Roket Gula Rakyat Palastin

Roket Gula Rakyat Palastin

Pengenalan

Roket Qassam (Arab: الصروخ القسام sarukh al-Qassam; juga Kassam) adalah sejenis artileri roket keluli ringkas yang diisi dengan bahan letupan. Roket ini dibangunkan dan digunakan oleh Briged al-Qassam Izz ad-Din, sayap ketenteraan Hamas. Tiga buah model telah dihasilkan dan digunakan antara tahun 2001 sehingga 2010.

Secara umum, kesemua jenis serangan roket oleh Palestin ke atas Israel, sebagai contoh roket yang digunakan oleh Pergerakan Jihad Islam Palestin Al Quds, dikenali sebagai Qassam oleh media Israel dan media asing.

Roket Qassam mula terkenal sebagai jenis roket yang digunakan oleh pasukan bersenjata Palestin menentang Israel semasa Intifada Kedua semasa pertelingkahan Israel–Palestin.Sejak 2000 sehingga 2009, roket Qassam telah membunuh 22 penduduk Israel dan seorang rakyat Thailand.

Sejarah Qassam

Asal

Roket Qassam dinamakan sempena Briged al-Qassam Izz ad-Din, sayap bersenjata Hamas. Ia dinamakan bersempena nama Izz ad-Din al-Qassam, seorang pendakwah bersenjata Syria yang meninggal dunia dalam satu serangan gerila terhadap pihak berkuasa wajib Britain pada tahun 1935 dan menjadi pemangkin bagi pemberontakkan Arab pada tahun 1936.



Pelancaran Roket

Penghasilan roket Qassams bermula pada September 2001 sejurus selepas kebangkitan Intifada kedua. Roket Qassam pertama yang dilancarkan adalah Qassam-1, dilancar pada Oktober 2001, dengan jarak maksima 3 kilometer (2 batu) hingga 4.5 kilometer (3 batu).10 February 2002 merupakan kali pertama Palestin melancarkan roket ke Israel, bukannya ke penempatan Israel di Semenanjung Gaza. Salah satu roket mengenai Kibbutz Saad.Roket Qassam pertama kali mengenai bandar Israel pada 5 March 2002 apabila dua roket menghentam selatan bandar Sderot. Sesetengah roket turut mengenai sejauh pinggir bandar Ashkelon. Jumlah keseluruhan bilangan roket Qassam yang dilancarkan melampaui 1,000 menjelang 9 Jun 2006. Dalam tahun 2006 sendiri, lebih dari 1,000 roket telah dilancarkan. Pada tahun 2008, 1,750 roket telah dilancarkan. Menjelang penghujung Disember 2008, sejumlah 15 orang telah terbunuh akibat roket Qassam sejak serangan bermula pada 2001.

Tindak balas Israel

Pengenalan roket Qassam mengejutkan ahli politik dan pakar tentera Israel,dan mendapat reaksi yang bercampur-campur.Pada tahun 2006, Kementerian Pertahanan Israel melihat roket Qassam sebagai "lebih kepada ancaman psikologi berbanding fizikal."Pasukan Pertahanan Israel telah bertindak balas akan penggunaan roket Qassam dengan melaksanakan sistem amaran awal "Warna Merah" di Sderot, Ashkelon dan sasaran berisiko tinggi. Sistem ini terdiri daripada radar maju yang mengesan roket ketika ia dilancarkan, dan pembesar suara yang memberi amaran kepada penduduk awam untuk berlindung antara 15 dan 45 saat sebelun hentaman roket sebagai cubaan bagi mengurangkan ancaman dari roket. Sistem yang dikenali sebagai Kubah Besi, direka bagi memintas roket sebelum ia mengenai sasaran, kini sedang dibangunkan dan dijangka beroperasi pada Mei 2010.

Reka bentuk Roket dan spesifikasi

Matlamat reka bentuk roket Qassam kelihatannya bagi memudahkan dan mempercepatkan pengilangan, dengan penggunaan komponen dan perkakasan biasa. Bagi matlamat ini, roket ditujah dengan campuran pepejal gula dan potasium nitrat, baja yang mudah didapati. Kepala peledak diisi dengan TNT dan urea nitrat, juga baja biasa, yang diseludup ataupun dikitar semula.

Roket ini terdiri daripada batang selinder keluli, mengandungi ketulan segiempat bahanapi. Kepingan keluli yang membentuk dan menyokong nozzles is spot-welded pada dasar silender. Kepala peledak terdiri daripada kelonsong logam mudah mengelilingi bahan letupan, dan dicetus oleh fius yang dibina menggunakan katrij biasa, spring, dan paku.

Sungguhpun reka bentuk awal menggunakan muncung tunggal yang diskrew pada tapak, roket terkini menggunakan reka bentuk tujuh muncung, dengan muncung ditebuk terus pada kepingan tapak roket. Perubahan ini meningkatkan ketahanan roket pada kecacatan reka bentuk muncung kecil, juga memudahkan penghasilan dengan membenarkan penggunaan mesin penebuk berbanding pengorek "lathe" semasa penghasilan disebabkan saiz muncung yang lebih kecil. Tidak seperti roket lain, muncung belakang tidak mengiring, yang bererti roket tidak berputar pada paksinya semasa terbang. Sungguhpun ini menyebabkan ia kurang tepat, ia memudahkan pembuatan roket dan sistem perlancaran yang diperlukan..

video dibawah menunjukkan,cara-cara Roket Al-Qassam diproses yang berjaya di rakam oleh seorang wartawan.Apa yang menakjubkan disini,antara bahan asas yang digunakan dalam pembuatan roket Al-Qassam ini ialah gula...Justeru itu,ana berharap janganlah ada di antara kita yg mencuba aksi2 dibawah ini,cukuplah ia sebagai sekadar ilmu dan renungan kita bersama...selamat menonton..



Hadis yang diriwayatkan abi umamah al bahili Nabi saw bersabda:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك، قالوا: وأين هم يا رسول الله؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)


Wallahu'alam....

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

Artikel "ROKET GULA RAKYAT PALASTIN" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan,hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...