KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD

Syeikh Abdul Halim Mahmud adalah Imam besar al-Azhar pada tahun 1973,lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed, di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir

BANTUAN RASULULLAH S.A.W KEPADA UMAT YANG BANYAK BERSELAWAT

Ibnu Bashkawal meriwayatkan daripada Abdul Wahid ibnu Zaid yang berkata : "Aku keluar untuk mengerjakan haji.Bersamaku ialah seorang lelaki yang tidak berdiri dan duduk serta tidak akan pergi dan datang kecuali sambil berselawat ke atas Nabi s.aw. Melihat keanihan tingkah lakunya itu aku pun bertanya kepadanya mengenai perkara itu.Ia menyatakan: " Aku akan ceritakan kepada engkau mengenainya.Beberapa tahun yang lalu,aku bersama ayahku pergi ke Mekkah untuk menunaikan fardu haji.Setelah selesai mengerjakan haji kami pun beredar dan tinggal di sebuah rumah.Ketika aku sedang tidur di rumah itu,aku didatangi oleh seseorang di dalam tidurku. Orang...

Kelebihan Dikurniakan Pada Wanita Solehah

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang soleh. 3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali. 4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh. 5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas...

Cinta Yang Wajib Allah Dan Rasul-Nya

Cinta Allah Dan Rasul-Nya Dalam kitab Ihya` Ulumuddin karangan Imam Ghazali : Sesungguhnya ulama’ telah bersepakat bahawa cinta semata-mata untuk Allah dan Rasul adalah wajib. Bagaimanakah kita diwajibkan untuk mencintai suatu yang tidak nampak pada pandangan mata dan bagaimanakah pula ditafsirkan cinta dengan ketaatan. Taat menyusul selepas cinta, kerana cintalah yang membuahkan ketaatan. Jadi, tidak dapat tidak didahulukan cinta dan menyusul kemudiannya ketaatan kepada siapa yang dicintai. Dalil bahawa perlu meneguhkan cinta kepada Allah swt adalah firman Allah swt yang bermaksud : “Allah kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Allah….”...

Hikmah Dan Kepentingannya

Pelbagai Pengertian Hikmah Tersebut di dalam kitab-kitab tertentu yang menerangkan pengertian hikmah secara ringkas iaitu: -Mengetahui hakikat sesuatu. -Mengetahui suatu yang paling afdhal dengan ilmu yang termulia. (Lisan Al Arab) -Mengawal jiwa dan naluri ketika marah. -Kalam yang dita’birkan berdasarkan pengalaman dan percubaan yang selari dengan kebenaran. (Nazorot Hawla Wasoya Luqman Al-Hakim) Para ulama’ juga memberikan pelbagai tafsiran mengenai pengertian hikmah antaranya: Al-Imam Al-Qurtubiy menegaskan: Al-Hikmah ialah segala apa yang benar berkaitan dengan i’tiqad, kefahaman dalam agama, amalan dan kebijaksanaan. (Tafsir...

Hikmah Terawal Diungkapkan Oleh Luqman Al-Hakim

Antara Hikmah Terawal Yang Diungkapkan Oleh Luqman Ulama berselisih pendapat mengenai perkara ini. Di bawah ini dipaparkan antara hikmah Luqman yang terawal. Berkata Ibn Abi Nujaih: Tuan Luqman telah memerintahkannya agar menyembelih seekor kambing dan membawa kepadanya bahagian yang terbaik dan bahagian yang terburuk. Lantas beliau membawa lidah dan hati kambing. Tuan Luqman bertanya: Apakah ini? Luqman menjawab: Tiada yang lebih baik daripada kedua-dua ini pada haiwan apabila kedua-duanya baik, tiada yang lebih buruk dari kedua-kedua ini pada haiwan apabila kedua-dua ini buruk. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW,maksudnya:"Seseorang...

Tujuh Perjalanan Nabi Musa as.

1. Safarul Ghazab Perjalanan Ghazab atau perjalanan kerana murka, adalah perjalanan Musa as. ketika beliau dihanyutkan oleh ibunya ke dalam sungai, kerana takut kemurkaan Fir’un.Firman Allah SWT bermaksud: “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia, dan apabila kamu khuatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke dalam sungai (Nil). Dan janganlah kamu bimbang dan jangan pula bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya salah seorang daripada Rasul.”(Al-Qashash: 7)2. Safarul Harab Safarul Harab adalah perjalanan Nabi Musa ketika melarikan diri dari Mesir ke Madyan.Firman Allah SWT bermaksud:...

Pernikahan Rasulullah Dan Khadijah

Bermimpi Matahari Turun Ke RumahnyaDia adalah Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri. Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kahwin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya...

Sifat dan kejahatan Yahudi dalam Al-Quran

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menjelaskan dan memberitakan tentang kaum Yahudi ini agar kita mengambil peringatan darinya.Beberapa karakter buruk mereka adalah:(1) Durhaka dan melampaui batas, serta membiarkan kemungkaran yang terjadi di antara mereka. Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.” [Al-Maidah (5):78-79].Dan mereka semakin...

Terowong Rahsia Palastin

Terowong Rahsia Palastin Sekatan Genting Gaza 2007 sehingga kini Sekatan Genting Gaza 2007–kini dilakukan oleh dua negara iaitu Israel dan sekutunya Mesir sejak Jun 2007, ketika Hamas mengambil alih wilayah Palestin itu selepas terjadinya konflik Fatah-Hamas untuk menguasai Palestin.Sebelum itu sekatan ekonomi 2006-2007 dikenakan terhadap Pihak Berkuasa Palestin selepas pilihan raya yang menyaksikan Hamas berjaya membentuk kerajaan Palestin pada Februari 2006. Genting Gaza mempunyai sempadan darat dengan Israel dan Mesir dan sempadan laut. Mesir dan Israel sangat menjaga sempadan mereka dengan wilayah tertutup. Israel hanya membenarkan bantuan...

Roket Gula Rakyat Palastin

Roket Gula Rakyat Palastin Pengenalan Roket Qassam (Arab: الصروخ القسام sarukh al-Qassam; juga Kassam) adalah sejenis artileri roket keluli ringkas yang diisi dengan bahan letupan. Roket ini dibangunkan dan digunakan oleh Briged al-Qassam Izz ad-Din, sayap ketenteraan Hamas. Tiga buah model telah dihasilkan dan digunakan antara tahun 2001 sehingga 2010. Secara umum, kesemua jenis serangan roket oleh Palestin ke atas Israel, sebagai contoh roket yang digunakan oleh Pergerakan Jihad Islam Palestin Al Quds, dikenali sebagai Qassam oleh media Israel dan media asing. Roket Qassam mula terkenal sebagai jenis roket yang digunakan oleh pasukan bersenjata...

Pages 381234 »

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...