Ghazwah al-Fath merupakan peperangan membuka kota Makkah.Ia berlaku padaRamadan,tahun ke-8 hijrah.
Sebabnya; perdamaian Hudaibiyyah membolehkan mana-mana kabilah Arab melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w.jika mereka mahu.Mereka juga bebas untuk melakukan pakatan dengan Qurasiy.Bani Bakar telah bersetuju untuk melakukan pakatan dengan Quraisy,sementara Khuzaah bersetuju melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w..Pada tahun ke-8 hijrah,Bani Bakar melakukan pencerobohan ke atas Khuzaah. Mereka membunuh kira-kira 20 orang lelaki daripada Khuzaah.Quraisy turut terlibat membekalkun harta dan senjata kepada Bani Bakar.Apabila berita itu sampai kepada Rasul s.a.w.,Baginda merasa amat marah,lantas mempersiapkan tentera Islam untuk memerangi Quraisy.Namun Baginda tidak mahu memberitahu orang ramai hala tuju tenteranya,supaya Quraisy tidak bersiap sedia.Jika Quraisy membuat persiapan menghadapi tentera Islam,ia akan mengakibatkan kehormatan Tanah Haram tercemar dan serata ceruknya akan dipenuhi cebisan-cebisan mayat (ramai nyawa yang terkorban).
Hatib bin Abi Baltaah al-Badariy telah mengutuskan surat secara rahsia ke Makkah,memberitahu penduduk Makkah berkenaan kedatangan Rasul untuk menyerang mereka.Namun,Allah telah memberitahu Rasul-Nya tentang surat tersebut. Baginda menghantar beberapa orang sahabatnya mengejar wanita yang membawa surat itu untuk memeriksanya.Mereka akhirnya menemui surat tersebut.Oleh itu,Rasul s.a.w. memanggil Hatib,seraya bersabda:
"Apa yang mendorong kamu melakukan perbuatan ini?" Hatib menjawab:"Wahai Rasulullah,demi Allah,aku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.Aku tidak berubah atau menukar imanku.Namun,aku seorang lelaki yang tidak mempunyai asal-usul dan hubungan kekeluargaan dalam kaum itu (Quraisy).Sedangkan aku mempunyai anak dan keluarga yang tinggal dengan mereka.Oleh itu,aku berlagak baik dengan mereka untuk keselamatan kaum keluargaku."
Lantas Umar berkata:"Wahai Rasulullah,biarkan aku penggal lehernya.Sesungguhnya lelaki ini telah munafik." Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar:"Dia telah terlibat dalam Ghazwah Badar.Kamu tidak tahu boleh jadi Allah memerhati ahli-ahli Badar,lalu Dia berfirman:"Lakukanlah apa yang kamu mahu. Sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu."
Rasul s.a.w. telah bertolak daripada Madinah pada 10 Ramadan. Dalam perjalanan tersebut Baginda telah berbuka puasa.Tindakan tersebut diikuti oleh orang ramai, ekoran kepenatan dan kesusahan yang mereka hadapi dalam perjalanan. Bilangan mereka ketika keluar dari Madinah seramai 10,000 orang. Dalam perjalanan beberapa kabilah Arab bergabung dengan mereka. Ketika di Marr az-Zohron, pengawal-pengawal Rasulullah s.a.w.terserempak dengan Abu Suffian bersama dua orang temannya. Lalu para pengawal Baginda menahan dan membawa mereka mengadap Nabi s.a.w.. Kemudian Abu Suffian memeluk Islam.
Al-Abbas (Rasulullah telah menemuinya di pertengahan jalan.Al-Abbas ketika itusedang menuju ke Madinah untuk berhijrah dan memeluk Islam) berkata:Abu Suffian seorang lelaki yang cintakan kemegahan.Anugerahkan kepadanya sesuatu yang boleh dibanggakannya.Maka Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Suffian, dia mendapat keamanan."
Kemudian tentera Islam sampai di Makkah.Penyeru Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan:"Sesiapa yang masuk ke rumahnya dan mengunci pintu,dia mendapat keamanan.Sesiapa yang memasuki masjid,dia mendapat keamanan.Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Suffian, dia juga mendapat keamanan." Namun,terdapat 15 orang Ielaki yang melakukan jenayah besar terhadap Islam dan Rasulnya telah dikecualikan daripada jaminan keamanan tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. memasuki Makkah dengan menaiki tunggangannya.Baginda masuk Makkah dalam keadaan tunduk sehingga dahinya hampir-hampir menyentuh pelana tunggangannya,sebagai tanda bersyukur kepada Allah di atas kemenangan yang paling besar itu.Selepas itu Rasul s.a.w. tawaf di Baitullah dan menghapuskan berhalaberhala di sekelilingnya yang mencapai bilangan 360 buah.Kemudian Baginda memasuki Kaabah dan bersembahyang dua rakaat di dalamnya.Setelah selesai,Baginda berdiri di muka pintu Kaabah,sementara Quraisy mengintai-ngintai apakah yang akan diperbuat oleh Baginda kepada mereka.Antara kata-kata Baginda ketika itu ialah:
"Wahai sekelian Quraisy,apakah yang kamu sangka aku akan lakukan kepada kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan Kamu saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia." Maka Rasulullah s.a.w.bersabda:"Pada hari ini,aku katakan kepada kamu sebagaimana kata-kata saudaraku, Yusuf sebelum ini: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu),semoga Allah mengampunkan dosa kamu,dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani." (Yusuf: 92). Pergilah kamu.Kamu semua dibebaskan."
Kemudian orang ramai berhimpun di sekitar bukit Sofa untuk berbaiah dengan Rasulullah s.a.w. di atas nama Islam.Rasul s.a.w,duduk mengadap mereka di atas bukit Sofa.Baginda mengambil baiah dengan janji untuk mendengar dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya sedaya upaya mereka.Kaum lelaki telah melakukan baiah terlebih dahulu,kemudian diikuti oleh wanita.Baginda tidak berjabat tangan dengan mana-mana wanita di kalangan mereka.Di antara wanita yang berbaiah ialah Hindun,isteri Abu Suffian.Hindun tergolong di kalangan orang yang telah dihalalkan darahnya oleh Baginda pada hari pembukaan Makkah.Namun,apabila Baginda mengetahui beliau turut serta dalam baiah tersebut,Baginda memaafkan beliau disebabkan baiah yang dilakukannya itu.
Pada hari pembukaan Makkah tersebut,Rasulullah s.a.w. memerintahkan Bilal agar melaungkan azan solat Zohor di atas Ka’abah.Quraisy yang hadir terkejut besar dengan perbuatan tersebut.Ketika itu mereka belum memeluk Islam lagi.Namun Rasulullah s.a.w. ingin perbuatan itu dilakukan dengan sengaja kerana ia mengandungi rahsia yang besar dan hikmah yang agung.
Sekian Wallahu’alam....
Yus Jambu Meninggal Dunia
-
Al-Fatihah – Yus Jambu Meninggal Dunia Kuala Lumpur: Pelawak terkenal,
Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak
nafas, kira-...
9 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan