PRAKTIKAL MENYEMPURNAKAN WUDHU’ KETIKA SAKIT
PENDAHULUAN
Mengangkat hadas, sama ada hadas kecil atau hadas besar, merupakan cara
bersuci bagi membolehkan seseorang itu melakukan ibadat.
Mengambil wudhu’ merupakan tuntutan yang wajib bagi orang yang berhadas kecil
yang hendak mendirikan sembahyang, mengerjakan thawaf, menyentuh atau
membawa mushaf dan sebagainya.
Namun dalam keadaan tertentu, adakalanya seseorang itu tidak dapat berwudhu’
dengan cara biasa disebabkan mempunyai keuzuran atau penyakit di tempat-tempat
tertentu pada anggotanya seperti mengidap penyakit kulit, luka, terdapat jarum yang
dipasang untuk menyalurkan ubat (drip) dan seumpamanya, yang boleh
memudaratkan jika dia menggunakan air bagi membasuh anggotanya itu,
sedangkan ianya wajib dibasuh ketika mengambil wudhu’.
Justeru itu, kertas kerja ini akan mengutarakan perbincangan cara-cara orang yang
menghadapi masalah seperti ini mengambil wudhu’. Skop perbincangannya akan
memfokuskan kepada pandangan mazhab Syafi‘e sebagai mazhab yang menjadi
pegangan dan ikutan umat Islam di negara ini. Di samping itu juga akan cuba
melihat pandangan mazhab Maliki yang mungkin boleh menjadi alternatif untuk
menghadapi situasi yang dihadapi.
Keadaan-Keadaan Anggota Yang Sakit
Sebelum perbincangan ini melangkah lebih jauh adalah elok rasanya dijelaskan
bahawa anggota yang ditimpa sakit atau keuzuran seperti yang disebutkan di atas
keadaannya adalah berbeza-beza seperti berikut:
1. Adakala nya ia dibalut dengan sesuatu seperti dibalut dengan kain, plaster,
simen atau seumpamanya dan ditakuti akan mendatangkan mudarat jika
dibuka balutan tersebut.
2. Adakalanya anggota yang sakit itu dibalut dengan sesuatu tetapi tidak
mendatangkan mudarat jika dibuka balutan tersebut.
3. Adakalanya juga anggota tersebut tidak dibalut dengan sesuatu.
Daripada ketiga-tiga keadaan ini, para ulama mazhab Syafi‘e dan mazhab Maliki
masing-masing mempunyai pandangan mereka yang tersendiri tentang cara
penyempurnaan wudhu’ dalam konteks yang telah disebutkan.
PANDANGAN MAZHAB SYAFI‘E
1) Anggota Sakit Yang Berbalut
Menurut pandangan mazhab Syafi‘e, jika sekiranya anggota seseorang yang sakit
itu dibalut dengan sesuatu seperti kain, plaster, simen atau seumpamanya dan
ditakuti akan memudaratkannya jika dibuka balutan tersebut, maka dalam hal ini
wajib dia melakukan tiga perkara seperti berikut:
1. Membasuh bahagian anggota yang tidak sakit, termasuklah juga sebelah
bawah di bahagian-bahagian tepi balutan jika terdaya melakukannya dan
membasuh bahagian anggota-anggota lain yang tidak sakit.
Apa yang perlu dilakukan ketika membasuh bahagian anggota tersebut
hendaklah berhati-hati, jangan sampai air mengalir sehingga terkena
bahagian yang sakit.
2. Menyapu semua balutan yang membalut anggota yang sakit dengan air,
iaitu sebagai ganti perbuatan membasuh bahagian anggota yang tidak sakit
yang ditutup oleh pembalut.
Jika sekiranya pembalut atau plaster tersebut tidak menutupi kecuali pada
bahagian yang sakit sahaja, maka tidaklah wajib ianya disapu. Begitu juga,
jika sekiranya terdaya membasuh bahagian yang tidak sakit yang tertutup
oleh pembalut, maka tidaklah wajib menyapu balutan tersebut dengan air.
Oleh sebab tertib merupakan di antara rukun wudhu’ dalam mazhab Syafi‘e,
maka apabila tiba masa untuk membasuh anggota sakit yang tidak boleh
terkena air barulah disapu balutan tersebut dengan air. Umpamanya, jika
terdapat luka yang berbalut pada tangan, maka hendaklah dibasuh muka
terlebih dahulu, kemudian dibasuh bahagian tangan yang tidak sakit dan
selepas itu barulah disapu balutan yang ada pada tangan itu sebelum
menyapu kepala dan seterusnya membasuh kaki.
3. Bertayammum pada anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan untuk
anggota yang berbalut yang tidak boleh terkena air iaitu sebagai gantinya.
Jika sekiranya anggota yang sakit atau luka itu terdapat di bahagian
anggota tayammum tidaklah dituntut melalukan debu tanah pada bahagian
tersebut.
Waktu melakukannya ialah apabila tiba masa membasuh anggota sakit
yang tidak boleh terkena air barulah dia bertayammum kerana memelihara
tertib wudhu’.
Oleh itu, jika terdapat luka yang berplaster pada muka, maka hendaklah
bertayammum terlebih dahulu sebelum membasuh dua tangan. Ataupun
luka tersebut terdapat pada tangan, maka hendaklah bertayammum terlebih
dahulu sebelum menyapu kepala dan begitulah seterusnya.
Apabila terdapat dua anggota sakit yang berbalut maka diwajibkan juga dua
tayammum, jika tiga anggota maka diwajibkan juga tiga tayammum, dan jika
empat anggota maka diwajibkan juga empat tayammum, jika penyakit yang
tidak boleh terkena air itu tidak terdapat pada keseluruhan anggota wudhu’,
hanya yang tertentu sahaja, kecuali kepala. Umpamanya, hanya separuh
muka dan separuh tangan sahaja yang sakit, maka wajib dua tayammum.
Atau separuh muka, separuh tangan dan separuh kaki sahaja yang sakit,
maka wajib tiga tayammum. Ataupun separuh muka, separuh tangan dan
separuh kaki sahaja yang sakit, akan tetapi seluruh kepala terkena penyakit,
maka dalam hal ini wajib empat tayammum.
Akan tetapi jika keempat-empat anggota wudhu’; seluruh muka, seluruh dua
belah tangan, seluruh kepala dan seluruh dua belah kaki, semuanya sakit
tidak boleh terkena air, maka memadailah dengan satu tayammum sahaja.
Demikian juga, jika penyakit itu terdapat pada seluruh dua anggota yang
berturut-turut, seperti muka dan dua belah tangan, ataupun kepala dan dua
belah kaki, maka memadailah dengan satu tayammum bagi tiap-tiap dua
anggota yang berturut-turut tersebut.
2) Anggota Sakit Yang Berbalut Yang Boleh Dibuka Atau Yang Tidak Berbalut
Jika sekiranya anggota seseorang yang sakit itu dibalut dengan sesuatu dan tidak
memudaratkan jika dibuka balutan tersebut, ataupun anggota tersebut tidak dibalut
dengan sesuatu, maka dalam hal ini wajiblah dia melakukan dua perkara seperti
berikut:
1. Membasuh bahagian yang tidak sakit atau luka daripada bahagian anggota
tersebut. Begitu juga di bahagian anggota-anggota lain yang tidak sakit.
Apa yang mesti dilakukan ketika membasuh bahagian anggota yang tidak
sakit itu, hendaklah dia berhati-hati jangan sampai air mengalir sehingga
terkena bahagian yang sakit, iaitu dengan cara meletakkan sehelai kain
atau tuala yang basah di tepi bahagian yang kena sakit. Dengan titisantitisan
air daripada kain atau tuala tersebut akan terbasuhlah bahagian yang
tidak sakit yang berada di tepi anggota yang sakit. Jika tidak mampu untuk
melakukannya sendiri bolehlah dia meminta bantuan daripada orang lain.
Tidak diwajibkan menyapu dengan air pada bahagian yang sakit seperti
luka, walaupun tidak memudaratkan jika disapu padanya. Akan tetapi
disunatkan sahaja jika mahu melakukannya.
2. Bertayammum pada anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan iaitu
sebagai ganti tuntutan membasuh anggota yang sakit atau luka yang tidak
boleh terkena air, sungguhpun anggota yang sakit atau luka tersebut bukan
pada anggota tayammum.
Jika sekiranya anggota yang sakit atau luka itu terdapat di bahagian
anggota tayammum wajiblah melalukan debu tanah pada bahagian tersebut
jika tidak memudaratkan ketika bertayammum.
Waktu melakukannya ialah apabila tiba masa membasuh anggota sakit
yang tidak boleh terkena air barulah dia bertayammum, kerana memelihara
tertib. Hendaklah melakukan beberapa kali tayammum jika bahagian yang
sakit atau luka itu melibatkan beberapa anggota wudhu’, itu pun jika
sekiranya penyakit atau luka itu tidak terkena pada setiap satu anggota
tersebut, sama seperti yang diterangkan terdahulu.
Akan tetapi jika keempat-empat anggota wudhu’, semuanya sakit tidak
boleh terkena air, maka memadailah dengan satu tayammum sahaja. Sama
halnya, jika penyakit itu terdapat pada seluruh dua anggota yang berturutturut,
maka memadailah dengan satu tayammum bagi setiap dua anggota
tersebut, sama seperti yang diterangkan terdahulu.
Rukun Dan Syarat Tayammum Yang Berkaitan
Oleh sebab cara bersuci di atas melibatkan tayammum elok rasanya dijelaskan
rukun-rukun dan syarat-syarat tayammum yang berkaitan dengan konteks
perbincangan kertas kerja ini. Ini memandangkan kemungkinan tayammum adalah
suatu perkara yang asing atau tidak biasa atau tidak pernah dipraktikkan bagi
setengah orang berbanding dengan perkara wudhu’.
Rukun Tayammum
1. Memindahkan debu ke anggota tayammum.
2. Niat. Hendaklah berniat tayammum ketika memindahkan debu untuk
menyapu muka, dan niat itu hendaklah berkekalan sehingga terhasil sedikit
sapuan debu pada muka.
Terdapat tiga peringkat jenis niat tayammum, seperti berikut:
i. Niat tayammum untuk mengharuskan sembahyang fardhu, niat
tayammum untuk mengharuskan tawaf fardhu dan niat tayammum untuk
mengharuskan khutbah Jumaat.
Contoh niat bagi peringkat ini:
"نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لاِسْتِبَاحَةِ َفرْضِ الصَّلاة / َفرْضِ الطَّوَافِ / خُطْبَةِ الْجُمُعَةِ"
Ertinya: “Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan sembahyang
fardhu / tawaf fardhu / khutbah Jumaat.”
ii. Niat tayammum untuk mengharuskan sembahyang sunat, niat
tayammum untuk mengharuskan tawaf sunat, niat tayammum untuk
mengharuskan sembahyang dan niat tayammum untuk mengharuskan
sembahyang jenazah.
Contoh niat bagi peringkat ini:
"نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لاِسْتِبَاحَةِ نَفْلِ الصَّلاة / نَفْلِ الطَّوَافِ / الصَّلاة / صَلاةِ الْجَنَازَة"
Ertinya: “Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan sembahyang
sunat / tawaf sunat / sembahyang / sembahyang jenazah.”
iii. Niat tayammum untuk mengharuskan selain apa yang disebutkan di
atas, seperti niat tayammum untuk mengharuskan menyentuh atau
membawa mushaf dan sebagainya.
niat bagi peringkat ini:
نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لاِسْتِبَاحَةِ مَسِّ اْلمُصْحَف / حَمْلِ اْلمُصْحَف."
Ertinya: “Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan menyentuh
mushaf / membawa mushaf.”
Apabila seseorang itu berniat tayammum sebagaimana yang disebutkan
pada peringkat (i), maka dia boleh melakukan sekali ibadat fardhu
sahaja, sama ada melakukan ibadat fardhu yang diniatkannya ataupun
ibadat fardhu yang lain. Umpamanya dia berniat tayammum untuk
mengharuskan sembahyang fardhu, akan tetapi dia melakukan ibadat
tawaf fardhu dengan tayammum tersebut, maka hukumnya adalah harus
dan sah ibadat tawafnya.
Di samping itu dia juga boleh melakukan ibadat-ibadat sunat yang
disebutkan pada peringkat (ii) dan (iii) walaupun dengan berulang-ulang.
Jika dia berniat tayammum sebagaimana yang disebutkan pada
peringkat (ii), maka dia boleh melakukan ibadat-ibadat sunat tersebut
dan juga ibadat-ibadat sunat yang disebutkan pada peringkat (iii)
walaupun dengan berulang-ulang. Akan tetapi dia tidak boleh melakukan
ibadat fardhu dengan tayammum tersebut.
Jika dia berniat tayammum sebagaimana yang disebutkan pada
peringkat (iii), maka dia boleh melakukan ibadat-ibadat sunat tersebut
walaupun dengan berulang-ulang. Akan tetapi dia tidak boleh melakukan
ibadat fardhu dan juga ibadat-ibadat sunat yang disebutkan pada
peringkat (ii) dengan tayammum tersebut.
3. Menyapu seluruh muka termasuk di atas hidung, di hadapan hidung dan
lain-lain kawasan muka.
4. Menyapu dua tangan hingga ke siku.
5. Tertib. Iaitu didahulukan menyapu muka, kemudian menyapu dua tangan
hingga ke siku.
Syarat-syarat Tayammum
Para ulama dalam mazhab Syafi‘e di dalam kitab-kitab mereka berbeza-beza dalam
menyebutkan syarat-syarat tayammum. Berikut beberapa syarat yang dapat
dikumpulkan melalui kitab-kitab berkenaan:
1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Terdapat kekhuatiran atau ketakutan jika menggunakan air akan
mendatangkan mudarat.
4. Perbuatan memindahkan debu ke anggota-anggota tayammum hendaklah
tidak kurang daripada dua kali. Yang afdhalnya ialah sebanyak dua kali.
Makruh hukumnya memindahkan debu ke anggota-anggota tayammum
melebihi dua kali jika debu tersebut dapat diratakan ke seluruh anggotaanggota
tayammum dengan dua kali pemindahan debu. Jika debu tidak
dapat diratakan ke seluruh anggota-anggota tayammum dengan dua kali
pemindahan tersebut, maka hendaklah ditambah perbuatan memindahkan
debu itu.
5. Tidak terdapat sesuatu yang menghalang debu tayammum itu daripada
sampai ke anggota-anggota tayammum. Oleh itu jika seseorang itu
memakai cicin di jari tangannya, maka hendaklah ianya ditanggalkan
supaya tidak menghalang debu tayammum daripada sampai ke tangannya.
6. Hendaklah dibersihkan terlebih dahulu segala najis yang terdapat pada
badan orang yang bertayammum itu sebelum dia melakukan tayammum.
7. Masuk waktu ibadat yang hendak dilakukannya dengan tayammum
tersebut, sama ada ibadat sunat ataupun ibadat fardhu. Ini kerana,
tayammum merupakan cara bersuci (thaharah) yang dilakukan kerana
darurat, dan tidak dikatakan sebagai darurat sebelum masuk waktu.
Sebagai contoh, tidak sah tayammum seorang yang hendak menunaikan
sembahyang fardhu Zuhur jika dia bertayammum sebelum masuk waktu
sembahyang fardhu Zuhur.
Sebagai contoh lagi, tidak sah tayammum seorang yang hendak
menunaikan sembahyang sunat Dhuha jika dia bertayammum sebelum
masuk waktu dhuha. Tidak sah tayammum seorang yang hendak
menunaikan sembahyang jenazah jika dia bertayammum sebelum mayat
yang hendak disembahyangkannya dimandikan.
Adapun bagi ibadat sunat yang tidak mempunyai waktu, seperti
sembahyang sunat mutlak bolehlah dilakukan tayammum pada bila-bila
masa kecuali pada waktu yang ditegah melakukan sembahyang sunat.
8. Hendaklah tanah atau pasir yang digunakan untuk tayammum itu:
i. Mengandungi debu;
ii. suci lagi menyucikan;
iii. tidak musta‘mal, iaitu belum digunakan untuk mengangkat hadas atau
mencuci kotoran;
iv. tidak bercampur dengan sesuatu seperti tepung, kapur, za‘faran (kumakuma)
dan sebagainya.
9. Mempunyai maksud (qashd) memindahkan debu ke anggota tayammum.
10. Berusaha (berijtihad) mencari arah qiblat sebelum melakukan tayammum.
11. Melakukan tayammum setiap kali hendak melakukan sembahyang fardhu
ataupun sembahyang yang wajib dengan sebab nazar.
Kesannya Terhadap Ibadat Sembahyang
Terdapat beberapa kesan yang timbul hasil daripada cara penyempurnaan wudhu’
yang telah dijelaskan terhadap ibadat sembahyang. Ini dapat dilihat melalui aspek
berikut:
1. Aspek bilangan sembahyang yang dibenarkan:
Oleh sebab cara penyempurnaan wudhu’ dalam konteks ini melibatkan
tayammum, maka yang dibenarkan bagi orang yang mempunyai keuzuran
seperti ini hanya satu sembahyang fardhu sahaja. Akan tetapi dia dibolehkan
mengerjakan sembahyang sunat walaupun lebih daripada satu sembahyang
sunat.
Jika dia ingin mengerjakan satu sembahyang fardhu yang lain sedangkan wudhu’
dan tayammumnya masih belum terbatal, tidaklah perlu dia membasuh anggota
wudhu’ dan menyapu balutan / plaster yang menutupi lukanya sekali lagi, kerana
dia masih kekal suci. Cuma dia hanya wajib bertayammum, kerana satu
tayammum hanya terbatas kepada satu ibadah fardhu sahaja.
2. Aspek tuntutan mengulang / mengqadha’ sembahyang yang dilakukan:
i. Jika sekiranya anggota seseorang yang sakit atau luka itu tidak dibalut
dengan sesuatu, lalu dia mengambil wudhu’ dengan membasuh bahagian
yang tidak sakit, kemudian bertayammum sebagai ganti tuntutan membasuh
anggota yang sakit atau luka itu, maka tidaklah perlu diulang/diqadha
sembahyang yang telah dikerjakannya sepanjang dia mengalami keuzuran
dan bersuci dengan cara demikian.
Melainkan jika sekiranya luka itu terdapat pada bahagian anggota
tayammum iaitu muka dan dua tangan dan tidak dapat menyapunya dengan
debu ketika bertayammum kerana ditakuti akan memudaratkan, maka
dalam hal ini wajiblah diulang/diqadha sembahyang apabila sembuh.
ii. Jika sekiranya anggota yang sakit atau luka itu dibalut atau berplaster, lalu
dia mengambil wudhu’ dengan membasuh bahagian anggota yang tidak
sakit, menyapu balutan atau plaster yang membalut anggota yang sakit
dengan air, kemudian bertayammum sebagai ganti tuntutan membasuh
anggota yang sakit atau luka itu, maka diwajibkan ke atasnya
mengulangi/mengqadha sembahyang yang telah dikerjakannya sepanjang
dia mengalami keuzuran dan bersuci dengan cara demikian, dalam tiga
keadaan berikut:
a. Jika sekiranya pembalut atau plaster yang membalut anggota yang
sakit itu terletak pada bahagian tertentu anggota tayammum iaitu muka
dan dua tangan, sama ada ketika hendak memakai pembalut itu dia
dalam keadaan suci daripada hadas ataupun tidak, dan sama ada
pembalut itu menutupi bahagian anggota yang tidak sakit ataupun
tidak.
b. Pembalut atau plaster yang membalut anggota yang sakit itu terletak
pada bahagian bukan daripada anggota tayammum, tetapi diletakkan
atau dipakai ketika dalam keadaan berhadas, dan pembalut itu
menutupi bahagian anggota yang tidak sakit, walaupun kerana
keperluan untuk mengikat pembalut itu.
c. Jika sekiranya pembalut atau plaster yang membalut anggota yang
sakit itu terletak pada bahagian bukan daripada anggota tayammum
dan diletakkan atau dipakai ketika dalam keadaan suci daripada
hadas, akan tetapi pembalut itu menutupi bahagian anggota yang tidak
sakit melebihi had yang diperlukan.
Contoh Bagaimana Mempraktikkan
Bagi kemudahan memahami masalah yang kita bincangkan dibawakan beberapa
contoh seperti berikut:
Contoh pertama:
Seseorang yang mengidap penyakit kulit atau luka pada tangan dan terpaksa
diplaster atau dibalut dan tidak dapat membuka plaster atau pembalut tersebut
kerana ditakuti akan melambatkannya sembuh daripada penyakit itu ataupun akan
menyebabkannya terasa sakit jika dibuka, maka dalam hal ini bolehlah dia
mengambil wudhu’ dengan cara berikut:
i. Pertama sekali hendaklah dia mengambil wudhu’ seperti biasa iaitu
dimulakan dengan membasuh muka disertakan dengan niat.
ii. Selepas membasuh muka disusuli dengan membasuh bahagian tangan
yang tidak sakit, kemudian menyapu bahagian tangan yang sakit yang
berplaster dengan air.
iii. Selepas itu bertayammum dengan debu tanah, iaitu dengan meletakkan
atau menepuk kedua tapak tangan dalam keadaan kering di atas debu,
kemudian memindahkan debu ke muka sambil berniat, lalu menyapu muka.
Selepas itu, letakkan atau tepuk kedua tapak tangan di atas debu sekali
lagi, kemudian memindahkan debu tersebut ke tangan, lalu menyapu kedua
tangan hingga ke siku.
iv. Ataupun boleh juga dilakukan, selepas membasuh muka disusuli dengan
bertayammum sebagai ganti membasuh tangan yang berplaster dan
hendaklah tangan itu kering, kemudian baru membasuh bahagian tangan
yang tidak sakit, seterusnya menyapu bahagian tangan yang sakit yang
berplaster dengan air.
v. Kemudian menyapu kepala, dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki
serta dua buku lali.
Oleh kerana anggota yang sakit itu adalah tangan yang merupakan anggota wudhu’,
maka terdapat kekurangan pada wudhu’ itu, kerana tangan tidak dapat dibasuh
dengan sepenuhnya disebabkan plaster yang menutupinya. Tambahan pula tangan
yang sakit itu merupakan anggota tayammum, maka terdapat juga kekurangan pada
tayammum. Ini bererti pengganti (tayammum) itu kurang dan yang kena ganti
(wudhu’) itu pun kurang. Oleh itu, hendaklah orang yang bersuci (berwudhu’) dengan
cara demikian mengulang/mengqadha semua sembahyang yang dikerjakannya
selama dia memakai plaster tersebut apabila sakit atau luka itu sudah sembuh.
Contoh kedua:
Seorang mengalami sakit kaki dan kakinya itu dibalut dengan plaster simen
(bersimen) yang tidak boleh dibuka ketika hendak mengambil wudhu’. Maka dalam
hal ini bolehlah dia mengambil wudhu’ dengan cara berikut:
i. Pertama sekali hendaklah dia mengambil wudhu’ sebagaimana biasa, iaitu
dimulai dengan membasuh muka berserta niat, kemudian membasuh kedua
belah tangan dan menyapu kepala.
ii. Selepas itu membasuh bahagian kaki yang tidak bersimen (yang tidak sakit)
sebagaimana biasa, kemudian menyapu plaster simen dengan air iaitu
setakat bahagian kaki yang termasuk di dalam anggota wudhu’.
iii. Selepas itu barulah bertayammum iaitu menyapu muka dan kedua belah
tangan dengan debu tanah sebagai ganti anggota kaki yang bersimen yang
sukar untuk dibuka balutannya.
Dalam hal ini, hendaklah orang yang berwudhu’ dengan cara demikian
mengulang/mengqadha semua sembahyangnya yang dikerjakannya selama dia
memakai plaster simen tersebut, jika sekiranya ketika dia meletakkan plaster
tersebut untuk membalut kakinya dia dalam keadaan berhadas.
Contoh ketiga:
Seorang yang mengidap penyakit kulit seperti kudis, kurap dan sebagainya pada
bahagian tertentu di mukanya, tanpa ditampal dengan plaster, maka dalam hal ini
bolehlah dia mengambil wudhu’ dengan cara berikut:
i. Pertama sekali, bolehlah dia bertayammum terlebih dahulu, iaitu menyapu
muka dengan debu tanah termasuk pada bahagian yang sakit jika tidak
memudaratkan. Jika ditakuti akan mendatangkan mudarat, tidak diwajibkan
menyapu pada bahagian yang sakit. Kemudian menyapu kedua belah
tangan dengan debu. Dengan demikian selesailah tayammum.
ii. Selepas bertayammum barulah membasuh bahagian muka yang tidak sakit.
Apa yang mesti dilakukan ketika membasuh bahagian tersebut hendaklah
dia berhati-hati, jangan sampai air mengalir sehingga terkena bahagian
yang sakit kerana ditakuti akan memudaratkan, iaitu dengan cara
meletakkan sehelai kain atau tuala yang basah di tepi bahagian yang kena
sakit. Dengan titisan-titisan air daripada kain atau tuala tersebut akan
terbasuhlah bahagian yang tidak sakit yang berada di tepi anggota yang
sakit. Jika tidak mampu untuk melakukannya sendiri bolehlah dia meminta
bantuan daripada orang lain.
Tidak diwajibkan menyapu dengan air pada bahagian yang sakit walaupun
tidak memudaratkan jika disapu padanya. Akan tetapi disunatkan sahaja jika
mahu melakukannya.
iii. Selesai membasuh muka disusuli pula dengan membasuh kedua belah
tangan, menyapu kepala dan membasuh kedua belah kaki. Maka dengan itu
selesailah wudhu’.
Dalam hal ini, tidaklah perlu diulang/diqadha sembahyang orang yang bersuci
dengan cara demikian, jika sekiranya dia dapat menyapu bahagian muka yang sakit
dengan debu tanah ketika bertayammum. Akan tetapi jika sekiranya dia tidak dapat
menyapunya dengan debu tanah maka wajiblah diulang/diqadha sembahyangnya.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Sembuh
Seorang yang bersuci melalui kaedah yang telah diterangkan apabila sembuh
daripada penyakit atau luka yang dihidapinya, hendaklah dia mengulangi atau
mengqadha sembahyang yang telah dilakukannya sepanjang dia memakai plaster
atau pembalut di badannya. Itu pun jika sekiranya dia tertakluk dalam keadaan yang
mewajibkan dia mengulangi atau mengqadha sembahyangnya (sila rujuk keterangan
yang telah lalu).
Di samping itu, jika sekiranya dia sembuh dan masih dalam keadaan suci daripada
hadas kecil, maka batallah tayammumnya dan hendaklah dia membasuh bekas
anggota yang sakit itu. Itu pun jika anggota yang sakit itu termasuk dalam anggota
wudhu’. Tidak perlu baginya memperbaharui wudhu’. Cuma yang mesti
dilakukannya ialah membasuh, mulai dari bekas anggota yang sakit sehinggalah
anggota- anggota wudhu’ seterusnya. Umpamanya, bekas anggota yang sakit itu
ialah tangan, maka dia mulai membasuh dari tangan, kemudian menyapu kepala
dan seterusnya membasuh kaki. Ini adalah disebabkan untuk memelihara tertib yang
disyaratkan dalam wudhu’.
Begitulah cara mengambil wudhu’ dalam keadaan yang tidak mengizinkan
seseorang menggunakan air untuk membasuh sesuatu anggota yang wajib dibasuh
ketika mengambil wudhu’, disebabkan terkena penyakit atau luka, sepertimana
mengikut pandangan mazhab Syafi‘e.
PANDANGAN MAZHAB MALIKI
Menurut mazhab Maliki, bahawa orang yang mengidap penyakit kulit umpamanya,
ataupun luka pada salah satu anggota yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhu’,
sama ada anggota tersebut dibalut dengan sesuatu seperti plaster simen, ataupun
ditaruh di atasnya ubat tanpa dibalut dengan sesuatu dan membasuh anggota
tersebut boleh memudaratkan atau menyebabkan terasa sakit, maka dalam hal ini
apa yang perlu dilakukannya ketika mengangkat hadas ialah:
i. Jika anggota berkenaan dibalut dengan sesuatu, maka hendaklah dia
menyapu semua balutan atau plaster itu dengan air, di samping itu
membasuh anggota sihat yang lain dengan air.
ii. Jika anggota berkenaan ditaruh di atasnya ubat tanpa dibalut dengan
sesuatu, maka hendaklah dia menyapu di atas ubat itu dengan air sekiranya
tidak memudaratkan. Jika ditakuti memudaratkan, maka bolehlah dibalut
luka yang berubat itu dengan kain yang bersih umpamanya, kemudian
menyapu balutan tersebut dengan air, di samping itu membasuh anggota
sihat yang lain dengan air.
Adapun hukum sembahyang yang dikerjakan selama seseorang itu memakai plaster
atau pembalut dengan sebab takut memudaratkan jika dibuka atau ditanggalkan,
tidaklah perlu diulang/diqadha sembahyangnya itu.
Oleh yang demikian, bagi orang yang mempunyai keuzuran sepertimana yang
disebutkan di atas dan hendak mengikut mazhab Maliki bolehlah dia mengambil
wudhu’ sebagaimana cara berwudhu’ dalam mazhab Maliki.
Fardhu wudhu’ dalam mazhab Imam Malik ada tujuh perkara, iaitu:
i. Niat.
ii. Membasuh muka.
iii. Membasuh dua tangan serta dua siku.
iv. Menyapu semua kepala, termasuk lubang (lekuk) tengkuk, kulit di atas dan
di belakang dua telinga serta rambut dua pelipis (ekor rambut antara mata
dan telinga).
v. Membasuh dua kaki serta dua buku lali.
iv. Berturut-turut dengan tiada berlengah-lengah pada membasuh satu anggota
ke satu anggota yang lain.
vii. Menggosok atau menyental dengan tapak tangan anggota-anggota wudhu’
yang dibasuh.
Contoh Praktikal
Bagi orang yang mempunyai keuzuran seperti di atas, umpamanya terdapat luka di
bahagian tangan, yang hendak bertaqlîd atau mengikut mazhab Maliki maka dia
boleh mengambil wudhu’ dengan cara seperti berikut:
i. Mula-mula hendaklah berniat dan membasuh muka sebagaimana biasa.
ii. Selepas itu membasuh dua tangan yang sihat, kemudian menyapu semua plaster atau pembalut yang membalut luka dengan air.
iii. Selepas itu menyapu semua kepala, termasuk lubang (lekuk) tengkuk, kulit
di atas dan di belakang dua telinga serta rambut dua pelipis (ekor rambut
antara mata dan telinga).
iv. Kemudian membasuh dua kaki serta dua buku lali. Perlu diingat,
ketika membasuh dan menyapu anggota wudhu’ hendaklah dilakukan
berturut-turut tanpa ada bertangguh dari satu anggota ke satu anggota yang lain dan
menggosok atau menyental dengan tapak tangan setiap anggota wudhu’. Perbuatan
ini menjadi tuntutan kerana termasuk di dalam fardhu atau rukun wudhu’ dalam
mazhab Maliki.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wudhu’ Dalam Mazhab Maliki
Selain daripada itu perlu juga diketahui dan difahami betul-betul perkara-perkara
yang membatalkan wudhu’ dalam mazhab Maliki, kerana setengahnya mempunyai
perbezaan dengan perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ dalam mazhab
Syafi‘e. Menurut ulama mazhab Maliki, perkara-perkara yang membatalkan wudhu’
adalah seperti berikut:
i. Keluar sesuatu yang biasa keluar dari qubûl (kemaluan) dan dubur, iaitu air
kencing, air mazi, air wadi, air mani, air tetuban, darah istihâdhah, tahi dan
angin.
ii. Hilang akal dengan sebab gila, pitam, mabuk ataupun dengan sebab tidur
yang lena. Di antara tanda-tanda tidur yang lena itu ialah orang yang tidur
itu tidak lagi mendengar suara-suara di sekelilingnya, mengalir air liur
daripada mulutnya ataupun terlepas sesuatu dari genggamannya.
iii. Apabila seorang yang baligh menyentuh lawan sejenis (antara laki-laki dan
perempuan) dengan perasaan nikmat (syahwat). Akan tetapi mengucup
pada mulut boleh membatalkan wudhu’ walaupun tanpa ada perasaan
nikmat.
iv. Apabila seorang laki-laki baligh menyentuh kemaluannya dengan tapak
tangannya atau tepi tangannya atau hujung jarinya, tanpa berlapik. Tetapi
tidak membatalkan wudhu’ seorang perempuan yang menyentuh
kemaluannya (farj).
v. Murtad.
vi. Merasa ragu setelah berwudhu’ adakah masih suci atau sudah batal,
kecuali bagi orang yang mempunyai penyakit was-was.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Sembuh
Seorang yang bersuci melalui kaedah yang telah diterangkan apabila sembuh
daripada penyakit atau luka yang dihidapinya, dan dia masih dalam keadaan suci
daripada hadas, maka hendaklah dia membasuh bekas anggota yang sakit itu
dengan segera tanpa bertangguh, supaya tidak meluputkan rukun muwâlah yakni
berturut-turut tanpa bertangguh.
BERTAQLID KEPADA SELAIN MAZHAB SYAFI‘E
Bagi orang yang mempunyai kesulitan atau kesukaran untuk mempraktikkan apa
yang menjadi tuntutan dalam mazhab Syafi‘e bolehlah dia mencari alternatif yang
lain yang mudah baginya dengan bertaqlid kepada pandangan mazhab Hanafi atau
Maliki atau Hanbali. Dengan syarat, hendaklah dia belajar dan memahami betul-betul perkara-perkara yang berkaitan dengan wudhu’ mengikut pandangan mazhab-mazhab
yang disebutkan yang hendak diikutinya.
KESIMPULAN
Daripada perbincangan yang utarakan dapatlah disimpulkan beberapa perkara
seperti berikut:
1. Sakit bukanlah menjadi alasan untuk tidak mendirikan sembahyang
disebabkan terdapat kesukaran untuk menyempurnakan thaharah (wudhu’)
yang menjadi syarat sah ibadat sembahyang.
2. Orang-orang yang mempunyai keuzuran atau sakit pada anggota badannya
diberikan jalan keluar oleh hukum Islam untuk menyempurnakan thaharahnya
supaya mereka dapat sama-sama menjalani ibadat sepertimana orang biasa
yang tidak mempunyai masalah.
3. Wudhu’ dan tayammum walaupun mempunyai perbezaan dari beberapa
aspek tetapi mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain dalam
penyempurnaan thaharah seseorang yang hendak melakukan ibadat seperti
sembahyang, tawaf, membaca al-Qur’an dan sebagainya.
4. Mempelajari dan memahami dengan betul cara-cara menyempurnakan
wudhu’ adalah dituntut demi menjamin kesahihan ibadat wudhu’ itu sendiri
dan ibadat-ibadat yang menghendaki wudhu’ sebagai syarat sah.
5. Hukum Islam disyariatkan bukan setakat untuk menjaga maslahat atau
kepentingan manusia di dunia tetapi juga untuk mencapai kebahagiaan dan
kemenangan di Akhirat kelak.
sekian wassalam...
Yus Jambu Meninggal Dunia
-
Al-Fatihah – Yus Jambu Meninggal Dunia Kuala Lumpur: Pelawak terkenal,
Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak
nafas, kira-...
9 tahun yang lalu
18 ulasan:
well done..tqvm
assalamualaikum, maaf saya ada pertanyaan, jika kaki saya sakit dan berbalut, dan akan memudaratkan jika terkena air, macam mana saya perlu berwuduk? Saya perlu pastikan balutan luka itu sendiri tidak terkena air. adakah memadai jika saya hanya bertayamum?
https://bayanlarsitesi.com/
Kayseri
Sinop
Kilis
Hakkari
3Y547
Muğla
Samsun
Eskişehir
Sakarya
Kars
OGVFX
Mardin
istanbul
Çanakkale
Antep
Elazığ
FFQ1J4
tekirdağ
tokat
elazığ
adıyaman
çankırı
2435ZQ
whatsapp görüntülü show
ücretli.show
O4J5O
Kocaeli Lojistik
Uşak Lojistik
Osmaniye Lojistik
Çorlu Lojistik
Kocaeli Lojistik
7H3
326C1
Ankara Evden Eve Nakliyat
Altındağ Fayans Ustası
Bolu Parça Eşya Taşıma
İzmir Lojistik
Bingöl Parça Eşya Taşıma
Bitlis Şehir İçi Nakliyat
Çerkezköy Çilingir
Isparta Lojistik
Kars Şehirler Arası Nakliyat
DADE6
Mexc Güvenilir mi
Kocaeli Parça Eşya Taşıma
Osmaniye Şehirler Arası Nakliyat
Etlik Fayans Ustası
Çerkezköy Oto Boya
Ünye Yol Yardım
Kırıkkale Şehirler Arası Nakliyat
Etlik Parke Ustası
Ağrı Parça Eşya Taşıma
09D52
Bartın Parça Eşya Taşıma
Van Şehirler Arası Nakliyat
Muğla Evden Eve Nakliyat
Mardin Şehirler Arası Nakliyat
Karapürçek Fayans Ustası
Kırklareli Parça Eşya Taşıma
Ordu Evden Eve Nakliyat
Ankara Boya Ustası
Çankaya Fayans Ustası
302D5
Tekirdağ Fayans Ustası
order pharmacy steroids
Kayseri Evden Eve Nakliyat
Çerkezköy Fayans Ustası
order sustanon
Isparta Evden Eve Nakliyat
order turinabol
Ardahan Evden Eve Nakliyat
Bingöl Evden Eve Nakliyat
C9F65
Sinop Evden Eve Nakliyat
Bartın Lojistik
Poloniex Güvenilir mi
Çerkezköy Çilingir
Aydın Şehir İçi Nakliyat
Kars Parça Eşya Taşıma
Çorum Lojistik
Ünye Boya Ustası
Bursa Şehir İçi Nakliyat
25CCB
Bingöl Parça Eşya Taşıma
Çerkezköy Organizasyon
Ordu Evden Eve Nakliyat
Probit Güvenilir mi
Ardahan Şehir İçi Nakliyat
Bitmart Güvenilir mi
Star Atlas Coin Hangi Borsada
Bingöl Lojistik
Satoshi Coin Hangi Borsada
E25C2
kastamonu seslı sohbet sıtelerı
batman telefonda rastgele sohbet
canlı sohbet
kars mobil sohbet
görüntülü sohbet yabancı
istanbul yabancı sohbet
canlı görüntülü sohbet siteleri
kilis yabancı canlı sohbet
canli goruntulu sohbet siteleri
259DC
kırşehir canlı ücretsiz sohbet
Ağrı Rastgele Sohbet
canlı sohbet sitesi
kızlarla canlı sohbet
Adıyaman Mobil Sohbet Sitesi
Tokat Bedava Sohbet
sesli sohbet siteleri
konya canlı sohbet siteleri
van rastgele görüntülü sohbet uygulaması
BFF71
Loop Network Coin Hangi Borsada
Kaspa Coin Hangi Borsada
Shibanomi Coin Hangi Borsada
Telegram Görüntüleme Satın Al
Bitcoin Nedir
Binance Madenciliği Nedir
Bitcoin Kazma Siteleri
Görüntülü Sohbet Parasız
Coin Madenciliği Nasıl Yapılır
C7921
yearn finance
spookyswap
dexview
poocoin
thorchain
uniswap
pancakeswap
sushiswap
pancakeswap
Catat Ulasan