Terowong Rahsia Palastin

Terowong Rahsia Palastin

Sekatan Genting Gaza 2007 sehingga kini

Sekatan Genting Gaza 2007–kini dilakukan oleh dua negara iaitu Israel dan sekutunya Mesir sejak Jun 2007, ketika Hamas mengambil alih wilayah Palestin itu selepas terjadinya konflik Fatah-Hamas untuk menguasai Palestin.Sebelum itu sekatan ekonomi 2006-2007 dikenakan terhadap Pihak Berkuasa Palestin selepas pilihan raya yang menyaksikan Hamas berjaya membentuk kerajaan Palestin pada Februari 2006.

Genting Gaza mempunyai sempadan darat dengan Israel dan Mesir dan sempadan laut. Mesir dan Israel sangat menjaga sempadan mereka dengan wilayah tertutup. Israel hanya membenarkan bantuan kemanusiaan terhad dari pertubuhan tertentu, namun mesti melalui jalan darat. Kuantitinya juga terhad kepada satu perempat daripada kuantiti sebelum sekatan. Angkatan Laut Israel melaksanakan sekatan laut tiga batu nautika dari pantai. Mesir pula menghalang pembinaan terowong bawah tanah bagi mengelak pemecahan sekatan melalui penyeludupan.

Tujuan Israel membuat sekatan ialah untuk menyekat serangan roket Palestin dari Jaluran Gaza ke bandar-bandarnya dan mengelakkan Hamas dari mendapat senjata lain.

Mesir berpendapat bahawa ia tidak boleh membuka pintu sempadan Rafah sepenuhnya kerana akan melemahkan kesahan Pihak Berkuasa Palestin serta akan mengekalkan perpecahan antara Gaza dan Tebing Barat.

Sekatan ini dikritik oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan pertubuhan hak asasi manusia lain. Namun Amerika Syarikat menyokong kepungan ini secara rasmi.

Akibat kecaman hebat antarabangsa selepas rampasan armada Gaza Marvi Marmara, Mesir dan Israel mengurangkan taraf sekatan pada Jun 2010, apabila sempadan Rafah dibuka separa oleh Mesir. Israel pula mengumumkan akan membenarkan lebih banyak barangan awam memasuki Gaza, namun tidak barangan dwiguna.

Sempadan Rafah

Sempadan Rafah terletak di antara Mesir dengan Genting Gaza, Palestin. Pintu sempadan Rafah dibina oleh kerajaan Mesir dan Israel pada 1979 selepas Perjanjian Keamanan Israel-Mesir 1979 dan keluarnya Israel dari Semenanjung Sinai 1982. Mulanya dikendalikan oleh Lembaga Lapangan Terbang Israel sehingga 11 September 2005. Kemudian pintu sempadan Rafah ini dipantau oleh Kesatuan Eropah melalui Misi Bantuan Sempadan Rafah (EUBAM).

Mulai 25 November 2005, penyeberangan Rafah mula dibuka dan beroperasi hampir setiap hari sehingga 25 Jun 2006.Pada November 2006, Israel menutupnya atas alasan keselamatan selepas Intifada.

Pada Jun 2007, pintu sempadan Rafah ditutup sepenuhnya oleh Mesir selepas Hamas mengambil alih Genting Gaza.Akibatnya,ramai Rakyat Palastin menderita akibat sekatan ini.Mereka seolah-olah dikepung,di penjarakan hidup-hidup dengan tanpa belas kasihan dan di nafikan hak mereka dari segi mendapatkan bekalan air bersih,elektrik,gas,bekalan perubatan dan juga mendapatkan keperluan asas yang lain.

Ramai kanak-kanak palastin mati akibat kekurangan zat makanan dan ada juga bayi pra matang mati disebabkan pihak hospital tidak mempunyai kemudahan kelengkapan yang cukup dari segi bekalan gas oksigen dan perubatan.Tekanan emosi yang di alami oleh ibu palastin ketika mengandung sedikit sebanyak menyumbang kearah kematian bayi yang baru di lahirkan.dan banyak lagi bentuk penindasan,kekejaman dan kezaliman yang di lakukan tentera zionis terhadap Rakyat Palastin.

Atas inisiatif tersebut pihak kerajaan Hamas di bawah pemerintahan Ismail Hanieyeh,mengeluarkan permit khas untuk proses pengalian 'terowong' kepada rakyatnya.Hal ini menyebabkan pembinaan terowong berhampiran sempadan Rafah antara Mesir dan Gaza 'tumbuh bagaikan cendawan'.

Ikuti temubual,yang dijalankan oleh beberapa wartawan asing dengan beberapa orang penyeludup(rakyat palastin).Selamat menonton....






Wallahu'alam....

Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan

Artikel "TEROWONG RAHSIA PALASTIN" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan,hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.


0 ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...