BANTUAN RASULULLAH S.A.W KEPADA UMAT YANG BANYAK BERSELAWAT

Ibnu Bashkawal meriwayatkan daripada Abdul Wahid ibnu Zaid yang berkata : "Aku keluar untuk mengerjakan haji.Bersamaku ialah seorang lelaki yang tidak berdiri dan duduk serta tidak akan pergi dan datang kecuali sambil berselawat ke atas Nabi s.aw.

Melihat keanihan tingkah lakunya itu aku pun bertanya kepadanya mengenai perkara itu.Ia menyatakan: " Aku akan ceritakan kepada engkau mengenainya.Beberapa tahun yang lalu,aku bersama ayahku pergi ke Mekkah untuk menunaikan fardu haji.Setelah selesai mengerjakan haji kami pun beredar dan tinggal di sebuah rumah.Ketika aku sedang tidur di rumah itu,aku didatangi oleh seseorang di dalam tidurku.

Orang itu berkata kepadaku: "Bangun!!! ayah engkau telah meninggal dunia dan mukanya menjadi hitam." Aku bungkas bangun dalam keadaan bingung lalu aku singkapkan kain yang menutupi muka ayahku.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat ayahku telah meninggal dunia dan mukanya telah bertukar menjadi hitam!!!.

Melihat keadaan ayah begitu,aku menjadi takut.Tiba-tiba mataku menjadi amat mengantuk sekali sehingga tertidur.Di ketika itulah aku melihat diriku berada di hujung kepala ayah bersama empat orang yang berkulit hitam.setiap mereka memegang tiang besi dan berada di bahagian kepala,kaki,sebelah kanan dan kiri ayahku.Tiba-tiba seorang lelaki yang berwajah cantik dan memakai dua pakaian yang berwarna hijau datang berjalan kaki dan mengarahkan kepada orang-orang yang berkulit hitam supaya beredar.

Lelaki itu mengangkat kain yang menutupi muka ayahku lalu menyapu dengan tangannya.Selepas itu ia datang menemuiku dan berkata: (Bangunlah,Allah telah memutihkan muka ayah engkau!!!)

Dengan penuh kehairanan aku pun bertanya: "Demi ayahku dan demi ibuku,siapakah engkau?"

(Aku adalah Muhammad,Rasulullah s.a.w !!!),jawap lelaki itu.

Aku pun mengangkat kain penutup muka ayahku dan mendapatinya sudah kembali berwarna putih lalu aku menguruskan jasadnya dan mengebumikannya.

Di dalam kitab "Misbahul Zhalam" dinyatakan bahawa ayah lelaki itu banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Perbanyakkanlah berselawat keatas Baginda Sallallahu'alaihiwasalam sepertimana dinyatakan didalam Al-Quran,Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam dengan salam yang sempurna".

(Al-Ahzab:56)


Wallahu'alam....

Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w

Catatan Yang Berkaitan: Berubah Menjadi Himar

0 ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...