
(1) Dalil tuntutan solat fardhu dilakukan secara berjama`ah  amat kuat,  sehingga mendorong ulamak memperturunkan  hukum, bahawa berjamaa`ah solat fardhu adalah wajib `ainiyy  (wajib atas setiap mukallaf)  -  seperti pendapat Hanabilah dan Hanafiyah  -  ke atas lelaki   atau fardhu  kifayah  atau  sunat mu'akkad  (sunat  yang  kekuatan  tuntutannya hampir menyamai wajib `ainiyy).
Oleh itu,sepakat para ulamak menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka khilaf tentang hukumnya. Ada yang menganggapnya fardu ain seperti Imam Auzaiey, Atoa', Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian muhaddisin mazhab Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan Ibnu Hibban. Ada yang menganggapnya fardhu kifayah sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkadah. Imam Bukhari juga menganggap solat berjemaah itu wajib.
(2) Rasulullah s.a.w. amat memarahi lelaki yang tidak menunaikan solat  fardhu  berjama`ah, walaupun orang  itu berpuasa  dan bangun  malam, sehingga disabdakan bahawa mereka  dari  ahli neraka.
(3) Kemarahan Rasulullah s.a.w.  itu sehingga  membandingkan bahawa  mereka yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah  itu sama seperti orang munafiq dan rumah-rumah mereka  layak dibakar suatu ancaman bagi mereka.
(4)  Tuntutan  solat fardhu bejama`ah itu sampai ke peringkat orang buta juga dituntut jika ada pemandu  dan orang yang uzur juga dituntut jika ada orang yang boleh dipapahnya sampai ke sof solat.
(5)  Keuzuran dari solat fardhu berjama`ah hanya layak bagi mereka  yang sakit atau takut (khauf) sahaja atau berada dalam keadaan yang menghalang dari pergi ke tempat solat berjama`ah atau keadaan yang menuntut supaya tidal meninggalkan tempat berkenaan, bukan sebab sengaja.
(6)  Syaitan sentiasa berusaha memesongkan masyarakat yang tidak mengambil berat tuntutan solat berjama`ah dengan berbagai-bagai  cara.
(7)  Semakin besar bilangan anggota jama`ah, semakin banyak kelebihan yang diperolehi.
wallahu'alam....
Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini
Yus Jambu Meninggal Dunia
                      -
                    
Al-Fatihah – Yus Jambu Meninggal Dunia Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, 
Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak 
nafas, kira-...
9 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan