Husnul Khuluk
Firman Allah swt yang bermaksud :
" Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang luhur "
( Al- Qalam ; 4 )
Anas r.a berkata :
" Adalah Rasulullah SAW adalah sebaik-baik manusia budi pekertinya "
( Bukhari & Muslim )
Sabda Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia "
( Ahmad, Hakim & Baihaqi )
Pernah Rasulullah saw ditanya :
wahai Rasulullah , apakah agama itu ? Baginda menjawab 'Akhlak yang mulia'
Dari nas-nas yang dikemukakan di atas dapatlah kita lihat bahawa akhlak di dalam Islam itu adalah penting. Tujuan risalah Islam itu sendiri adalah untuk menyempurnakan dan menyebarkan akhlak yang mulia, juga definisi Islam itu sendiri dihubungkan dengan akhlak yang baik. Akhlak yang mulia ialah suatu perkara yang mesti dititik beratkan demi mencapai kesempurnaan iman.
Dengan adanya akhlak yang luhur segala tingkah laku manusia akan suci dan sesuai dengan jawatan yang telah dirahmatkan oleh Allah swt. ke atasnya iaitu sebagai "khalifatullah fil ardh". Islam dengan sungguh-sungguh berusaha untuk menjadikan ini satu kenyataan dengan jalaan membentuk unsur-unsur yang kuat dan manusia yang soleh.
Ada dua pedoman pokok yang patut diperhatikan oleh mukmin:
1. Bagi setiap orang, ia mesti berusaha ke arah kemuliaan dan kesuciaan, mengalahkan hawa nafsu dan syahwat syaitaniah, mengenal dan melaksanakan hak dan kewajipan, berpegang teguh kepada sendi-sendi keutamaan, menghindarkan diri dari segala kecurangan dan memasukkan dirinya ke dalam lingkungan yang suci.
2. Bagi mayarakat umum, mestilah suka tolong-menolong , mendahului
kepentingan orang lain, berkorban, melenyapkan diri sendiri, saling kasih-mengasihi, hormat-menghormati, jujur, ikhlas, dapat di percayai, mematuhi janji, lapang dada, baik hati dan tenang jiwa.
Apabila hidupnya kedua-dua pedoman tadi, maka lahirlah satu masyarakat yang kehidupannya serba mengembirakan, penuh kewibawaan dan keagungan, pimpinan yang stabil dan kekuasaan yang tidak mudah tergoncang dan rapuh, jelasnya setiap ahli masyarakat mempunyai perasaan dan peranan yang besar dalam tugas ini.
Akhlak yang baik muncul dari diri seseorang itu menentukan kebahgiaan yang lebih besar dari segi hidup masyarakat.
Taarif Akhlak
Al-khula dalam bahasa arab beerti sifat dan natur. Menurut istilah yang dikemukakan oleh Al-Ghazali ianya bawaan sifat jiwa yang tersembunyi di dalam yang mendorong atau melahirkan perbuatan tanpa disengajakan.
Dapatlah difahami bahawa akhlak itu ialah kumpulan sifat-sifat yang tersembunyi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan atau pertimbangan sifat itu sesuatu perbuatan itu dapat dikatakan baik atau buruk menurut pandangan manusia dan dengan sifat itu dapat melaksanakan atau meninggalkan perbuatannya.
Menurut Al- Ghazali lagi, segala adab sopan anggota badan zahiriah adalh tanda adalah tanda kesopanan batiniah. Segala gerakan anggota badan adalah buah yang terguris di dalam hati yakni segala amal perbuatan dari akhlak. Syed Sabiq menyatakan bahawa jiwa adalah induk dan pusat yang menyebabkan terjadinya ssesuatu kelakuan dan perbuatan. Jadi apabila jiwa itu baik pastilah amalan yang ditimbulkan itu baikdan begitulah sebaliknya. Seperti sabda Rasulullah saw dari Nukman Bin Basir:
" Bahawasanya di dalam tubuh manusia ada segemgam daging apabila ia baik, baiklah pula seluruh badan tetapi apabila ia buruk, buruklah pula seluruh badan, ingatlah itu adalah hati"
( Baihaqi )
Kelemahan Manusia dan Penyakit Jiwa.
Al Quran menghuraikan masalah penyakit-penyakit jiwa dengan tujuan agar manusia dapat mengubati kekurangan-kekurangan yang terdapat di dalam hati.
Firman Allah swt. yang bermaksud :
" Allah berkehendak akan memberikan keringanan padamu semua kerana manusia itu diciptakan dalam keadaan yang lemah sekali."
(An-Nisa': 28)
Manusia tidak pernah tetap dalam satu keadaan, tidak pernah merasa tenang dalam sesuatu suasana. Ianya sentiasa terumbang-ambing olek adanya perkara baru, bahkan ia gemar sekali berubah-ubah dalam seribu macam corak atu menampakkan diri dalam seribu juta ragam bentuk yang berbeza-beza.
Firman Allah swt. yang bermaksud :
" Di kala manusia itu ditimpa sesuatu bahaya iapun lalu memohon kepada kami, baik waktu tidur , duduk atau pun berdiri. Tetapi di kal kami telah melepaskan kesukaran, ia lalu melakukan apa-apa yang sudah-sudah seolah-olahnya tidak pernah bermohon kepada kami untuk menghilangkan kesukarannya tadi."
(Yunus : 12 )
dan dalam surah Al-Maarij ayat 19-21 Allah swt berfirman yang bermaksud :
" Seusngguhnya manusia itu tercipta serba menyukarkan. Apabila ia tertimpa sesuatu kecelakaan ia mengeluh, tetapi apabila ia menerima kebakkan ia menjadi kikir."
Kemuliaan Jiwa
Islam memandang kemulian jiwa sebagai akhlak dan perangai yang sebagus-bagusnya. Firman Allah swt ,yang bermaksud;
" Kemuliaan hanya bagi Allah, Rasulnya dan sekelian orang mukmin tetapi kaum munafiqin tidak menyedari"
( Munafiqun :8 )
Kemuliaan jiwa timbulnya sebagai langkah dalam kemahuan hendak merealisasikan terjelmanya keagungan dan kebaikkan. Ini juga sebagai satu-satunya jalan untu mencapai kebaikkan, menghalu kejahatan, mengusahakan keutamaan, melepaskan diri dari hawa nafsu dan mensuci dari segala sifat-sifat yang hina. Dengan adanya kekuatan peribadi yang baik ini keengganan untuk melakukan kecurangan dan sesuatu yang boleh menjejaskan akhlak yang baik akan ternyata.
Telah menjadi tugas mukmin memupuk kemuliaan jiwa dan menguburkan penyakit-penyakit jiwa tadi. Dengan kesuburan akhlak dan kemuliaan akan lahirlah satu masyarakat yang harmonis dan jika berlaku yang sebaliknya akan meneraplah nilai-nilai curang yang akan mengheretnya ke arah kemaksiatan dan kehinaan.
Ciri-ciri Akhlak Dalam Islam
a) Ajaran-ajaran akhlak dalam bentuknya yang umum.
Islam secara umumnya menyeru manusia agar berakhlak baik.
Firman Allah swt, yang bermaksud:
" katakanlah kepada hambaku supaya mereka menyatakan perkataan baik-baik. Sesungguhnya syaitan itu berbuat bencana antara mereka itu. Sesungguhnya syaitan seteru yang terang bagi manusia."
( Al-Isra' : 53 )
" bertolong-tolonglah kamu berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu
bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya."
( Al-Maidah : 2 )
Malah banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh berakhlak baik semuanya berbentuk umum.
b) Kelenkapan berakhlak baik dalam Islam.
Berbagai ciri khas sistem akhlak dalam Islam ialah lengkap dan luas bidangnya. Ianya
meliputi semua aspek perbuatan manusia baik mengenai dirinya, yang mengenai orang lain (baik muslim atau kafir ) dan juga binatang. Tidak ada sesuatu perbuatan manusia yang keluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak dalam Islam dan setiap orang Islam wajib memeliharanya.
c) Norma akhlak harus dilaksanakan dalam cara dan tujuan.
Ciri ini menegaskan kewajipan menerapkan akhlak dalam semua tindakan dan tujuan dari tidak-tanduk itu. Tidak boleh mencapai sesuatu tujuan itu dengan cara yang bertentangan dengan akhlak. Islam menentang prinsip ' al-ghayah tubarirul wasilah' atau tujuan dinyatakan dengan cara. Tegasnya cara-cara yang diterima oleh lingkungan akhlak juga.
d) Hubungan Akhlak dengan keimanan dan taqwa.
Akhlak dalam Islam mempunyai hubunganyang sangat erat dengan keimanan dan
taqwa kepada Allah swt. Firman Allah swt. yang bermaksud :
" Dan sempurnakanlah janji itu sehingga sampai waktunya.sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang takut."
( Al-Taubah : 4 )
Di dalam hadis ada diterangkan :
" Orang mukmin yang sempurna imannya ialah ialah yang terbaik budi pekertinya, dan sebaik-baik di antara kamu ialah yang terbaik terhadap isterinya."
( Dari Abu Hurairah & Riwayat At- tarmizi )
Akhlak yang mulia merupakan buah keimanan. Perasaan taqwa dan sentiasa menghitung-hitung hari pertemuan dengan Allah lah yang mendorong seseorang itu berjaga-jaga dalam segala tingkah lakunya. Sifat berjaga-jaga ini membentuk akhlak dan kemuliaan pula.
e) Hukuman bagi menjaga akhlak
Di samping menggalakkan manusia melaksanakan hal-hal yang diperintahkan, Islam
tidak pula melupakan adanya kekuasaan dan penggunaan kekerasan terhadap perlanggaran peraturan dalam berakhlak. Itulah sebabnya diadakan hukuman qisas dan ta'zir.
Hukum qisas dijalankan apabila batasan akhlak telah dilanggar sehingga hudud terpaksa dijalankan. Ini termasuklah zina, membunuh, mencuri dan lain-lain. Semantara itu ta'zir pula dijalankan untuk mengajar dan mengingatkan perlanggaran norma-norma akhlak yang melibatkan diri dalam perkara riba, mengganggu wanita, minum arak buat pertama kali dan kesalahan-kasalahan lain yang perlu diberi amaran dan pengajaran. Biasanya ta'zir dilakukan dengan hukuman sebat atau buang negeri misalnya. Kezaliman yang dilakukan jika tidak diambil tindakan lama-kelamaan akan membawa kehancuran masyarakat itu.
Pembaikan Akhlak
Banyaknya perintah Allah swt menyuruh manusia memperbaiki akhlak bermakna akhlak itu dapat diperbaiki. Semua manusia dapat merubah akhlaknya. Akhlak yang keji dapat diganti dengan akhlak yang baik. Firman Allah swt yang bermaksud :
" Demi jiwa serta penyempurnaanya (ciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kebaikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya."
Memang tidak dinafikan tabi'I manusia berbeza-beza. Kesanggupan dan kemampuan membaiki akhlak itu berbeza-beza. Ada yang segera menerima dan ada yang lambat. Ada di antara manusia yang ada akhlak yang menonjol pada dirinya dan selalu mempengaruhi perbuatannya. Walaubagaimanapun ini semua menunjukkan bahawa akhlak itu dapat diperbaiki.
Cara Merubah Akhlak.
Menurut Imam Al Ghazali keluhuran akhlak itu berpunca:
kerana kemurahan Allah swt dan kesempurnaan fitrah.
Memperolehi akhlak itu dengan perjuangan dan latihan-latihan diri (mujahadah)
Akhlak yang sempurna hanya akan diperolehi dengan cara berjuang mendapatkanya. semua akhlak tidak dapat meresap ke dalam jiwa seseorang selagi ia tidak membiasakan dirinya dengan segala amalan dan latihan yang baik. Sekiranya nafsu itu boleh dibiasakan merasa enak membuat kebatilan sepatutnya ia boleh diarahkan untuk merasakan enak berbuat kebaikan.
Pendeknya cara pokok bagi merubah akhlak keji ialah dengan cara berusaha mengurangi pengaruh sifat keji tadi dan membersihkan serta menghilangkan sifat-sifat yang keji serta mengarahkan kepada sifat-sifat yang diredhoi Islam.
Beberapa Cara Terperinci Bagi Merubah Akhlak
a) Ilmu pengetahuan. Kita perlu mengetahui apakah akhlak-akhlak yang baik yang diredhoi Allah swt dan apakah yang dibencinya. Dengan pengetahuan ini kita boleh memilih yang mana baik dan membuang yang buruk.
b) Pentingnya melihat di manakah kedudukan akhlak yang mulia itu dengan dasar-dasar keimanan kerana keimanan dan ketaqwaan dapat memperolehi keredhoan Allah swt.
c) Pentingnya ilmu pengetahuan tadi ditanam dalam diri semoga tidak lupa. Misalnya di kala Sayyidina Umar r.a marah kepada seorang lelaki yang menuduhnya menghukum secara tidak adil, orang yang hadir mengingatkan Sayyidina Umar r.a :
"wahai Amirul Mukminin, Allah swt telah berfirman : "jadikanlah engkau seorang pemaaf dan serulah orang mengerjakan yang maaruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."
(Al- A'raf : 109 )
Setelah mendengar ayat itu beliau berkata " kamu sekalian benar". Hilanglah marahnya.
d) Membuat perkara yang bertentangan dengan perbuatan yang hendak diubahnya yakni melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan kehendak syaitan.
e) Memperkukuhkan keyakinannya ke dalam jiwa terutamanya keimanan kepada Allah swt., Hari Qiamat dan Risalah Rasulullah saw. Dengan berpandukan ini kita sentiasa ingat akan tujuan hidup ini dan akan terus memperbaiki akhlak kita demi mencari keredhoan Allah swt.
f) Membiasakan diri berbuat baik serta mendorong jiwa untuk menerima, Firman Allah swt yang bermaksud :
"sesungguhnya beroleh keuntunganlah orang-orang yang memperbaiki jiwanya."
( Al-A'la : 14 )
Bersihnya jiwa itu ialah dengan amal soleh. Ini termasuklah mengerjakan ibadat-ibadat dengan kefahaman yang sebenarnya.
g) Bergaul dengan orang-orang yang berakhlak baik dan mendengar nasihat-nasihat dari mereka. Dengan jalan inilah, InshaAllah kita akan sentiasa diingati dan dimuhasabahkan jika berbuat salahdan diperbetulkan ke arah yang mulia.
h) Mengerjakan berbagai-bagai ibadah samada yang sunat ataupun yang fardhu, sebab tujuan ibadah ialah untuk membersihkan jiwa (diri).
i) Mencontohi ahklak-akhlak yang baik
j) Mencari biah yang soleh dan meninggalkan biah yang jahat
k) Bersedia menerima nasihat dari orang yang soleh.
Beberapa Contoh Akhlak Dari Al-Quran.
a) Benar, yakni benar dalam matlamat, tujuan dan cita-cita kita sebagai seorang Islam di Muka bumi ini. Mesti juga benar dalam percakapan dan dalam perbuatan. Hendaklah jauhkan dari perkara-perkara bathil (rujuk Usul Dakwah- Tanda Keimanan dan Buah Iman Seseoran). Firman Allah yang bermaksud;
"Hai orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu beserta orang-orang yang benar."
(At-Taubah : 129 )
"Sesungguhnya Allah tiada menunjuki orang-orang yang berlebihan (melampaui batas) dan pendusta".
( Al-Mukmin : 28 )
b) Sabar. Yakni sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah swt dan sabar dalm meninggalkan kemaksiatan kerana takut akan azab Allah dan cinta kepadanya dan juga sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran. Firman Allah swt ,yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu."
(Al-baqarah : 28 )
"Hendaklah engkau sabar kerana sesungguhnya Allah tiada menyiakan pahala orang berbakti (muhsinin)."
( Hud : 15 )
c) Rahmah (kasih sayang). Kita haruslah mempunyai hati yang bersifat rahmah dan belas kasihan kepada manusia. Manusia biasanya menolak Islam kerana kejahilannya. Dengan sifat ini kita tidak akan lekas kecewa dan sebaliknya dengan hati yang keras orang akan benci kepada kita. Firman Allah,yang bermaksud;
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaum mu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu amat belas kasihan lagi maha penyayang terhadap orang mukmin."
(At-Taubah : 123 )
"maka disebabkan rahmat dari Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu."
(Ali-Imran : 159 )
d) Tawaddu' . Yakni merendah diri dan menerimakebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.
Firman Allah yag bermaksud:
"Rendahkan sayapmu (berhina diri,jangan sombong) kepada orang-orang yang beriman yang mengikutmu."
Sebagaimana kalau kita sakit, kita sedaya upaya mahu cepat sembuh, begitulah dengan akhlak yang keji yang ada hendaklah ianya diumpamakan sebagai penyakit atau kuman yang boleh memudharatkan diri kita yang mana kita hendaklah cepat-cepat membenteraskannya. Akhlak yang mulia diredhoi Allah dan juga orang-orang sekeliling kita. Ia bagaikan tarikan besi berani. Orang-orang yang senang dengan kita dan InshaAllah mahu mencontohi kita pula. Yang lebih pentingnya akhlak yang mulia merupakan hasil keimanan kita, keimanan yag suci dan ikhlas adalah laksana sepohon kayu yang sihat akarnya, lebat buahnya serta manis. Ingatlah kita pada pesanan Rasulullah :
"Takutlah kepada Allah di mana sahaja engkau berada dan ikutlah sesuatu kejelekan itu dengan kebaikan, maka kebaikan itu dapat menghapuskan kejelekan tadi, juga pergaulilah seluruh manusia dengan budi pekerti yang bagus".
Sekian Wassalam…

0 ulasan:
Catat Ulasan