Adakah Luqman Seorang Nabi atau Al-Hakim (seorang yang bijaksana)
Ibn `Atiyah meriwayatkan daripada Ibn Umar RA: Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda Luqman bukanlah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang hamba yang banyak berfikir, berkeyakinan tinggi, maka Allah ‘Azza Wa Jalla mengasihinya dan menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan khalifah untuk melaksanakan hukum yang benar. Luqman berkata:
“Tuhanku! sekiranya Engkau memberi pilih kepadaku, aku terima dengan rela dan aku meninggalkan ujian. Tetapi jika Engkau menfardhukan ke atasku, maka aku dengar dan taat, sesungguhnya engkau akan memeliharaku.”
Ulama’ telah bersepakat mengatakan:
Luqman adalah seorang yang bijaksana, bukannya seorang nabi. Hanya Abu Haiyan sahaja yang telah meriwayatkan daripada ‘Akrimah dan ash-Sya‘bi yang mengatakan: Luqman adalah seorang nabi.
Sebahagian ulama’ mengatakan, Luqman telah diberi pilihan antara kenabian (nubuwwah) dan hikmah. Maka beliau memilih hikmah.
Salman Al-Farisiy menjelaskan:
Luqman telah memilih ketaatan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla daripada yang selainnya, dengan itu beliau menperolehi hikmah.
Ibn Al-Munir Al-Iskandarani dan Ibn Kathir tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Luqman diberi pilihan antara kenabian (nubuwwah) dan hikmah.
(Ruh Al Ma`aniy: jil 1; hal: 83)
Ibn Katsir berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ tentang kebijaksanaan Luqman ini:
Luqman merupakan lelaki yang cekal dengan kebenaran, pendiam, banyak bertafakkur, berpandangan jauh, tidak pernah tidur di siang hari, tidak pernah meludah, tidak berkahak, tidak membuang air besar dan air kecil, tidak pernah mandi, tidak bermasam muka dan tidak ketawa, tidak mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang akan mengulanginya, pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal, tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu. Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar. Inilah antara faktor yang melayakkan beliau memperolehi hikmah.
(Al-Bidayah Wa Al Nihayah: jil - 2: hal: 124)
Pendapat yang masyhur di kalangan para ulama` dan mufassirin mengatakan Luqman adalah seorang yang soleh dan bukan seorang nabi.
Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyebut nama Luqman di dalam Al-Quran dan mengangkat martabat nya. Terdapat athar-athar yang membidas pendapat ini dengan mengatakan Luqman adalah seorang hamba Habsyi, dengan itu beliau tidak layak menjadi nabi. Sepertimana yang telah diketahui,nabi ialah seorang yang merdeka dari ka langan Bani Adam, menerima wahyu dan membawa syari’at, sama ada diperintahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla agar menyampaikannya kepada seluruh umat manusia ataupun tidak. Ayat Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa Luqman seorang yang bijaksana (Al-hakim), bukannya seorang nabi.
(Wasoya Wa Mawai’z Li Luqman Al Hakim Fi Al Quran)
Wallahu'alam....
Catatan Yang Berkaitan:
* Siapakah Sebenarnya Luqman Al-Hakim
* Adakah Luqman Seorang Nabi atau Al-Hakim
* Hikmah Terawal Diungkapkan Oleh Luqman Al-Hakim
* Hikmah Dan Kepentingannya
* Penjelasan Al-Quran Tentang Hakikat Hikmah
0 ulasan:
Catat Ulasan