Allah ‘Azza Wa Jalla telah menafsirkan hikmah secara terperinci di dalam surah Al-Isra’ Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu."
(Al-Isra’: 39)
Bermula dari ayat 32, sebelum ayat di atas, Allah ‘Azza Wa Jalla telah menjelaskan dengan panjang lebar tentang hakikat hikmah sepertimana berikut:
-Mentauhidkan dan mengesakan Allah ‘Azza Wa Jalla dalam melakukan ibadat tanpa menyekutukan-Nya dengan suatu yang lain dan tidak menggunakan sebarang perantaraan.
-Melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa dan tidak menyakiti hati mereka bahkan memuliakan mereka.
-Meyakini bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla mengetahui segala yang tersembunyi di hati dan ia akan dihisab. Jika terdapat sebarang kesalahan diri ia tetap akan diampun.
-Menjalinkan hubungan ukhuwwah dengan baik. Meng-hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tidak berbelanja sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan maslahah dan keperluan.
-Tidak melakukan pembaziran kerana ia adalah sifat mereka yang tergolong dalam kerabat syaitan. Syaitan berbisik di hati manusia agar melakukan fasad (kerosakan) dan berbelanja pada perkara kebatilan.
-Mengungkapkan pertuturan yang baik dan indah walaupun ketika kekurangan harta, di samping meletakkan harapan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla agar dibuka jalan rezeki.
-Tidak membelenggu tangan lantaran enggan mengorbankan harta pada perkara yang murni. Dan tidak membelanjakannya secara berlebih-lebihan sehingga mengundang penyesalan di kemudian hari.
-Mengimani bahawa Allah ‘Azza Wa berupaya meluaskan dan menyempitkan rezeki sesiapa sahaja yang Ia kehendaki di kalangan hamba-Nya, berdasarkan sebab-musabab yang tertentu.
-Tidak membunuh anak kerana takutkan kemiskinan, sedangkan rezeki adalah dalam jaminan Allah ‘Azza Wa Jalla.
-Menghindari perkara-perkara yang mendekati zina dan membasmi faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya penzinaan.
-Tidak melakukan pembunuhan melainkan ketika mana diizinkan syarak. Allah ‘Azza Wa Jalla telah memberikan hak kepada wali untuk menuntut qisos dari pemerintah terhadap pembunuh. Apabila dijatuhkan hukuman bunuh tidak boleh berlebihan dan melampau seperti membunuh orang lain yang tidak terlibat dengan pembunuhan atau membunuh dua orang, sedangkan orang yang dibunuh hanya seorang. Jika orang kedua terlibat jua dalam pembunuhan tersebut ia hanya dikenakan qisos atau diyat.
-Membelanjakan harta anak yatim dengan cara yang terbaik agar dapat dikembangkan sehinggalah ia mencapai umur baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). Setelah mencecah umur baligh maka diserahkan kembali hartanya untuk diuruskan sendiri.
-Memelihara segala perjanjian kerana ia akan dihisab oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Sama ada perjanjian Allah ‘Azza Wa Jalla dengan manusia atau sesama manusia.
-Menyempurnakan ukuran timbang. Persoalan yang me-nyentuh harta benda hendaklah dipastikan secara adil. Perlu diraikan hak semua pihak dan lapisan.
-Membuat kenyataan dan menentukan pendirian pada suatu perkara, setelah mendapat kepastian dan diyakini kesahihannya.
-Tidak bermegah, meninggi diri serta merasakan diri sempurna.
Segala celaan dan tegahan-tegahan yang disebut di atas adalah perkara yang dimurkai oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesiapa yang melanggar batasan tersebut ia tersingkir dari rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla dan tersisih dari keredhoan Allah ‘Azza Wa Jalla.
Wallahu'alam....
* Siapakah Sebenarnya Luqman Al-Hakim
* Adakah Luqman Seorang Nabi atau Al-Hakim
* Hikmah Terawal Diungkapkan Oleh Luqman Al-Hakim
* Hikmah Dan Kepentingannya
* Penjelasan Al-Quran Tentang Hakikat Hikmah
Yus Jambu Meninggal Dunia
-
Al-Fatihah – Yus Jambu Meninggal Dunia Kuala Lumpur: Pelawak terkenal,
Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak
nafas, kira-...
9 tahun yang lalu
1 ulasan:
4llow uu jom kita tukar2 link
Catat Ulasan