Firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklan bagi rrang-orang kafir musrik itu memakmurkan (Manghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengaku) akan kekufuran diri mereka sendiri, mereka ialah orang-orang yang rosak binasa amalan-amalannya, dan mereka pula kekal di dalam neraka. Hanya sanya yang (layak) memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Alla itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat sewrta mendirikan sembahayang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersaebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan orang-orang yang mendapat
pertunjuk.
(Al-Taubah 9 : 17 - 18)
Menurut Al-Qurtubiyy, bahawa ayat ini adalah dalil persaksian keimanan yang saheh bagi pemakmur masjid kerana Allah S.W.T. menghubungkkan keimanan dengan pemakmuran masjid dan orang sentiasa melaziminya. Kata sebahagian salaf bahawa apabila kamu melihat lelaki memakmur masjid maka hendaklah sangka baik kepadanya. Dalah hadis Abi Sa`id Al-Khudri, bahawa Rasulullah s.a.w. bersebda:
Bermaksud:
“Apabila kamu melihat lelaki sentiasa berulang alik ke masjid maka persaksikanlah baginya dengan keimanan”
(Al-Qurtubiyy, Al-Jami` Li-Ahkam Al-Qur’an)
Berdasarkan keterangan di atas, ternyata bahawa masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan untuk umat Islam.
Banyak fadhilat beramal di tempat tersebut selepas Masjid Al-Haram di Makkah, Masjid Al-Nabawiyy di Madinah dan Masjid Al-Aqso di Baitul Muqaddas. Tempat-tempat lain, seperti masjid yang tidak didirikan jum`at atau surau, adalah kurang fadhilat dibandingkan dengan tempat-tempat tersebut.
Berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Al-hadith serta pendapat ahli-ahli feqah (ulamak), ternyata tuntutan berjama`ah di masjid atau di tempat azan di azankan amat kuat. Jika solat berjama`ah dilakukan oleh semua muslimin lelaki yang mukallaf di masjid atau paling kurang di tempat azan di azankan dengan cara yang sebaik-baiknya, ia pasti menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya:
(1) Membina Displin Hidup Yang Tinggi:
Penghayatan solat berjama`ah dengan konsep di atas, pasti mendorong ke arah fenomina di mana setiap hari lima kali orang-orang Islam - terutama golongan lelaki - berbaris dalam satu sof yang rapi. fenomena ini sudah pasti melahirkan displin yang tinggi dari berbagai-bagai segi; pengurusan masa, pembersihan anggota badan menurut masa, sentiasa mempastikan berpakaian sentiasa bersih, latihan berhimpun dan berbaris dengan teliti dan lain-lain aspek.
(2) Perhimpunan Yang Terbimbing (Al-Ta`aruf):
Pertemuan lima kali sehari, sentiasa dilakukan di bawah pimpinan seorang ketua, dengan matlamat yang sama mengagongkan Allah S.W.T., dalam displin kepimpinan dan kepengikutan yang menurut syarak, di mana makmum wajib mengikut imam - di samping makmum boleh menegor imam jika ia melakukan kesalahan. Makmum juga perlu mempastikan mereka berada dalan sof yang lurus, bertemu bahu dan bergerak dengan keadaan yang sama. Perhimpunan seperti itu pasti melahirkan masyarakat yang harmunis, hormat menghormati dan bersatu di bawah satu kepimpinan.
(3) Membina Kesefahaman Dan Kesatuan Fikrah (Al-Tafahum):
Solat berjama`ah menuntut perhimpunan umat Islam kariah berkenaan di satu tempat. Keadaan tersebur memudahkan pengisian segala jenis ilmu wahyu bagi sesuatu kariah oleh imam dan guru-guru lain dengan restu dan hasrat dari imam. Ini tidak syak lagi, menjadikan institusu masjid sebagai wadah membina kesatuan fikrah yang berkesan di kalangan umat Islam.
(4) Membina Semangat Persaudaraan Dan Kerjasama (Al-Takaful):
Solat berjama`ah dan institusi masjid juga merupakan wadah perancangan aktiviti sosial, termasuk merancang program gotong royong, ziarah anggota jama`ah yang sakit atau meninggal atau mengalami masalah, bertolong bantu antara satu dengan yang lain. Keadaan ini sudah pasti mendorong ke arah perpaduan ummah dan jihad yang lebih mantap.
Sebenarnya ibadah solat yang sekaligus dihubung dengan institusi masjid, adalah merupakan program dan wadah yang mengukuhkan pembinaan diri dan keluarga, yang sekaligus menyatu dan memantap-kan perpaduan dan perjuangan umat Islam. Dari sinilah titik bertolak pergerakan mereka yang menginginkan kesejehteraan hidup dunia dan akhirat.
KESIMPULAN:
Dari penjelasan di atas, jelaslah bahawa;
Tuntan solat fardhu supaya dilaksanakan secara berjama`ah di masjid atau tempat azan di azankan adalah terlalu kuat - sabit dengan penegasan Al-Qur’an, Al-Hadith serta ijtihad ulamak.
Solat fardhu yang dilaksanakan secara berjama`ah lebih mendorong orang yang bersembahayang supaya melaksananya dengan lebih sempurna dan khusyuk.
Solat fardhu yang dilakukan dengan sempurna dan berjama`ah, lebih memberi kesan membina kekuatan keimanan dan perpaduan sesama umat Islam serta mencegah dari kejahatan dan kemunkaran (dengan segala bentuk gejala sosial pada semua peringkat umur manusia).
Solat yang sempurna menurut sunnah Rasulallah s.a.w. pasti mendorong pelakunya ke arah menjana segala perintah Allah S.W. T. sebagai cara hidup yang komplit (syumul) dengan penuh rasa tanggungjawab kepada Nya.
Keadaan yang membolehkan orang Islam menguzurkan diri dari solat fardhu berjama`ah amat terbatas, yang sekaligud memahamkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan pengabaian solat fardhu berjama`ah dengan sengaja.
Gambaran suasana masyarakat dan negara Ahlus Sunnah Waljama`ah adalah suasana di mana Rasulullah sebagai ketua masyarakat bersama sahabat-sahabat sebagai masyarakat dan rakyat negara Islam yang sentiasa mengambil berat penghayatan solat fardhu berjamaa`ah sehingga perhimpunan untuk solat fardhu berjama`ah awal waktu menjadi paksi kepada pengurusan masa bagi pergerakan dan pentadbiran urusan peribadi dan masyarakat serta negara umat Islam itu.
Wallahu'alam....
Halaman Artikel Solat Fardhu Berjamaah
Klik Disini
0 ulasan:
Catat Ulasan