamu mati di dalam keadaan baik,tahukah kamu bagaimana hakikat Allah? Orang yang dalam sakaratul maut menyatakan dia tidak tahu.

Iblis itu mula memasang perangkapnya dengan berkata” ketahuilah ,aku ini adalah seorang ulama yang hebat ,aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah memperolehi syurga yang paling tinggi.Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalu kamu ingin mengetahui Zat Allah, hendaklah kamu patuh kepada kami”.

Si bakal mati memandang ke kanan dan ke kiri, terpersonalah dia melihat sanak saudaranya berada dalam kesenagan syurga.kemudian dia berkata” Bagaimanakah Zat Allah ?” Iblis itu merasa gembira kerana perangkapnya sudah mengena lalu berkata”Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu”.

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis ,maka si bakal mati itu dapat melihat satu benda yang sangat besar ,seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Iblis berkata” Itulah dia Zat Allah yang patut kamu sembah”. Si bakal mati peun berkata” Wahai guruku ,bukankah ini benda yang benar-benar besar, tapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda ini ada di kirinya dan kanannya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk , sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain dari yang kita ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini”.

Dalam keadaan masih ragu-ragu, malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya. Maka matilah orang itu dalam kekafiran dan kekal di dalam neraka.

Rombongan 7

Iblis terdiri dari 72 barisan(menyerupai iktikad rasulullah bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu puak sahaja yang benar(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi kumpulan termasuk ke neraka kerana kesesatan.iblis mengacau dan mengaggu si bakal mati dengan 72 macam godaan dan setiap satunya berlainan.

Hanya dengan kalimah “Laa ilaaha illallah” dapat menyelamatkan si bakal mati daripada 7 rombongan iblis laknatullah. Banyakkan lah berdoa supaya kita terselamat dan masih kekal sebagai umat islam di ambang sakaratul maut.

Hadis Rasulullah menerangkan ,”Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut”.

Kiriman: Layyinul Jauza


Wallahu'alam....

YUSUF ISLAM @ CAT STEVENS

YUSUF ISLAM @ CAT STEVENS DAN ISLAM

Marilah sama-sama kita mengucapkan syukur kepada kehadrat ilahi,kerana di ciptakan kita sebagai muslim dan muslimat.Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan umat Islam yang mengamalkan manhaj islam sebagai cara hidup(way of life)dan Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam sebagai ikutan(role model)releven,dulu kini dan selamanya.

Pada kali ini,ana hendak menceritakan serba sedikit tentang sejarah hidup seorang Tokoh Islam yang bernama CAT STEVENS.sebelum kita melangkah lebih jauh lagi,marilah kita sama-sama membaca serba sedikit pengenalan,definasi Islam.moga-moga kita semua beroleh manfaat daripadanya.Renung-renungkan,selamat beramal.

mengikut pendapat Syeikh Muhammad al-Wasibidi dalam kitabnya:


"القول المفيد في ادلة توحيد"

pengertian Islam ialah:


الاءسلام هو الاءستسلام لله بالتوحيد،والانقياد له بالطاعة ،والخلوص من الشرك والبدع و اهلهما

maksudnya:'kembali atau menyerahkan diri kepada Allah dengan bertauhid,menyelamatkan diri dengan(menyerahkan)ketaatan kepadanya,membersihkan diri dari perkara syirik(menjauhkan diri)dari perkara2 bid'ah dan dari kedua-duanya(ahli syirik dan ahli bid'ah).

Sesungguhnya hanya Agama Islam sahaja yang diterima oleh Allah,di dalam firmannya:

Maksudnya:

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Surah Ali-Imran 3:19

Firman Allah s.w.t juga telah menyebut:

Maksudnya:

Pada hari ini,telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu.

Surah Al-maidah 5:3


Dan juga di dalam firmannya:

Maksudnya:

maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan memeluk Agama Islam(menyerah diri kepada Allah).

Surah Al-baqarah 2:132

Sejarah Hidup

Yusuf Islam(lahir sebagai Steven Demetre Georgiou pada 21 Julai 1948 di London), yang dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978, ialah seorang pemuzik, ahli muzik, penyanyi, pencipta lagu, pendidik, dermawan dan pemeluk agama Islam terkenal yang berbangsa Inggeris.

Sewaktu dikenali sebagai "Cat Stevens", beliau telah menjual lebih 60 juta album di seluruh dunia sejak akhir 1960-an. Dua album beliau iaitu Tea for the Tillerman dan Teaser and the Firecat telah disijilkan oleh RIAA kerana mencapai status Platinum Beganda Tiga di Amerika Syarikat (tiga juta jualan setiap satu); album Catch Bull at Four pula menjual setengah juta salinan dalam dua minggu terawal sejak dikeluarkan dan merupakan LP #1 Billboard selama tiga minggu berturut-turut. Bakat mencipta lagu beliau juga memberinya dua anugerah ciptaan lagu ASCAP (untuk "The First Cut Is the Deepest" yang menjadi single hit untuk empat orang artis berbeza.)

Pada kemuncak kemasyhuran beliau, pada tahun 1977, Stevens memeluk agama Islam.Berita pengislaman ini mengejutkan ramai pihak,termasuk juga peminat-peminat fanatik beliau.Pada tahun 1978, beliau membawa nama Yusuf Islam, lalu meninggalkan kerjaya muzik untuk menumpu kepada tujuan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Muslim. Pada tahun 2006, beliau kembali ke persada muzik pop, dengan sebuah album yang mengandungi lagu pop serba baru sejak berlalunya 28 tahun yang berjudul An Other Cup.

Beliau telah dikurniakan beberapa anugerah kerana usaha-usaha memupuk keamanan di dunia, temrasuk anugerah Man for Peace 2004 dan Hadiah Mediterranean untuk Keamanan 2007. Beliau tinggal bersama isteri beliau, Fauzia Mubarak Ali, dan lima orang anak di Brondesbury Park, London, dan sering mengunjungi Dubai setiap tahun.

Ikutilah perjalanan CAT STEVENS(YUSUF ISLAM) dalam documentary video dibawah:

video

video

video

video

video

video


Wallahu'alam....

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

Artikel "YUSUF ISLAM @ CAT STEVENS" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan,hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...