Muqaddimah
Sifat hidup di dunia ini sementara .Penujuan terakhir ialah akhirat. Dunia bukan taman hiburan; di mana manusia menghabiskan umur muda mereka untuk keseronokan dan berpoya-poya. Kehidupan di dunia ialah kehidupan yang penuh tanggungjawab dan risiko Ia adalah peluang manusia untuk mencipta dan mencapai sesuatu yang bermakna di akhirat.
Mencari akhirat pula bukan perkara mudah . Ia menuntut manusia melakukan berbagai komitmen dan pengorbanan. Manusia tidak akan consistant mencari akhirat jika mereka terlalu berpaut kepada dunia ;terpengaruh dengan kilauan mata benda dunia . Orang yang terlalu sayangkan wang tidak akan bersedekah atau berkorban . Orang yang keterlaluan menyayangi nyawanya mungkin tidak akan mahu berjihad atau berjuang demi menegakkan kebenaran keadilan dan keutamaan.
Kecintaan kepada anak isteri, emas, perak dan kenderaan yang selesa memang sifat naluri semulajadi manusia. Allah berfirman di dalam al Quran; maksudnya,
"Manusia memang telah dibekalkan dengan kecenderungan berahi terhadap wanita atau isteri, mengasihi anak pinak dan bongkahan emas perak (di samping) keghairahan kepada tunggangan; binatang ternak dan sawah ladang.Akan tetapi semuanya itu adalah mata benda duniawi belaka,manakala ( ganjaran) yang ada disisi Allah (swt) adalah lebih baik ( dari kesenangan dunia)."
Kecenderungan semulajadi yang ada dalam diri manusia ini sayugianya dikendali dan dibatasi dengan sebaik-baiknya demi mencapai cita-cita murni yang lebih luhur dan unggul. Tanpa asuhan terhadap kemahuan kecenderungan , naluri dan semangat, manusia tidak akan berjiwa besar, mahu berkorban, berbudi dan mencapai mertabat yang sepatutnya.
Kerja-kerja mendidik dan mengasuh perilaku manusia, meninggikan budinya adalah tugas agama dan agamawan. Pendidikan keagamaan atau Islam bertujuan untuk menjernihkan batin, menimbulkan keinsafan, mentauhidkan Allah, dan mematuhi kehendak Allah. Usaha-usaha ini bertujuan menjadikan manusia anggota masyarakat yang berdedikasi, berbudi mulia dan luhur.
Para pendakwah sebagai aktivis agama dan pengamal ajaran tasauf, mereka umumnya memulakan asuhan jiwa dengan melalui jenjang taubat. Dari jenjang taubat mereka meningkat pada jenjang wara', selepas itu zuhud, faqr, sabar, tawakal dan
seterusnya reda. Tingkat atau jenjang-jenjang ini berhubungkait satu sama lain. Zuhud tidak mungkin betul tanpa taubat dan wara'.
Dalam kesempatan ini, kita tidak akan menghuraikan semua jenjang tersebut secara terpeinci.Kita hanya akan menumpukan huraian mengenai zuhud; sebagai langkah-langkah melatih diri dan meningkatkan qualiti harakah bagi diri.
Pengertian Zuhud
Selepas bertaubat as-Salik biasanya mendaki jenjang wara' : iaitu sikap menahan diri dari segala perkara yang haram serta menghindari setiap perkara syubhah. zuhud bererti mengurangkan minat atau hajat kepada perkara yang harus atau mubah. Orang yang zuhud tidak semestinya bermakna orang yang tidak mempunyai apa-apa.Seorang zahid mungkin memiliki sekian banyak habuan dunia namun ia tidak dimiliki dan diperhamba oleh dunia dan pengaruhnya. Seorang yang zuhud sewajarnya bukan kerana mengharapkan syurga tetapi memang didorong oleh sikap memandang remeh terhadap dunia. Niatnya ialah agar ia dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Allah (swt) .
Menurut orang-orang sufi ; zuhud adalah sifat kejiwaan yang mantap, tidak dipengaruhi oleh adanya harta ataupun tidak adanya harta. Dalam hubungan ini ada ahli sufi yang berkata, :
Zuhud ialah kecenderungan tidak mahu berseronok-seronok dengan harta benda dunia, mengurangkan kadar meni'matinya untuk tujuan membersihkan jiwa.
Zuhud orang awam biasanya ialah dengan menghindarkan perkara-perkara yang haram. Zuhud Khawas pula ialah dengan meninggalkan sebahagian barang yang halal. Manakala zuhud Al 'arifin ialah sifat zuhud yang meninggalkan segala perkara atau hal yang menyebabkan kelalaian mengingati Allah s.w.t
Orang-orang yang menginsafi hakikat dunia ini akan sedar bahawa dunia ini tak ubah laksana salji yang mudah cair, manakala akhirat pula ibarat permata yang terus bergemerlapan. Mereka yang sedar pasti terdorong untuk menjual yang mudah cair untuk membeli yang tetap dan utuh. Mereka mengakui hakikat dunia yang fana ini sepertimana firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah keseronokan dunia ini hanya sebentar sahaja, manakala akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Surah An Nisa:77).
Allah berfirman lagi,yang bermaksud:
"Apa yang ada pada kamu itu akan berakhir manakala yang di sisi Allah akan tetap kekal
(An Nahl:96).
Rasulullah bersabda:
Barang siapa hidup sebok memikirkan (laba) dunia maka nescaya Allah menyimpang perenangkan hidupnya Allah memporak-perandakan hartanya. Ia sentiasa akan merasa miskin (tidak puas-puas). Akan tetapi dunia tidak diperolehinya melainkan kadar yang telah ditentukan (oleh Allah).
Barang siapa hidup mencari akhirat nescaya Allah bulatkan hatinya, Allah melindungi hartanya dan Allah jadikan hatinya sentiasa kaya manakala dunia pula akan diperolehinya dengan bersahaja.
Al Fudail berkata: Kejahatan dilonggokan dalam satu rumah lalu dijadikan anak kunci rumah itu ialah sifat cinta dunia. Manakala kebaikan pula ditempatkan dalam satu rumah dan dijadikan anak kunci rumah itu ialah sifat zuhud terhadap dunia.
Antara golongan salaf ada yang berkata:
Sifat zuhud di dunia ini meringankan hati dan badan manakala kecenderungan kepada dunia akan membanyakkan rasa keciwa dan dukacita.
Darjat-Darjat Zuhud
1. Zuhud al Mutazahhid
Peringkat ini dianggap peringkat permulaan zuhud. Umpamanya seorang itu memaksakan dirinya bersikap zuhud terhadap dunia tetapi hatinya amat berselira. Tapi ia terus berusha berjihad melawan nafsunya.
2. Zuhud Kebiasaan
Dalam peringkat ini zuhud itu diamalkan secara biasa tanpa memaksa diri mengamalkannya. Ia sudah menjadi kebiasaannya. Tetapi ia sering merasa hebat dengan zuhudnya. Ia merasa bahawa ia telah meninggalkan sesuatu yang berharga demi mendapatkan sesuatu yang lebih besar dan lebih berharga. Ia persis seperti orang yang meninggalkan satu ringgit untuk mendapatkan satu pound. Ini masih dianggap satu kecacatan.
3. Zuhud Tertinggi
Zuhud ini ialah peringkat yang paling ideal. Zuhud ini dicapai apabila seseorang itu telah sebati dengan sifat seperti ini tanpa dipaksa-paksa. Ia memandang sepi terhadap sifat zuhudnya. Ia tidak merasakan dirinya telah meninggalkan atau terlepas dari mendapat sesuatu haluan. Baginya dunia ini tidak bermakna apa-apa. Ibarat orang yang melepaskan dari senggamannya kain luruh dan mengambil mutiara. Baginya ni'mat di dunia ini dibandingkan dengan ni'mat akhirat tidak seberapa dan tidak boleh dibanding sama sekali baik dengan kain buruk maupun dengan mutiara itu sendiri.
Ditilik dari sudut perkara yang ingin dihindarkan oleh orang yang zahid dengan zuhudnya maka zuhud terbahagi kepada tiga darjat.
a. Zuhud al Khaa'ifin
Zuhud kerana ingin selamat dari seksa Allah, hisab dan perkara-perkara yang menakutkan di akhirat kelak.
b. Zuhud al Raajin
Iaitu berzuhud kerana mengharapkan pahala dan ni'mat-ni'mat akhirat yang telah dijanjikan. Orang-orang ini meninggalkan ni'mat kerana mengharapkan ni'mat.
c. Zuhud al Muhsinin al Arifin
Darjat zuhud ini ialah darjat yang tertinggi. Orang zuhud dalam paras ini bukan kerana untuk melepaskan diri dari siksa sengsara dan bukan juga kerana inginkan kelazatan atau keseronokan akan tetapi ialah semata-mata kerana mengharapkan pertemuan dengan Allah dan keredaanNya. Bagi orang-orang ini kelazatan bertemu dan melihat Allah di samping kelazatan syurga itu sama dengan memiliki dunia dan merangkulnya; bahkan lebih lagi dari itu.
Zuhud dan Keperluan Asasi Manusia
Keperluan asasi manusia berkisar sekitar tujuh perkara iaitu: makanan pakaian, penginapan, perabot, suami/isteri, harta dan prestige atau “al Jah”.
a) Makanan
Orang-orang yang zuhud biasanya makan setakat menghilangkankan lapar selaras dengan keperluan tubuh tanpa memikirkan sangat untuk melempiaskan selera makan. Dalam hadith Rasulullah menyebutkan “Bahawa hamba-hamba Allah itu bukanlah orang yang manja dengan kemewahan”
Saidina Asiyah r.a. pernah berkata kepada ‘Urwah: “Kadang-kadang berbulan-bulan lamanya di rumah Rasulullah tidak berasap. Sayapun bertanya: “Makcik. Apakah yang makcik dan Rasulullah makan”. Jawab beliau: “Kami makan air dengan kurma”.
Umumnya para zahidin makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Mereka tidak berlebih-lebihan. Cuma keperluan badan ini berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Kebijaksanaan menyelaraskan keperluan badan dalam hal ini diperlukan untuk mencapai mertabat zuhud tanpa mengurangkan hak jasad sehingga ia menjadi layu dan tidak prodaktif kerana kesalahan memahami konsep zuhud yang sebenar.
b) Pakaian.
Orang-orang yang zahid menganggap tujuan berpakaian ialah untuk melindungi diri dari kedinginan atau panas terik matahari di samping untuk menutup aurat. Betapapun juga faktor mengindahkan badan juga diperhitungkan. Ini mengelakkan diri dari sifat ingin masyhur kerana berpakaian compang-camping yang berlainan dari orang.
c) Kediaman
Menurut Syaikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Qudamah al Maqdisi dalam kontek ini zuhud terbahagi kepada tiga ketegori. Yang paling tinggi ialah yang tidak meminta tempat khusus bagi dirinya. La berpada dengan pinjaman masjid seperti Ashab al Suffah.
Yang sederhana ialah orang yang meminta tempat kediaman khas tetapi sekadar rumah beratap nipah atau rumbia dan lain-lain.
Yang paling bawah ialah yang meminta rumah dibina khas, tetapi apabila ia meminta ruang yang lebih luas dan lebih bertingkat-tingkat maka ia telah melampau had zuhud.
Pada hemat kita peringkat zuhud mungkin banyak dipengaruhi oleh perkembangan zaman dan keadaan setempat. Di kawasan-kawasan sejuk umpamanya pembinaan rumah yang lengkap dengan alat pemanas dan peralatan lain memang diperlukan untuk survival. Tingkat hidup yang dianggap zuhud untuk kawasan ini tentu berbeza dengan kawasan khattulIstiwa'. Zuhud dalam iklim ini ialah sekadar melindungi kelangsungan hidup yang mungkin. Atau lebih jelas ialah kadar hadd al Kifayah. Menurut Imam Nawawi rahimahullah Memenuhi tuntutan hadd al kifayah itu adalah suatu kewajiban.
Batas yang dianggap cukup untuk seseorang tentu berbeza dari suatu zaman ke suatu zaman yang lain . Kesejahteraan dan kelengkapan hidup manusia sudah berbeda dari masa lalu. Paras hidup yang dikatakan zuhud itu boleh meningkat dari masa lampau memandangkan kemewahan yang dinikmati oleh rakyat umum masa kini.
d) Perabot.
Adalah sukar untuk menggunakan ukuran lampau yang terlalu sederhana dibandingkan dengan masa kini. Namun menerimakan keperluan dalam hidup ini mungkin boleh merupakan paras zuhud sejajar dengan perkembangan tamadun masa kini.
Banyak perkara-perkara atau perabot yang kini bukan sangat melambangkan kemewahan tetapi lebih kepada keperluan seperti talipon, alat penerima pesanan dan sebagainya; yang sudah dianggap keperluan asas baru dalam kontek zaman ini. Walau bagaimanpun kita harus ingat bahawa Saidina Umar pernah meriwayatkan yang beliau pada suatu ketika mengunjungi Rasulullah. Ketika itu Rasulullah sedang baring di atas tikar kasar. Ketika beliau bangun; nampak kesan tikar tersebut dibadan baginda. Bahkan Rasulullah, Saidina Ali dan sahabat-sahabat baginda yang lain banyak yang hidup bersahaja.
e) Isteri
Dalam hal ini tidak timbul zuhud untuk tidak berkahwin atau berkahwin lebih dari satu kerana perkara ini memang digalakkan oleh agama. Sahl bin Abdullah berkata: “ Antara yang disukai oleh Rasulullah ialah wanita”
Saidina Ali r.a. adalah sahabat yang paling zuhud. Beliau mempunyai empat isteri dan beberapa orang hamba sahaya perempuan.
Menurut Abu Sulaiman al Darani: Apapun juga yang menyibukkan kamu dari mengingat Allah, baik benda atau harta atau anak semuanya itu tercela.
Segolongan salaf al saleh cenderung memilih wanita yang kurang rupa parasnya dari memilih wanita yang cantik. Kerana menurut perkiraan mereka yang kurang cantik itu lebih cenderung kepada agama, belanja atau nafkahnya juga kurang, melayaninya mudah berbanding dengan yang cantik. Ia sering menimbulkan kerisauan, melekakan, memerlukan banyak belanja - tapi mungkin juga tidak.
f) Harta
Tidak dapat dinafikan bahawa harta amat penting dalam kehidupan kita. Orang yang zuhud kepada harta hanya memerlukan setakat yang cukup sahaja. Orang-orang zaman dahulu ada juga yang menjadikan perniagaan sebagai profesion mereka tapi yang mereka harapkan dari perniagaan itu ialah mencapai kelohoran dan kemandirian dalam bidang ekonomi.
g) Mertabat (prestige) atau al Jah.
Manusia memang perlu mempunyai mertabat; paling kurang pada hemat dan pandangan khadamnya. Ini suatu yang lumrah. Tetapi memenuhi keinginan kepada mertabat diri biarlah dengan cara yang bijaksana dan sederhana. Kesibukan berzuhud juga boleh membawa timbulnya penyakit baru; iaitu mahu dikenali oleh orang banyak sebagai orang yang bermertabat zuhud walhal ini bertentangan dengan zuhud itu sendiri.
Pendek kata keperluan-keperluan asas tidaklah termasuk dalam jumlah yang dipandang buruk oleh Islam. Jika seseorang memenuhi keperluan tersebut tidaklah dianggap sebagai berlawanan dengan sifat zuhud. Apa yang penting ialah keadaan hatinya tidak berubah atau tidak banyak dipengaruhi oleh perkiraan atau perhitungan duniawi.
Tanda-tanda zuhud.
Setiap sifat yang sebati dalam diri manusia mempunyai tanda-tanda yang boleh dikesan. Tanda seseorang itu bersifat zuhud boleh dilihat dari tiga sifat berikut:
i) Tidak gembira dengan apa yang ada dan tidak pula resah kerana barang hilang. Sejajar dengan firman Allah yang bermaksud:
“Agar kamu tidak kecewa dengan apa yang luput dan tidak gambira ria dengan apa yang diperolehi”
(Surah: al Hadid, Ayat: 23)
ii) Baik pengeji maupun pemuja dirinya adalah dianggap sama sahaja. Ini tanda zuhud terhadap al Jah atau mertabat.
iii) Hendaklah kemesraannya lebih dengan Allah dari yang lain. Hatinya selalu peka untuk ta’at dan merasa betah dengannya.
Ibnu al Mubarak berkata: “Sebaik-baik zuhud ialah menyembunyikan kezuhudan.
Cinta kepada dunia dengan cinta kepada Allah dalam hati laksana air atau udara dalam bejana. Jika air yang dituang terbanglah udara, begitulah sebaliknya. Tidak mungkin ada kedua-duanya serentak.
Penutup
Huraian-huraian di atas banyak kita dasarkan kepada bahan rujukan lama seperti, Risalah al Qusyairiyah, Mukhtasar Minhaji al-Qasidin oleh Ibnu Qudamah al Maqdisi dan lain-lain dengan serba sedikit pindaan dan tokok tambah.
Persoalan zuhud ini persoalan yang tidak mudah untuk dicerakinkan dengan panjang lebar, khasnya oleh orang-orang mungkin belum benar-benar zuhud. Namun kita dapat merasakan bahawa pengajaran zuhud ini jika dapat diturut dengan pengubahsuaian di mana perlu boleh mengurangkan kemiskinan dan rasa miskin dalam masyarakat dari sudut pandangan tertentu. Ia mungkin menambahkan rasa bahagia, penghargaan kepada rahmat Allah dan mengurangkan kesibukan mengejar harta benda dunia secara yang tidak sihat. Dengan cara ini juga pertikaian kerana merebut daki-daki dunia ini dapat dikurangkan.
Abi al-Abbas Sahl bin Saidin al Sa’idi r.a. berkata: “Seorang lelaki datang menemui Rasulullah . Beliau bertanya : wahai Rasulullah tunjukkan kepada saya suatu perbuatan jika saya lakukan nescaya Allah akan menyayangi saya, begitu juga manusia lain. Rasulullah menjawab : “Bersikap zuhudlah anda di dunia nescaya anda disayangi oleh Allah dan bersikap zuhudlah anda terhadap harta orang nescaya anda akan disayangi oleh mereka”.
Sekian Wassalam...

3 ulasan:
inshaALLAH Aamiin
JUDI ONLINE PAKAI OVO - GOPAY PULSA T-SEL XL
|| POKER | DOMINOQQ | CEME | CAPSA | SAKONG| OMAHA ||
Khusus di Bulan ini POKERAYAM ada
Merdeka Deposit Min Rp.50.000 Bonus 4.500
Merdeka Deposit Min Rp.100.000 Bonus 8.000
Merdeka Deposit Min Rp.200.000 Bonus 17.000
Merdeka Deposit Min Rp.500.000 Bonus 45.000
WhastApp : 0812-9608-9061
Lnk : WWW. POKERAYAM. TOP
MAIN JUDI ONLINE Menggunakan Pulsa T-SEL,XL, OVO, GO-PAY
Texas Hold'em Poker,
Capsa Susun, Bandar Poker, Domino QQ, Adu Q, dan Bandar Q.
Permainan games online lain seperti
Sabung Ayam S1288, CF88, SV388, Sportsbook, Casino Online, Togel Online, Bola Tangkas Slots Games, Tembak Ikan, Casino Games juga Tersedia di Website PokerVita.fun
Hubungi customer service officer kami
Whatsapp : +62 812-222-2996
WWW.POKERVITA.FUN
Catat Ulasan