KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD

Syeikh Abdul Halim Mahmud adalah Imam besar al-Azhar pada tahun 1973,lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed, di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir

Siapakah Sebenarnya Luqman Al-Hakim

SIAPAKAH SEBENARNYA LUQMAN AL–HAKIM Pengenalan Luqman Al-Hakim Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim…? Al-Quranul Karim tidak menjelaskan tentang biodata Luqman, sebaliknya sekadar memperincikan kata-kata hikmahnya yang begitu murni dan amat bernilai. Seandainya biodata Luqman merupakan suatu perkara yang penting, sudah tentu ia dipaparkan dalam Al-Quran. Meskipun demikian, tidak menjadi satu kesalahan, jika dihimpunkan segala perbicaraan ulama mufassirin tentang topik ini. Berdasarkan riwayat-riwayat yang ma`thur Luqman berasal dari Nobiy yang terletak di Sudan, bahagian selatan Mesir. Beliau adalah seorang yang rendah, berkaki lebar dan...

Ahli Sufi

Makna Ringkas SufiSesetengah orang mengatakan: “Para sufi dinamakan demikian hanya kerana kemurnian (shafa) hati dan kebersihan tindakan mereka (athar).”Bisyr ibn al-Harits mengatakan: “Sufi adalah orang yang hatinya tulus (shafa) terhadap Tuhan. Ulama lain menyatakan: “Sufi adalah orang yang tulus terhadap Tuhan dan mendapat rahmat tulus dari Tuhan. “Sebahagian mereka telah mengatakan: “Mereka dinamakan sebagai para Sufi kerana pada baris pertama “shaf” di depan Tuhan, kerana besarnya keinginan mereka di hadapanNya”.Sesetengah menyatakan: “Mereka dinamakan Sufi kerana sifat-sifat mereka menyamai sifat-sifat orang yang tinggal di serambi masjid...

Bagaimana Allah Dan Malaikat Berselawat Ke Atas Nabi?

Definisi dan Perintah (Saranan) Supaya Berselawat Ke Atas Nabi: Allah berfirman: إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56) Imam al-Bukhari (rahimahullah) berkata: قَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ صَلَاةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلَائِكَةِ وَصَلَاةُ الْمَلَائِكَةِ الدُّعَاءُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ { يُصَلُّونَ } يُبَرِّكُونَ Terjemahan:...

Kenapa Daging Babi Diharamkan Dalam Islam?

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.Dalam al-Quran, sebagai haiwan, babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN DARI DAGING BABIDR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology...

Melupuskan Naskhah Al-Quran Usang

Kitab suci al-Quran adalah kalam Allah yang paling suci dan wahyu-Nya yang terakhir. Kata pepatah Arab: Kalam al-muluk, muluk al-kalam. Maksudnya: Ucapan raja-raja, raja segala ucapan.Justeru tiada bacaan lebih keramat daripada al-Quran, maka kekeramatannya wajib dipelihara, sama ada waktu kitab itu sedang turun ataupun telah berlalu beberapa abad lamanya.Setiap Muslim hendaklah memelihara kitab al-Quran dengan sebaik-baiknya. Kitab ini tidak boleh dibuang merata-rata, dikoyak atau diletak pada tempat yang menjejaskan kesuciannya. Sebaliknya hendaklah dihormati, disimpan pada tempat-tempat yang suci dan terpelihara, supaya tidak ditiup angin...

Solat Malam Dan Fadhilatnya

Sembahyang malam itu memang sukar dikerjakan. Tetapi kesannya amat baik dalam menjernihkan hati seseorang. Ia dapat memupuk kecintaan kepada Allah dan meningkatkan kerohanian dengan semangat dan keikhlasan.Salah satu dari cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah dalam membentuk diri dan sahabat beliau pada tahap-tahap awal ialah sembahyang malam.KEUTAMAAN QIAMULAILa) Dalil Al-QuranAllah menyanjung dan memuji hamba-hambanya yang bangun bersembahyang pada waktu malam dengan firmaNya,yang bermaksud:“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (Syurga) dan dimata-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka...

Pages 381234 »

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...