Adab Pergaulan Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah



(1)
-
Asas Pergaulan



Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan
taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan
penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta
jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan
berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.

Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:

‘Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.’

Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan
keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran
yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.

Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang
diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan
harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun
tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra
dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam
pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa
kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari
helah bagi melindung diri dari penipuan.

Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi
setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah
penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari
pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan
yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang
Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah

beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap
umatnya melalui sabda baginda:

‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’


-BAIK BURUK PERANAN HATI

Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri
setiap insan. la memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan
seharian. Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:

‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’

Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya
datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika
hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rakan
taulan mendekatinya dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka
segala perbuatannya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat
mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan
kalah dan sentiasa diketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota,
manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini
sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati. Andai baik hati maka
baiklah dalam pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rakan seringl kali
menjadi mangsa. Dalam masalah ini Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada
hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu'ara' 26, ayat 88-89
yang berbunyi:

‘Di hari yang tidak ada manfaat sama ada harta benda begitu juga anak-anak
melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.’

Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari
sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang
makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa
kepada Allah dengan sabdanya:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’ Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah

Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, tetapi ia sentiasa
berdoa supaya hatinya suci bersih. Hal ini adalah bertujuan sebagai pengajaran
kepada umatnya.

Dengan demikian hati yang suci bersih dari sebar ang kekejian itu ialah
hati yang bersih dari segala penyakit yang dibenci oleh Allah seperti hasad,
dengki, dendam, iri hati, cemburu di atas kejayaan orang lain atau merancang
sesuatu yang tidak baik bertujuan menganiaya orang lain dan sebagainya.
Seandainya tidak ada perkara perkara yang tersebut di atas, sudah tentu
hati itu akan sentiasa kasih kepada Allah dengan melakulcan perkara perkara
yang diredai oleh Allah dengan rasa ikhlas. Rakan dan taulan juga
menyenanginya dalam pergaulan dan Allah sentiasa mengasihinya.
Situasi ini sangat dititikberatkan oleh syariat kerana hati memainkan
peranan penting ke arah mengukuhkan keimanan dan memantapkan keyakinan
akidah seseorang yang beriman kepada Allah berdasarkan sabda Rasulullah
s.a.w yang berbunyi:

‘Tidak tetap iman seseorang hamba sehinggalah tetap pendirian nya.’


Bagi menentukan ketetapan iman atau sebaliknya dengan herdasarkan
segala amalan anggota lahiriah yang berlandaskan niat hati kerana kejujuran
amalan itu tidak wujud melainkan terletak pada hati yang ikhlas.



-TETAP PENDIRIAN


Istilah tetap pendirian boleh diertikan dengan jati diri dan dalam bahasa
Arab disebut istiqaah qulub seperti mana tersebut dalam hadis di atas. Bagi
seseorang yang tetap pendiriannya, ia tidak mudah dipengaruhi olch mana
mana unsur yang tidak baik atau hasutan jahat yang boleh membawa
kemusnahan diri. Apabila disentuh soal keimanan pula, seseorang yang tetap
pendirian itu disebut sebagai kuat iman atau warak, iaitu hatinya sentiasa
merasa ingat dan patuh kepada suruhan dan perintah Allah dan sentiasa
melakukan sesuatu ke arah yang diredai oleh Allah sepanjang hayatnya secara
baik dan sabar. Sebab itulah sekiranya Allah mahu hambanya baik, maka
diperelokkan isi hatinya dengan mengenali Allah dan sifatnya serta memahami
segala ilmu agama dan hikmah keagungan ilmu itu sendiri. Manakala jiwanya
merasai betapa nikmatnya memahami sesuatu bidang ilmu dengan mendalam
dan baik dengan merasai kemanisan ilmu seperti mana ia merasai kemanisan
iman. Pepatah Arab ada menyatakan:

‘Kemanisan ilmu bila dikuasai oleh orang yang ada kemanisan iman bagaikan kemanisan tamar yang terhidang di hadapan orang yang sedang berbuka puasa.’

Pepatah ini menggambarkan perwatakan orang yang beriman dan
berilmu apabila disertai dengan kesabaran terasa senang dan tenang serta sejuk
setiap mata yang memandang.

Itulah peranan hati dalam kehidupan. Hati dapat mencorak kewibawaan
seseorang melalui gerak geri dan perilaku yang disenangi dalam pergaulan
harian sama ada di tempat kerja seperti majikan dengan pekerjanya atau
sebaliknya ataupun di mana sahaja atau sesiapa yang berdamping dengannya.
Sesiapa juga yang ada kaitan dalam melaksanakan sesuatu perbincangan dan
tunjuk ajar darinya sering kali tidak mudah melatah dalam memutuskan sesuatu
keputusan. Inilah sikap orang yang tetap pendirian dengan erti kata jati diri
yang berlandaskan iman, ilmu, dan akal yang mantap yang dapat merealisasikan
keadaan pergaulan yang sempurna dan tenang. Sebaliknya orang yang mati hati
itu tidak mahu mengambil berat soal tuntutan yang disyariatkan oleh Allah dan
tidak mahu memahami adab di dalam pergaulan atau hubungan sesama
manusia sama ada soal memberi salam atau menerima salam orang lain tidak
disampaikan kepada penerima. Begitu juga soal keizinan untuk memasuki ke
dalam rumah orang lain, jauh sekali hendak menghormati hak sesama manusia
atau berterima kasih kepada orang yang memberi pertolongan kepadanya.
Secara tidak langsung balasan buruk baik selepas mati tidak sekali-kali
dihiraukan, jauh sekali hendak memikir kebesaran Allah dan keagungan maha
pencipta. (Imam Falkhhruddin Al-Razi Al-Shafie 1990, 52-53)

Sebab itu Allah menggambarkan kedudukan mereka dalam al Quran
seperti binatang ternakan dalam firman-Nya dalam surah al A'raf, ayat 179:

‘Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat dari itu.’

Itulah gambaran orang yang mati hati tidak dapat memahami apa
maksud segala kejadian Allah, maka ia tidak mampu menghasilkan segala
kelebihan yang Allah anugerahkan kepadanya. Akhirnya mereka lengah dan
tidak mengambil berat akan segala suruhan Allah. Hidup mereka dalam
kejahilan yang mati dari kesedaran akidah yang menjadi asas kepada agama
Islam, sedangkan ia mengaku dirinya adalah Islam. Golongan inilah yang
digambarkan hidup mereka sebagai kubur kepada nyawa dan roh mereka
sendiri seperti mana yang digambarkan oleh penyair di dalam syairnya dibawah
ini.
‘Dalam kejahilan sebelum mati ia merupakan mati kepada si jahil dan jasad mereka sebelum berkubur telah terkubur. Roh mereka telah bersangkar dalam kekejian jasad yang jahil maka bagi mereka tiada harapan sebelum jasad mereka hancur mereka telah hancur.’

Maksud jahil di sini ialah mati hati dan rohani, iaitu jahil untuk mengenali
Allah dan segala ilmu yang disyariatkan kepada hambanya untuk mendalami
dan beramal dengannya semasa roh dikandung jasad. Kerana ilmu itu dari Allah
khusus untuk hamba Nya yang beriman dan ilmu Allah itu merupakan cahaya
yang dapat menghidupkan hati dari segala kejahilan. Seandainya seseorang
hamba itu menjauhkan diri dari ilmu Allah maka hatinya terus mati, ibarat tanah
tanpa hujan tiada tumbuh tumbuhan yang menghiasi di permukaannya. (Ibnu
Qaim Al-Juziah 691-751H. 273-276 ms.)

Lantaran itulah Lukmanulhakim telah menasihati anaknya dengan
katanya:

‘Wahai anakku, dudukiah bersama sama ulama dan berbincanglah bersama mereka dengan penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan segala isi hati hambanya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana menyubur bumi dengan titisan hujan’.

Demikian juga Muaz bin Jabal pernah menegaskan: "Tuntut olehmu akan
ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan menjadikan kamu takut
kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingati ilmu merupakan tasbih,
membincangnya pula adalah jihad dan sekiranya kamu ajar kepada orang yang
tidak mengetahui adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli
ilmu merupakan pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi
pengetahuan terhadap kamu soal halal haram, makruh atau syubhah yang akan
terpelihara diri kamu dari api neraka".

Oleh itu, sentiasalah dekati dengan ilmu kerana ia menyegarkan hati dan
rohani yang telah terkulai layu. Sekiranya kita patuhi segala kehendak ilmu
pengetahuan yang kita ketahui ia akan menerangi jalan kebahagiaan dunia dan
akhirat, kerana ilmu satu satunya yang dapat menjinakkan jiwa yang liar serta
menghidupkan hati yang mati. Dengan demikian hati yang mati ini tiada yang
dapat menghidupkannya melainkan ilmu dan iman serta keikhlasan beribadat
kepada Allah sahaja. Yang dimaksudkan dengan menghidupkan hati dengan
ilmu ialah dengan sentiasa berzikir, istighfar, selawat ke atas Rasulullah,
memaafkan kesalahan orang lain, ikhlas, murah hati dan jauh daripada maksiat.
Dengan demikian bolehlah dikatakan hati yang hidup.

Kita boleh mengenali hati yang hidup ini kerana ia mempunyai ciri-ciri
tertentu, iaitu menunjukkan sikap berhemah tinggi serta sifat-sifat seperti
pemaaf, pemurah, tidak meninggi diri atau menunjuk nunjuk, tidak sombong
dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang
lain. Di samping itu, apabila dilihat kepadanya, maka akan nampaklah ciri-ciri
keimanan seperti khusyuk, lemah lembut, sabar mendengar dan menerima
pendapat orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri serta bersimpati
dengan orang yang kurang bernasib baik dan bersifat tolong menolong, dan
bertimbang rasa. Inilah gambaran orang yang hatinya tidak mati.

Manakala hati yang mati amat ditakuti oleh setiap insan yang beriman.
Bagi orang yang beriman, mereka tidak takut mati apabila sampai ajalnya kerana
bekalan sudah sempurna, tetapi yang amat ditakuti ialah sekiranya mati hati. Ini
kerana mati hati menjadikanjasad hidup dalam keadaan hina disebabkan nafsu
tidak berpandukan akal. Ketika itu kedudukan jasad tidak berguna lagi sama
ada di sisi Allah atau pada pandangan masyarakat. Oleh yang demikian, hati
yang mati adalah pembunuh jiwa yang sihat, manakala jiwa yang sihat berpunca
dari hati yang hidup bernafaskan iman. Lantaran itu hati memainkan peranan
yang sangat penting ke arah jiwa yang baik dan tenang serta sanggup memikul
segala cabaran yang mendatang, ibarat bunga yang segar mengeluarkan
keharuman yang menyegar setiap individu dan masyarakat yang
mendampinginya. Sebaliknya hati yang mati tiada keharuman jiwa, ibarat bunga
yang busuk sentiasa mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan orang lain.
Dengan kata lain, orang yang mati hati tidak hertimbang rasa terhadap orang
yang kurang bernasib baik. (Abi Hamid Muhammad M Gazali, 1989. 149)



-KEWAJIPAN MENJAGA HATI DAN CARA MENGUBATINYA

Menurut Imarn Al-Ghazali, kewajipan ke atas manusia yang waras ialah
menjaga dan memperbaiki niat hatinya serta menjauhkan segala anggapan dan
sangkaan buruk kepada saudaranya ketika bergaul sesama rakan. Kewajipan
inilah yang dituntut oleh syariat kepada semua mukalaf supaya menjaga hati
mereka untuk menjadi insan yang kamil dan sempurna dunia dan akhirat. Hati
merupakan anggota yang paling berbahaya, dan sesiapa yang mempunyai hati
yang sakit dan mati, maka ia akan memberi kesan yang sangat buruk terhadap
permasalahan yang sukar untuk diperbaiki. Oleh yang demikian Imam Al-
Ghazali menggariskan beberapa asas sebagai panduan menjaga dan mengubati
hati.

Asas pertama: Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 berbunyi:

‘Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang
tersembunyi di dada setiap hamba.’

Dalil di atas dapat difahamkan jika seseorang berhasrat atau terlintas di
hatinya hendak menghasut, prasangka, atau melakukan niat jahat, maka ingatlah
bahawa Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanya
melalui dalil al-Quran yang terdapat dalam surah al Maidah, ayat 7:

‘Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada
hambanya.’

Berdasarkan ayat di atas, Allah memperkuatkan lagi keyakinan hamba-
Nya dengan firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 51:

‘Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu.’


Lantaran itu beberapa kali Allah menyebut dalam al Quran dengan
kalimah "Amat mengetahui segala isi hati hamba-Nya" dengan tujuan supaya
setiap hamba mengetahui segala ilmu Allah dan taat kepadaNya bagi
mengingati dan berhati-hati supaya tidak dilakukan perbuatan yang dilarang
secara sengaja atausebaliknya.

Allah memberikan peringatan itu kerana manusia sering melakukan
perbuatan yang dilarang oleh Allah dengan mengikut hawa nafsu dan kehendak
hati yang amat sukar untuk dihindarkan sedangkan Allah amat mengetahui
zahir dan batin juga segala niat isi hati yang mengatur segala perilaku
hambanya. Berdasarkan demikian Imam Al-Ghazali telah memberi satu pesanan
dengan katanya: "Lihat olehmu akan apa yang kamu mengetahui dari segala
hatimu". Maksudnya renunglah segala apa yang mendatangkan kebaikan dari
segala kerja hati yang terdiri dari keinginan hati, cita cita, hasrat dan tujuan.
Sekiranya baik teruskanlah, andai sebaliknya hentikan dengan segera.

Asas kedua: Sabda Rasulullah s.a.w.

‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.’

Di sini menunjukkan ketetapan hati yang ikhlas merupakan tempat utama
yang difokuskan olch Allah swt untuk diberi ganjaran. Tetapi alangkah pelik
dan hairan sekali manusia melakukan sesuatu sering kali terlupa kepada Allah
tetapi yang diingat ialah untuk mendapat pujian dan sanjungan serta
penghormatan sesama manusia. Inilah yang menjadi ukuran dalarn
pengorbanan seharian tanpa keikhlasan yang sebenar. (Imam Abi Abdul
Rahman Al-Sulma. 330 412H, ms 10)

Asas ketiga: Hati merupakan ketua kepada anggota manakala anggota
anggota lain adalah ikutan kepada hati, jika elok isi hati maka tetaplah
pendiriannya serta eloklah perilaku anggota anggota lain yang sernuanya
mengikut kehendak hati. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis
yang berbunyi:

‘Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik
maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati.’

Berdasarkan ayat ayat di atas dan juga hadis menunjukkan hati
mcrupakan anggota yang. paling berharga, tempat simpanan segala kemuliaan
seorang hamba, asas segala amalan lahir dan batin. Hati adalah ketua segala
anggota yang merupakan panduan kepada rohani dan jiwa setiap insan.
Demikianlah peranan hati sangat besar tanggunjawabnya ke arah
mengendalikan nilaian diri, manakala kejahilan pula mematikan hati dan rohani
sekalipun badannya hidup dan bergerak di muka burni. Jasadnya merupakan
kubur bagi hati yang telah mati. Perkara sedemikian dapat dielakkan sekiranya
kita belajar dan mengetahui akan segala ilmu Allah yang, disyariatkan kepada
kita. Ilmu Allah ini dapat menjadi permangkin keimanan dan penawar. Untuk
menghidupkan hati yang telah mati, kita hendaklah rnelakukan ibadat dan
beralakhlak mulia sesama manusia.



(2)-Di Ambang Pertemuan



Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah apabila bertemu
saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis
muka serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga. Reaksi
seperti ini amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi
syariat Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak. Rasulullah s.a.w.
melarang umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan
orang lain ketika bertemu, dengan sabdanya:

‘Jangan sekali kati kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu
bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis.’
(Riwayat Muslim)

Pengajaran di sebalik hadis di atas ialah Rasulullah s.a.w. menyuruh
umatnya mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan
juga sesarna saudara dalam, Islam kerana dengan senyuman dapat mengeratkan
tali persaudaraan. Mulakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan senyuman, kerana
senyuman menceriakan suasana dan mententeramkan.


-SALAM


Amalan yang merupakan kemuliaan di sisi Allah ialah dengan memberi
salam apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan satu
saranan oleh Allah ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:

‘Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan diperhitungkan.’ (Surah Al-Nism: 86)

Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan
ucapan yang baik ketika bertemu dengan saudara sesame Islam bagi menjaga
kesejahteraan yang dianugerahkan oleh-Nya. Dengan demikian umat Islam
hendaklah memberi salam. Setiap kali bertemu saudaranya iaitu yang terdiri
daripada orang orang Islam sama ada kenal ataupun sebaliknya. (Rujuk Al-Razi:
544, 604H, hlm. 169. juzuk 10)

Dalil yang menegaskan kenyataan di atas melalui hadis yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Urnar:

‘Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu
antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’ (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

-CARA MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM SERTA GANJARANNYA

Cara salam yang disyariatkan pada awal pertemuan diucap dengan
salam:

‘Selamat sejahtera atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatannya.’


Dan dijawab oleh saudaranya dengan berkata:

‘Dan ke atas kamu selamat sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatannya.’
Memadai juga dengan kata bererti
"kesejahteraan ke atas kamu"

dan setiap jawapan ini akan mendapat ganjaran pahala, mengikut kadar ucapannya,
iaitu sepuluh pahala atau kebaikan, jika ditambah "warahmatullah" akan
digandakan lagi sepuluh pahala dan sekiranya ditambah "wabarakatuh" maka
akan diberi tiga puluh pahala atau kebaikan kepadanya. Begitulahjuga
sebaliknya bagi yang menjawab. Ganjaran pahala memberi dan menjawab salam
ini telah dinyatakan dalam. hadis yang diriwayatkan oleh A'mran bin Hussaini.

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata,
‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk.
Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi
salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab
salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus
berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab
salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala.
(Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)

Sekiranya kita renung di sini, didapati amat besar ganjaran pahala yang
diberi oleh Allah kepada pemberi dan penerima salam yang telah diajar melalui
sunnah Rasulullah s.a.w. di samping mengerat siratulrahim sesama Islam.


-SALAM KE ARAH KEUTUHAN UMMAH

Berdasarkan demikian apakah pengertian dan maksud salam?

Salam bermakna memberi keamanan. Sewaktu kalimah salam diucap
terhadap sescorang muslim dengan berkata sesungguhnya kita mengqasat dan
mendoakan dijiwanya mempunyai ketenangan, ketenteraman, gembira dan
bahagia sepanjang masa, begitu juga sebaliknya harapan dari yang menjawab
terhadap pemberi salam. Dengan demikian terlerailah segala perasaan hasad
dengki, dendam kesumat dan sebagainya, sebaliknya tersemai dan terjalinlah
perasaan persaudaraan antara satu sama lain. Kemanisan wajah yang tersenyum
manis dan keramahan yang diadunkan dengan gerak geri beradab, sopan santun
bersama kehalusan budi akan mengeratkan tali persaudaraan dengan adanya
kalimah salam yang diucapkan. Maka di kala itu, bayangan persengketaan jauh
sekali. Itulah amalan muslim ke arah keutuhan umah. (Rujuk Al-Hafiz
Zakiyuddin Abdul 'Azmi bin 'Abdul Qauni Al-Munzari 1987M bersarnaan
1407H. 426-428)


-HUKUM MEMBERI SALAM


Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perlu
diketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukum
memberikan salarn itu adalah "sunat" dan Nabi Muhammad s.a.w. melakukan
demikian serta melazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam.
Manakala hukum menjawab salam pula adalah "wajib" iaitu sekiranya tidak
menjawab hukumnya berdosa. (Rujuk Imam Al-Hafiz Abi Muhd. 'Abdul
Rahman b. 'Abdul Rahim. 1353H. 469)

Maka di sini berdasarkan firman Allah yang tersebut di atas iaitu:

‘Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan di perhitungkan.’ (Surah Al-Nisa': 86)

Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik
dan bermakna seperti salam atau seumpamanya yang menandakan
penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan
sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik
mungkin kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh
hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas
hamba-Nya. Dari ayat di atas Rasulullah s.a.w. menjelaskan melalui sepotong
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berbunyi begini:

‘Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke

atas yang duduk, yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang
kecil ke atas yang besar".
(Riwayat Al Bukhari)

Hadis ini rnemberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu
penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam, itu
tidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan
dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaaan ketika mernandu. Dengan
perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut
keadaan waktu dan tempat. (Rujuk Syamsul Al-Haq Al-Azim. Al-Abadi 1979,
hlm. 100-101)

PERINGATAN


Selain itu sebagai peringatan, apabila seorang lelaki memberi salam
kepada seorang wanita yang mana pemberi salarn itu tidak dikenali, maka
hendaklah dipastikan terlebih dahulu tujuannya. Mungkin mereka hendak
menggoda atau sengaja nakal hendak mengusik dan sebagainya. Maka dalam
keadan begini salam tersebut tidak wajib dijawab pada syarak, kerana ia akan
membuka peluang untuk lelaki tadi mendekati wanita serta menyempurnakan
niat jahat yang boleh mendatangkan padah kepada kaum wanita, berdasarkan
kaedah feqah iaitu menolak keburukan perlu diawasi terlebih dahulu daripada
mencari sebarang kebaikan.


-BERSALAMAN


Bersalaman atau berjabat tangan dalam kehidupan seharian lebih
menjurus kepada adat atau kebiasaan sahaja, namun kita tidak pernah
mendalami hakikat sebenar melalui syariat Islam. Maka di sini saya ingin
menjelaskarmya melalui hadis Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh Rasulullah
dan sahabat sahabatnya serta jaminan ganjaran yang diberi oleh Allah terhadap
dua saudara Islam bila bersalaman antara satu sama lain ketikamana mereka
bersua dan di mana sahaja mereka berjumpa.


-PERANAN BERSALAMAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Peranan bersalaman boleh dikatakan sebagai satu penghormatan atau
tanda kemesraan antara individu dengan yang lain ketika mereka bertemu.
Maka eloklah kedua duanya bersalaman atau berjabat tangan kerana perbuatan
itu akan membuahkan kemesraan dan kasih sayang, perkenalan dan
persahabatan serta mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah ke atas
hamba-Nya. Berdasarkan dalil yang telah ditegaskan olch Rasulullah dengan
sabdanya:

‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman
oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun
dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya
diampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.’
(Riwayat Thibrani)

Begitu juga apabila tiba masanya sescorang sahabat dari perantauan
disambut olch keluarga dan saudara mara, sahabat handai, maka tidak mengapa
sambutan itu dilakukan dengan saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda
kegembiraan sepertimana hadis Rasulullah s.a.w.:

Keadaan sahabat Rasulullah apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan
berjabat tangan, dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh mereka
berpelukan.’
(Riwayat Abu Daud)

Oleh yang demikian syariat tetap mengakui bahawa bersalaman atau
berjabat tangan memainkan peranan penting ke arah pengukuhan ummah
dengan jalinan silaturahim antara satu sama lain, sepertimana yang diterangkan
dalam hadis yang lain.

‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan
memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah
mengampunkan dosa kedua duanya.’
(Riwayat Abu Daud)

Hadis ini memberi fahaman kepada kita bahawa persaudaraan Islam
memainkan peranan yang amat besar dalam mengukuhkan sesuatu masyarakat
dan bangsa itu sendiri ke arah menjalinkan perpaduan kaum secara sihat dan
harmoni serta dalam keredhaan Allah selalu. Hal ini sepertimana dijelaskan
melalui hadis di atas. Namun demikian perlu diingatkan bahawa bejabat tangan
itu hanya dibolehkan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan
sabaja.

Di samping itu Islam membolehkan bersalaman antara lelaki Islam
dengan lelaki bukan Islam. Begitujuga perempuan Islam dibolehkan bersalaman
dengan perempuan bukan Islam, dengan maksud supaya tidak rasa kecil hati
atau tersisih serta bertujuan bagi mewujudkan perpaduan ke arah keamanan
hidup semata-mata.


-HUKUM BERSALAMAN LELAKI PEREMPUAN


Syariat Islam melarang sama sekali untuk bersalaman antara lelaki dan
perempuan yang tidak ada pertalian persaudaraan. Ringkasnya yang batal air
sembahyang dan dibolehkan berkahmin, melainkan dengan berlapik. Apa yang
dinyatakan di atas berdasarkan mazhab Syafie dan juga telah dinyatakan oleh
Sheikh 'Athiah Saqar dari Majlis Fatwa Al Azhar dengan katanya berdasarkan
kaedah mazhab Syafie:

‘Tidak halal bersalarnan antara lelaki dan perempuan melainkan dengan

berlapik.’

Ini berdasarkan ayat al Quran yang berbunyi:

‘Ataupun kamu sentuh wanita maka tiada kernudahan air untuk kamu berwuduk
maka hendaklah karnu tayammum dengan tanah yang suci.’
(Surah Al-Nisa': 43)

Berdasarkan ayat ini mengilcut mazhab Imam Syafie adalah batal wuduk
sekiranya bersentuh lelaki dengan perempuan, maka dengan demikian adalah
haram bersentuhan dengan sengaja sama ada secara bersalaman atau lainnya.
Sama ada dengan rasa keinginan atau tidak, bersalaman tidak boleh kecuali
dengan berlapik atau beralas.

Manakala jumhur, iaitu (Hanafi, Maliki dan Hambali) berpendapat tidak
mengapa sekadar bersalarnan antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada
keinginan nafsu antara mereka.

Walau bagaimanapun menurut fatwa Sheikh Mohd Mutwalli al-Sha'rawi
menyatakan bahawa tidak digalakkan bersalaman antara lelaki dengan
perempuan sekalipun disertakan dengan niat sekadar bersalaman sahaja. Kerana
ini adalah peraturan dari hukum syarak ditakuti akan wujud bibit-bibit
keinginan nafsu syahwat melalui antara dua tangan yang bersalaman tadi.
(Rujuk Muhd. Mutwali Al-Sya'rawi. T.T. 157).

Menurut mazhab Syafie seandainya bersalaman tanpa lapik adalah
berdosa kerana sentuhan di antara dua tangan yang bukan mahramnya (bukan
ibu bapa atau saudaranya) wajiblah beristighfar dan bertaubat memohon
keampunan dari Allah. (Rujuk Al-Imam Abi Zakaria Yahya bin Syarafi Al-
Nawawi Al-Demsyacli. 1992. hlm. 185-186).

Masalah ini jika hendak diperkatakan dianggap sesuatu yang ringan dan
remeh di kalangan orang Islam. Sebenamya ia adalah besar dan berat di sisi
Allah dan di sudut akhlak orang Islam, lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak
muda dan remaja kerana ini membawa saharn kepada gejala gejala yang lebih
besar. Sebab itulah dari menularnya permasalahan yang lebih besar maka jalanjalan
yang mendorong ke arahnya mesti dihalang terlebih dahulu. Soal ini
ditegaskan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma'qal
bin Yasar telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan
katanya:

‘Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lehih
haik baginya dari menyentub kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.’
(Riwayat Baihaki)

Hadis ini menunjukkan bahawa syariat Islam menegah sama sekali
menyentuh jasad wanita yang sihat dan sempurna serta normal, kecuali apabila
wanita itu didapati sakit atau memberi pertolongan cemas ataupun dengan
maksud mengubat, maka ini dibolehkan di sisi syariat sekadar yang sepatutnya
dengan ertikata memberi pertolongan serta disaksi olch orang lain iaitu bukan
herdua duaan dan tidak sekali kali melampaui batasan. (Rujuk Muhd. 'Abdul
Raof Al-Manawi. 1972. hlrn. 258)


-CARA MEMBERI SALAM ANTARA LELAKI DAN WANITA


Suka dinyatakan di sim bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa memberi salam
kepada kaum wanita dengan ucapan ‘Assalamualikum’ serta memberi isyarat
sebagai penghormatan dengan mengangkat tangan sahaja dan tidak bersalaman
dengan berjabat tangan. Soal ini telah diceritakan oleh Asma' binti Yazid melalui
sepotong hadis:

‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melambai di perkarangan masjid pada
suatu hari didapati sekumpulan kaum wanita sedang duduk di sisi masjid. Maka
Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya sebagai tanda penghornnatan dengan
mengucapkan kalimah salam.’
(Riwayat Tarmizi)

Demikianlah perbezaan amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan
namun ganjarannya adalah sama di sisi Allah dengan mendoakan semoga
selamat sejahtera, asalkan salam yang diberi itu betul dan ikhlas, Allah sahaja
yang membalas.



(3)-Minta Izin


Salah satu yang menjadi kelaziman ke atas orang Islam apabila terjalin
pergaulan sesama mereka ialah hendaklah meminta izin antara satu sama lain
ketika berada di ambang pintu untuk memasuki ke ruang rumah yang
dilawatinya. Ini adalah satu kewajipan yang merupakan ciri akhlak yang telah
ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran sepertimana firmanNya:

‘Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesehuah

rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi
salam ke atas ahli keluarga rurnah tersebut yang demikian itu adalah febih baik
semoga kamu dapat mengambil peringatan.’
(Surah Al-Nur: 27)


-CARA MEMINTA IZIN


Cara meminta izin yang telah ditetapkan dalam al-Quran ialah dengan
memberi salam sebanyak tiga kali kepada ahli keluarga yang menjadi penghuni
sesebuah rumah yang hendak diziarahi. Sekiranya diberi keizinan hendaklah
masuk dengan baik, seandainya tidak diberi keizinan hendaklah pulang dengan
cara yang baik tanpa ada sebarang keraguan atau rasa sedih. Ahli keluarga atau
tuan rumah itu mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan
dia menolak kedatangan anda pada waktu itu.

Mengambil langkah untuk pulang ini memang disuruh oleh Allah kepada
hamba Nya melalui firman Allah:

‘Dan iika dikata kepada kamu pulang, olehmu, maka hendaklah kamu pulang
kerana ini adalah sebijak bijak tindakan bagimu, dan Allah amat mengetahui
dengan apa yang kamu lakukan.’
(Surah Al-Nur: 28)



-ADAB MENUNGGU KEIZINAN



Ketika menunggu oleh seseorang yang meminta izin hendaklah
menunggu dengan sabar sementara tuan rumah memberi keizinan dan
menjemput sebagai tetamunya, janganlah anda berdiri di hadapan pintu yang
terbuka luas dengan keadaan mata liar memandang mandang atau menjelingjeling
ke dalam rumah melalui pintu yang sedang terbuka, atau menilik-nilik di
celah-celah lubang pintu yang tertutup, kerana ini melambangkan keperibadian
yang tidak elok dari segi akhlak dan juga anda dianggap kurang sopan.

Cara yang lebih baik telah ditentukan oleh sunnah iaitu berdiri dengan
adab sopan serta tunggu dengan penuh kesabaran di hadapan pintu yang
terbuka atau tertutup dengan memberi salam sebanyak tiga kali serta perhatikan
apa yang ada di sekitar anda sahaja. jangan sekali kali cuba melakukan apa-apa
tindakan melainkan tunggu dan lihat sahaja perkembangan dan tindakannya.
Adab ini telah dinyatakan di dalam hadis melalui satu peristiwa yang dilalui
sendiri oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sahli bin Saad Al-Sa'iedi:

‘Bahawa seorang lelaki telah mengintai Rasulullah s.a.w. melalui satu lubang ke
dalam sebuah bilik yang mana Rasulullah sedang melilit serban di kepalanya.
Setelah ia perasan ada yang mengintai latu Rasulullah berkata, "Kalaulah aku
tahu bahawa kamu sedang mengintai nescaya aku cucuk mata kamu melalui
lubang itu sesungguhnya di syariatkan keizinan itu disebabkan pandangan
mata".
(Riwayat Bukhara Muslim, Tarmizi Dan Nasaie)

Hadis ini boleh dijadikan sebagai dalil bahawa penantian juga amat perlu
kepada adab sopan yang melambangkan kesabaran dan keikhlasan diri dalam
menghadapi sesuatu penantian. Tema dalam hadis di atas menunjukkan bahawa
sikapnya yang tidak sabar membawa kepada keinginannya hendak tahu, dan ia
melambangkan tidak ada amanah dalam jiwanya serta tiada bersopan dalam
penantian dan bersikap mata keranjang membuatkan orang lain tidak senang
dengan anda.



-PERATURAN MINTA IZIN



Apabila anda mengunjungi ke rumah sahabat lalu memberi salam sebagai
tanda atau isyarat meminta keizinan lantas tuan rumah bertanya, "Siapa?", maka
jangan menjawab, "Saya, saya, saya", bahkan hendaklah menjelaskan, "Saya
bernama pulan bin pulan". Bererti sebutkan nama secara jelas dan terang

ataupun sebutan panggilan-panggilan yang biasa dipanggil terhadap diri anda
yang boleh membantu tuan rumah yang anda ziarahi itu mengenali anda secara
jelas, seperti mana dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh jabir,
katanya:

‘Aku (Jabir) datang ke rumah Rasulullah maka aku ketuk pintu rumah Rasulullah
s.a.w. Maka kata Rasulullah, “Ini siapa?" Aku (Jabir) menjawab, “Saya". Maka
kata Rasulullah, "Saya, Saya, Saya”, seolah-olahnya Rasulullah tidak suka
dengan jawapan begitu.’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sesungguhnya pengajaran dalam hadis di atas ialah dalam melaksana
kehidupan ini tidak boleh lari dari keizinan, sama ada dengan kaum keluarga
atau orang lain, kerana Islam menyuruh umatnya meminta izin sekalipun orang
itu paling hampir dengannya dan tinggal bersama. Dengan keizinan akan
terhapus segala kesangsian atau keraguan orang lain terhadapnya, sama ada ibu
bapanya atau adik beradiknya lebih lebih lagi sahabat handai, kecuali keadaan
memaksa atau kecemasan seperti pertolongan kebakaran dan waktu kesakitan
dan sebagainya.

Dalam hal akhlak, Islam amat mementingkan saat keizinan ini dengan
tujuan bagi menjaga tatasusila hidup yang penuh keharmonian iman dan jiwa
yang taqwa lagi sihat, supaya tidak tersentuh dengan situasi yang tidak
menyihatkan serta boleh mengeruhkan keadaan. (Rujuk Imarn Abi Muhd. Abdul
Rahman Al-Mubarakfuri. 1353H. hlrn. 464).Oleh itu, jelaslah seandainya anda
masuk ke mana-mana tempat yang sewajarnya perlu meminta keizinan terlebih
dahulu, tetapi jika dilakukan sebaliknya, maka perbuatan itu adalah suatu
perbuatan yang amat jahil dan dikesali lebih-lebih lagi jika ia berlaku di
kalangan umat Islam, kerana ini bukan akhlak Islam yang diajar oleh nabi kita
Muhammad s.a.w. Jangan sekali-kali anda memasuki ke rumah orang lain tanpa
izin terlebih dahulu, patuhilah dengan penuh rasa keimanan, taqwa dan
bertanggungjawab sebagai seorang muslim.



(4)-Kasih Mengasihi



Suatu yang sangat dituntut terhadap seseorang muslim ialah pergaulan
sesama saudaranya wajib dilakukan dengan baik serta menggembirakan
saudaranya. Dengan kata lain tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu
yang boleh melukakan hati atau menyusahkannya, serta rasa terganggu dan
serba salah yang membawa ke arah mendukacitakan. Tanggungjawab ini amat
dituntut di dalam Islam sepertimana diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.:

‘Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya
sepertimana dia kasih terhadap dirinya sendiri’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak dibenarkan sama sekali
untuk menyakiti hati saudaranya, ataupun kawannya menyebabkan saudaranya
kecewa menderita putus asa kerananya lebih-lebih lagi menyakiti tubuh badan
seperti memukul, mencedera dan sebagainya, ataupun sesuatu yang
menyebabkan dia teraniaya, seperti penipuan yang membawa ke arah kegagalan
dalam kehidupan serta kesusahan sepanjang hayat. Semua ini ternyata dalam al-
Quran dan al-Surmah dengan larangan yang amat keras dan tidak dibenar
walau apa cara sekalipun.


-KEWAJIPAN MENCERIAKAN PERGAULAN


Berdasarkan hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:

‘Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat

fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’
(Riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seseorang hamba
bagi menceriakan jiwa saudaranya. Lebih lebih lagi soal menghasilkan sesuatu
keperluan atau mencapai kepentingan sesama muslim dalam masa seseorang itu
mengejar sesuatu kerjaya dalam hidupnya. Adalah tidak wajar orang lain

menghalangnya bahkan dianjur supaya memberi bantuan ke arah usaha tersebut
agar segera diperolehinya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan
umatnya ke arah memberi pertolongan terhadap saudaranya untuk mencapai
sesuatu hajat sepertimana dinyatakan di dalam hadisnya yang berbunyi:

‘Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, yang mana tidak boleh
menzalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan
kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa
menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala
atau sebarang kesusahan, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari
qiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup
keaibannya pada hari kiamat.’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim, Abu Daud)

Melalui suruhan Rasulullah terhadap umatnya sepertimana yang
difahamkan dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa menjadi suatu
kewajipan ke atas orang muslim untuk berusaha bagi mengelokkan pergaulan
sesama manusia dengan memberi pertolongan, bantu-membantu antara satu
sama lain. Apabila terdapat sesuatu permusuhan atau pertengkaran bersegeralah
untuk mendamaikan mereka, seperti firman Allah:

‘Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru
ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan di
antara manusia yang bergaduh dan sesiapa yang melaksanakan demikian adalah
untuk menuntut keredhaan Allah, semoga Allah berikannya pahala yang berlipat
ganda’
(Surah An-Nisa’: 114)

Ayat ini bermaksud melarang kejayaan satu golongan yang seringkali
merahsiakan dari golongan yang lain, sedangkan golongan yang menjadi
mangsa itu juga berhak menerima kejayaan yang sama, maka cara ini seolaholah
menunjukkan sifat tamak dan belot yang seringkali terjadi di kalangan
umat manusia, lebih-lebih lagi zaman sekarang. Keadaan begini walaupun
berjaya tetapi di sisi Allah adalah gagal disebabkan tamak dan belot tadi, bahkan
menimbulkan perpecahan yang merugikan perpaduan ummah itu sendiri.
(Rujuk Imam Fakhruddin Al-Razi, 1990. hlm. 33-34, juzuk 11)


-MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT


Kejayaan yang sebenar adalah sama sama bermuafakat ke arah kebaikan.
Ini merupakan satu sedekah yang membawa perdamaian di kalangan manusia
serta menghapuskan rasa irihati, prasangka, keraguan, dendam dan sebagainya.
Penjelasan ini dihuraikan melalui hadis Rasulullah s.a.w.:.

‘Setiap ucapan salam dari seseorang ke atasnya adalah sedekah, setiap hari setelah
naik matahari kamu bertugas mengadili di antara dua hamba Allah yang
bertelagah adalah sedekah, memberi pertolongan untuk mengangkat barang
keperluan ke atas kenderaan adalah sedekah dan bercakap dengan cakapan
cakapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkahmu untuk ke tempat
sembahyang adalah sedekah, begitu juga kamu membuang duri atau apa-apa yang
boleh menyakitkan orang di jalanan adalah sedekah.’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan peranan tanggungjawab dan rasa kasihan belas
serta timbang rasa terhadap orang lain itulah yang membawa kepada sikap
keimanan itu sendiri dan ia perlu ditanam di dalam jiwa setiap muslim. Inilah
yang dituntut di dalam pergaulan hidup bagi setiap lapisan masyarakat yang
mengakui dirinya sebagai seorang muslim sepertimana sabda Rasulullahh s.a.w.:

‘Tidak beriman seorang kamu sehinggalah kamu kasib terhadap saudara kamu
sepertimana kamu kasih kepada dirimu sendiri.’
(Riwayat Bukhari Muslim)


-BERSAMA MENUJU KEREDHAAN ALLAH

Ternyata dalam kehidupan ini boleh dikatakan setiap masa dipenuhi
dengan amalan kebajikan yang baik dan diberi ganjaran pahala oleh Allah
kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan. Ganjaran ini amat mudah dan
senang didapati asalkan apa yang dilaksanakan itu ikhlas kerana Allah s.w.t.
Malangnya kebanyakan individu tidak nampak ganjaran dan wawasan terhadap
kebaikan, sebaliknya merasakan dirinya hina atau diperbodohkan andai
melakukan demikian. Keadaan ini adalah suatu kesilapan besar dalam
perhitungan hidup yang sesingkat ini. Dalam menuju keredhaan Allah s.w.t. apa
yang lebih malang lagi ialah manusia amat mudah terjerumus ke arah
keburukan yang membawa dirinya menjadi keji, yang mana dia sendiri
mengusahakan ke arah itu, seperti sifat sombong tidak mahu dikalahkan dan
sentiasa menjadi pemenang dalam semua urusan serta menakutkan-nakutkan
orang lain. Seringkali si lemah dan si miskin menjadi mangsa. Islam menetapkan
kedudukan orang orang yang suka membuat ugutan dengan menakut-nakutkan
saudaranya dan membuatkan saudaranya merasa sedih, takut, kecewa dukacita
dalam hatinya sebagai zalim. Hukuman ini telah ditegaskan oleh Rasulullah
dalarn hadis yang berbunyi:

‘Sesungguhnya seorang lelaki telah mengambil kasut lelaki lain lalu
disembunyikannya dengan tujuan hendak bergurau, maka diberi tahu kepada
Rasulullah s.a.w., maka jawab Rasulullah jangan kamu menakut-nakutkan
saudara kamu sesama Islam, maka sesunggunya menakut-nakutkan saudara
kamu itu merupakan kezaliman yang amat besar dosanya.’
(Riwayat Thibrani)

Jelas sekali hadis ini menyatakan kedudukan dan hukuman bagi orang
yang suka menakut nakutkan orang lain dengan perbuatan ataupun perkataan
yang merupakan ugutan itu suatu kezaliman. Di dalam hadis yang lain pula
Rasulullah menegaskan perilaku orang yang suka memandang orang lain
dengan wajah yang menggerunkan, melalui sabda Nabi s.a.w.:

‘Barangsiapa yang melihat kepada mana-mana orang Islam dengan satu

pandangan yang menakut nakutkannya melalui kegeraman walahnya tanpa ada
sebarang sebab untuk melakukan demikian maka Allah akan menakutkannya di
hari kiamat (seperti apa yang dilakukan terhadap saudaranya di dunia)’.
(Riwayat Thibrani)

Berdasarkan hadis di atas sekiranya ada sebab sebab tertentu dan berhak
dilakukan demikian seperti ibu bapa mengajar anak, guru mengajar murid
dengan memberi arahan arahan tertentu secara tegas maka ini dibolehkan
dengan maksud rnendidik. Namun demikian Rasulullah melarang keras bagi
orang yang mengacu-acukan senjata tajam kepada orang lain sama ada secara
melawak ataupun bertujuan menakut-nakutkan. Andai kata melakukan
dernikian malaikat akan melaknatnya hingga ke akhir usianya di dunia ini,
sepertimana dalil yang dijelas oleh Rasullah s.a.w.:

‘Sesiapa yang mengisyaratkan atau mengacukan-acukan sebarang senjata tajam
yang diperbuat daripada besi, maka sesungguhnya malaikat akan melaknatnya
hingga ke akhir hayat sekalipun dia mengisyaratkan kepada saudara seibu atau
saudara sebapanya sendiri’
(Riwayat Muslim)

Hal ini dipandang berat oleh syariat kerana senjata itu dijadikan sebagai
alat untuk mencari rezeki, bukan untuk menakut-nakutkan orang lain ataupun
mengancam sesama sendiri yang mungkin mencetuskan suasana tidak aman,
darurat yang mungkin membawa ke arah hidup yang tidak ada kesejahteraan
dalam masyarakat. (Rujuk Zainul 'Abidin Ibnu Rajah Al-Hamnbali Al-Baghdudi.
T.Tarikh. hlrn. 145)

Dengan demikian dalam merealisasi hidup ini Allah s.w.t. telah
menentukan cara hidup kepada hambanya dengari baik seperti bersaudara
sesama Islam, bukan secara sebaliknya, dengan harapan setiap muslim itu akan
kembali kepada Allah dengan penuh keredhaan-Nya sebagai ganjaran ketaatan
hamba terhadap segala suruhan Allah sebagai khalifah di muka bumi yang
mana semua amalan akan dihitung semula.



(5)-Menepati Janji



Perkara yang sangat dituntut terhadap orang Islam ialah menunaikan
janji setelah berjanji sama ada sesama muslim ataupun sebaliknya. Menunai
setiap apa yang dijanjikan sangat dituntut dalam Islam sama ada perkara yang
dijanjikan itu kecil ataupun besar selagi perkara itu tidak membawa kepada
maksiat atau pergaduhan.

Firman Allah dalam al Quran:

‘Dan tunai olehmu akan janji sesungguhnya janji itu sesuatu tanggungjawab’
(Surah Al-Esw: 34)

Dalam ayat di atas Allah s.w.t. menyuruh semua hamba-Nya supaya
menepati janji apabila dia berjanji dan hendaklah berpegang dengan janji apabila
seseorang itu telah berjanji pada waktu dan tarikh yang dijanjikan. Maka
hendaklah dia tunaikan pada waktu dan tarikh yang telah dipersetujui itu,
walau apapun halangan mestilah menepatinya. Peningkatan prestasi serta
lambang keperibadian muslim yang baik dan disenangi adalah terletak pada
ketegasan dalam menepati janji. Andainya terdapat sesuatu yang tidak boleh
dielakkan, hendaklah dibatalkan ataupun diubah tarikh dan waktunya secara
terbaik seperti isytihar kalau bedanji dengan pihak umum atau secara telefon
sekiranya dengan individu, supaya pihak lain tidak ternanti nanti.


-KEDUDUKAN JANJI


Menunaikan janji adalah diwajibkan ke atas setiap muslim yang membuat
janji tidak terkecuali melainkan apabila terdapat keuzuran, maka ia boleh
ditangguhkan ataupun sebagainya sepertimana telah dijelas di atas tadi.
Persoalan menepati janji amat dituntut dalam Islam kerna menepati janji ini
merupakan penyempurnaan keperibadian seorang muslim dalam agama Islam,
sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:

‘Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong,
apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila dia diamanahkan dia
mengkhianati’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam berjanji amat penting untuk mengingati dan ditunaikan kerana
nilai diri seseorang muslim sebahagian daripadanya terletak pada kedudukan
dan tanggungjawab menepati janji. Seandainya berjanji dan seringkali tidak
ditepati maka kepercayaan orang lain terhadap seseorang itu semakin menurun
dan berkurangan. Sebab itulah jangan mudah menerima janji serta berhati-hati
terlebih dahulu, sekiranya diterima adakah boleh ditepati atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. amat berpegang dengan janji. Setiap janji Rasulullah tidak
pernah mencuaikannya bahkan dia tunggu sehingga pihak yang dijanjikan itu
datang menemuinya. Kisah ini sepertimana didwayatkan dalam satu hadis
daripada Abdullah bin Abi alHamsa' ra. berkata:

‘Aku telah membuat satu perjanjian dengan Rasulullah sebelum dia dibangkitkan
menjadi Rasul, dengan menjual suatu barang, setelah terdapat baki yang tidak
dapat diselesaikan ketika itu dan aku berjanji untuk datang menyelesaikannya di
suatu tempat, maka aku terlupa perjanjian yang dibuat bersamanya. Kemudian
aku teringat selepas tiga hari maka aku datang. Tiba-tiba aku dapati Rasulullah
berada di tempat itu, lalu beliau berkata, "Wahai pemuda! Sesungguhnya kamu
telah menyusahkan ke atas aku, aku berada di sini semenjak tiga hari menunggu
kamu".
(Riwayat Abu Daud)

Dari hadis di atas timbul persoalan mengapa Rasulullah amat berpegang
pada janji sehinggakan beliau sanggup tunggu sampai tiga hari berturut-turut?
Untuk menjawabnya perlu dijelaskan kedudukan janji pada syariat. Ia
merupakan suatu tanggungjawab sebagai satu amanah yang mesti ditunaikan
antara dua orang yang berjanji, setelah dipersetujui antara dua belah pihak,
maka apabila mengingkari perjanjian yang telah dipersetujui bererti
mengabaikan amanah. Oleh itu kedudukan orang yang demikian adalah
munafik sepertimana dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis tersebut di atas
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Sebab itulah umat Islam disuruh menunaikan janji apabila mereka
berjanji. Sekiranya diragui tidak dapat menunainya jangan sekali-kali membuat
janji, kerana ia adalah berat dan membawa kepada salah satu tanda daripada
tanda-tanda munafik. (RujukIbnu Haiar Al-Asqalani. 1978. hlm. 218, juzuk 22)
Seorang penyair telah mengambarkan sikap mungkir janji dengan tujuan untuk
menghindarkan daripada sikap tidak menepati janji bila seseorang itu berjanji
dengan katanya:

‘Jangan kamu merungut apabila suatu masalah tidak dapat diatasi.
Sesungguhnya penyempurnaan terhadap satu janji dalam suatu perkara dengan
perkataan "Ya".
Sebaik baik perkataan “Ya” selepas "Tidak", dan seburuk buruk perkataan
"Tidak" selepas pengakuan "Ya". Sesungphnya "tidak” selepas "ya”, suatu yang
tidak diingini. maka dengan perkataan "tidak", mulalah meringan meringankan
tanggungjawab, dan mulalah hidupmu dipandang ringan yang membawa
penyesalan selama lamanya.
Dan apabila kamu berkata "Ya", maka sabarlah terhadap kesanggupan itu,
dengan tujuan menjayakan perjanjian bagi mengelak bersalahan janji untuk
menjauhi dari kamu dikeji.



(6)-Tolong-Menolong



Kehidupan manusia di seluruh pelosok alam ini tidak dapat lari dari
suasana dan keadaan yang berbeza-beza, iaitu ada yang kaya, miskin, kuat dan
lemah tubuh badan, ada yang sihat dan ada yang sakit, ada pula yang tua dan
ada pula yang masih muda, ada yang alim dan ada yang jahil. Golongangolongan
ini sentiasa berhajat dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Sebab itulah agama Islam amat menggalakkan setiap orang Islam sama
ada lelaki ataupun perempuan supaya memberi pertolongan kerana perbuatan
itu merupakan suatu kemuliaan yang amat penting dalam kehidupan harian,
dan juga setiap pekedaan. jadikanlah pertolongan itu sebagai satu sifat kebiasaan
dalam pergaulan. Oleh itu berilah pertolongan-pertolongan yang diharuskan
pada syarak. Sesungguhnya Islam amat menggalakkan umatnya supaya
memperbanyakkan pertolongan terhadap amalan-amalan kebaikan yang
memberi manfaat kedua-dua belah pihak semasa hidup di dunia dan juga di
akhirat nanti, seperti firman Allah s.w.t.:

‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan
sekali kaii kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang
membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya
Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat.’
(Surah Al-Maidah: 2)

Apa yang menggembirakan kita hari ini ialah kebanyakan orang suka
bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh kebanyakan kita yang
mempunyai kenderaan pacuan empat roda sering memberi pertolongan kepada
mereka yang berjalan kaki membawa bersama barang-barang keperluan yang
berat dijinjing saban hari. Bantuan yang dihulurkan ini dapat meringan dan
menjaga kesihatan si miskin untuk menyambung kehidupan di hari muka dan
menjamin tanggungiawabnya terhadap anak anak yang masih kecil. Gambaran
ini alangkah bahagia andainya keseluruhan tanggungjawab sebagai amanah
menjadi kenyataan tanpa kekeliruan dalam masyarakat.

Hal ini amat perlu diambil perhatian bagi menjaga kepentingan asas, iaitu
keringanan yang membawa kepada kesihatan dalam pergaulan. Begitu juga ahliahli
ilmuan yang sentiasa memberi ilmu pengetahuan di masjid ataupun melalui
ceramah dan seminar, agar menjadi panduan dalam kehidupan yang lebih
bermakna dan bernilai serta diredhai Allah. Manakala orang yang mempunyai
kelebihan rezeki akan memberi pertolongan kepada anak-anak yatim dan orang
miskin dengan memberi sedekah. derma, hadiah seperti wang ringgit ataupun
makanan dan pakaian yang disumbangkan dari penghasilan harta mereka yang
melimpah ruah setiap masa. (Rujuk Al-Qurthubi, T.Tarikh. hlm. 2034-2035)

Begitulah hendaknya dalam kerukunan hidup di dunia, sentiasa memberi
pertolongan kepada yang memerlukan semoga Allah memberi pertolongan
kepada orang yang bersifat pemurah agar dia mendapat kelapangan di dunia
dan akhirat. Pertolongan beginilah yang dituntut oleh syariat Islam supaya
hidup ummah sentiasa terjamin dan kukuh melalui tolong-menolong serta
mengeratkan persaudaraan dan merapatkan silatulrahim yang disertai ganjaran
pahala dari Allah yang tidak terhingga.

Keadaan tolong menolong dan kerjasama begini sentiasa dituntut supaya
kebaikan itu sedia terpancar dari keperibadian seorang muslim berdasarkan kata
kata imam Malik:

‘Apabila seseorang insan itu tidak memperlibatkan kebaikan pada dirinya maka
orang ramai tidak mengakui kebaikan padanya.’


-HIKMAH TOLONG MENOLONG


Tolong-menolong dapat memberi keringanan antara satu sama lain. Di
samping itu tolong menolong juga dapat mengeratkan kasih sayang yang
dipupuk di sebalik pekerjaan yang sama sama dilakukan, serta mewujudkan
sikap saling hormat menghormati di antara individu dalam masyarakat. Maka
dengan demikian suatu ummah itu dengan sendirinya akan kukuh dan
dipandang mulia oleh bangsa lain. Berdasarkan apa yang dimaksudkan oleh
Imam Malik tadi, seseorang itu tidak boleh mengabaikan pertolongan terhadap
orang lain melainkan dia hendaklah memulakan terlebih dahulu akan segala
kebaikan sebelum orang lain melakukan kebaikan kepadanya. Rasulullah s.a.w.
amat gembira sekiranya umat Islam dapat memberi pertolongan dan menjamin
kesempitan ekonomi orang lain dalam mengharungi kehidupan yang serba
gawat, sepertimana satu kisah yang terjadi pada Rasulullah sendiri yang
menceritakan keadaan kegawatan terhadap satu kaum.

Suatu kisah yang diriwayatkan oleh 'Umar bin Jabir, pada suatu hari, di
waktu tengah hari beliau ('Umar bin Jabir) sedang berehat-rehat bersama-sama
Rasulullah, tiba-tiba datang satu kaum yang sangat miskin dalam kehidupan
seharian pekerjaan mereka sebagai pemburu, keadaan ekonomi sangat lemah.
Rasulullah amat simpati dan berubah wajah menampakkan kesedihan. Oleh
kerana kaum ini sangat mundur dan berhajat kepada pertolongan pada waktu
itu, maka Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah kediamannya, kemudian
beliau keluar dan menyuruh Bilal melaungkan azan dengan tujuan memanggil
orang ramai supaya berhimpun. Kemudian Rasulullah sembahyang sunat dua
rakaat dan baginda terus berpidato dengan tujuan meminta orang ramai agar
memberi pertolongan dan bantuan kepada kaum yang datang supaya dapat
melapangkan keadaan ekonomi kaum tersebut. Tidak lama kemudian datanglah
seorang lelaki bersedekah dengan memberi wang ringgit, pakaian danjuga
bahan-bahan makanan, selepas itu diikuti beberapa orang lelaki yang terdiri dari
pada golongan Ansar dengan memberi bantuan seperti makanan, pakaian yang
secukupnya kepada kabilah tersebut, sehinggalah Rasulullah s.a.w. berkata,
"Bersedekahlah kamu walaupun sebiji buah tamar", kata kata Rasulullah itu
memperlihatkan wajahnya kembali bersinar putih bersih tanda kegembiraan di
atas sambutan oleh orang ramai itu, kemudian Rasulullah bersabda:

‘Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan
yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala
sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang
sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah
keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas
dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada.’
(Riwayat Muslim)

Pengajaran daripada hadis di atas dapat difahami bagaimana Rasulullah
membuka jalan sebagai laluan kepada orang Islam untuk menolong saudaranya
yang kesusahan dalam, kegawatan ekonomi, menghadapi situasi mengharungi
arus kehidupan, serta membasmi kerniskinan dan kefakiran dengan apa sahaja
yang mampu diberi sebagai tanda simpati serta menghulur bantuan sama ada
makanan, pakaian ataupun wang ringgit.


-BALASAN TOLONG MENOLONG


Tolong-menolong merupakan satu ibadat dalam kehidupan muslim yang
sangat digalakkan oleh syariat Islam ke arah memberi pertolongan secara ikhlas
dan Allah memberi ganjaran yang sama di akhirat seperti mana tersebut dalarn
hadis Rasulullah s.a.w.:

‘Orang Islam adalah bersaudara sesama Islam tidak boleh menzaliminya dan
membeban sesuatu yang memberatinya dan siapa yang menunai sesuatu hajat
saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang
melepaskan sesuatu bala orang Islam, Allah akan melepaskan segala bala
kesusahannya di akhirat, dan sesiapa yang menutup keaiban mana-mana orang
Islam Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat.’
(Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas difahamkan betapa besar ganjaran orang-orang
yang suka memberi pertolongan kepada orang lain, sekiranya pertolongan itu
adalah ikhlas kerana Allah. Di samping itu juga sedap pertolongan yang diberi
perlu ada sifat ihsan, baik hati dan lemah lembut berserta dengan perasaan
kasihan belas, kerana ini akan membawa kepada sikap bertanggung jawab, tidak
angkuh dan ini merupakan kriteria orang orang yang berakhlak mulia,
sepertimana yang digambarkan melalui sifat dan akhlak Rasulullah s.a.w.

‘Sesungguhnya akhlak Rasulullah itu ialah sepertimana yang terdapat dalam al-

Quran.’
(Riwayat Bukhari Muslim)

Dan seperti mana akhlak yang tersebut dalam hadis im merupakan satu
akhlak yang tinggi di sisi Allah dan dijanji ganjarannya di hari kiamat serta lepas
segala balajuga apa-apa rintangan di hari pembalasan. Untuk mendapat semua
yang tersebut tadi kita mesti melaksanakannya dengan penuh kesabaran,
andainya ada tersilap atau tersalah dari segi cakap atau tutur kata yang tidak
sengaja mestilah dimaafkan kerana sifat kemaafan ini semulia mulia sifat dalam
Islam, orang yang bersifat pernaaf juga amat mudah dimustajabkan segala
doanya oleh Allah, kerana dengan sifat pemaaf ini ia tidak pernah menzalimi
atau menginaya orang lain.



(7)-Menahan Marah



Dalam pergaulan seharian, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari
dari keterlanjuran dalam percakapan, perbuatan atau tingkah laku yang boleh
membangkitkan perasaan marah terhadap orang lain. Oleh yang demikian
sebagai Muslim asas pergaulan mesti wujud dengan berlandaskan kesabaran.
Ketika ini menahan diri dari marah dan memberi kemaafan pada orang mesti
diamalkan sepertimana firman Allah:

‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi

kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
suka membuat kebaikan.’
(Surah Ali Imran: 134)

Menahan kemarahan atau sabar adalah sesuatu yang penting dalam
hidup, kerana marah sangat bahaya dalam kehidupan seseorang. Sebab itulah
Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat
menahan dari kemarahan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya,

di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk
dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu.’
(Riwayat At-Tarmizi)

Jelas dari hadis di atas bahawa orang yang dapat menahan dirinya dari
mengikut nafsu marah dengan melenyapkan segala rasa dendam dari setiap
peristiwa yang berlaku akan mendapat balasan di akhirat kelak, iaitu Allah
anugerahkarmya dengan satu kelebihan untuk memilih syurga serta diberi
keutamaan sama seperti orang-orang yang mati syahid. (Rujuk Al-Mubarakfuri.
1965, hlm. 166)



-PUNCA MARAH DAN TINDAKANNYA



Al-Raghib menghuraikan perkataan Al-Ghaiz sebagai bersangatan marah,
iaitu ledakan panas secara pantas yang terdapat dalam diri manusia. Ini adalah
hasil dari tindakan marah dalam hati seseorang bilamana mendengar sesuatu
yang menyentuh hal peribadi atau keluarganya. (Rujuk 'Ali Al-Mugni al-
Fayumi. T. Tarikh. hlm. 459-460)

Bagi pendapat Imam Muhd. 'Abduh pula menjelaskan Al-Ghaiz iaitu
perasaan marah merupakan penyakit yang terkena pada jiwa manusia apabila
didapati kurang mendapat perhatian atau habuan dari hak yang sepatutnya
didapati, seperti harta benda, pangkat dan kemuliaan. Penyakit marah ini lambat
untuk sembuh serta akan melarat kepada penyakit dendam yang amat sangat
dan ia seringkali membawa keinginan untuk membalas. (Rujuk Muhd. Rasyid
Redha. Cetakan Ke 2. T.Tarikh. hlm.134).

Mengikut Zarnahsyari, pengertian Al-Kazim atau Al-Kazmu ialah simpan dalam hati,
dapat dilihat dengan mata kasar terhadap tingkahlaku atau perangainya serta tidak nampak kesan pada seseorang. Lama-kelamaan ia akan hilang. (Rujuk Al-Zarnahsyari. 1987. hlm. 45)

Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah, ialah bertindak menahan
diri dari marah atau dengan kata lain bertindak jangan mengikut perasaan
marah serta awasi dengan penuh kesabaran. Oleh itu sepatutnya bagi setiap jiwa
yang sabar mesti menjauhkan diri dari marah. Janganlah melaksanakan sesuatu
perbuatan berdasarkan marah kerana ia akan menyakiti orang lain dengan
perbuatan dan cakapan. Sebab itulah Rasulullah menjawab kepada pertanyaan
sahabat dengan persoalan yang berbunyi:

"Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke
dalam syurga?" Jawab Rasulullah, "Jangan kamu marah, balasan bagimu adalah
syurga".
(Riwayat Al-Thibrani Melalui Sanad Sahih)


-MENGELAK DARI KEMARAHAN



Tabiat manusia suka berdepan dengan keburukan orang lain. Kadangkala
tabiat itu membawa kepada dengki dan dendam. Segala cetusan ini adalah
hasutan syaitan kerana pada waktu itu manusia sudah hilang pertimbangan
lantas mereka mula bertindak di luar pemikiran yang wajar. Untuk mengelak
persoalan tersebut setiap insan perlu mengawasi diri mereka supayajangan
mengikut perasaan, atau jangan menyahut seruan dan panggilan orang yang
sedang marah. Seandainya kita bedaya mengawasi dan menahan keadaan

demikian, maka itulah sifat orang yang bertakwa dan befirnan kepada Allah.
(Rujuk 'Abdul Hakim Assaid' Adam, 1984. hlm. 34) Firman Allah:

‘Dan orang orang yang menahan dari kemarahan serta memberi kemaafan pada
orang lain sesungguhnya Allah amat kasih terhadap orang yang berbuat baik’
(Surah Al-Imran: 134)

Berdasarkan pengajaran dari ayat tadi Allah menyeru hamba--Nya melakukan
kebaikan sesama manusia apabila mereka menjalin persahabatan dalam
pergaulan seharian.

Di sini kita dapati antara akhlak yang diajar oleh Allah kepada rasul-Nya
Muhammad s.a.w. ialah adab pergaulan, seperti lemah lembut, berhati mulia,
sabar dalam menghadapi situasi yang tidak diingini, pemaaf, berdamai dan
menahan marah. Sebagai dalilnya Allah berfirman:

‘Ambil olehmu wahai Muhammad jalan kemaafan dan suruh umatmu melakukan

kebaikan dan berpaling olehmu dari orang-orang yang jahil.’
(Surah Al-A’raf: 199)

Ayat ini menegaskan bahawa kemaafan adalah lambang kemuliaan
akhlak ketika hendak bekerjasama dengan orang lain. Andai terdapat sikap atau
tingkah laku yang kurang menyenangkan, atau mempamerkan keperibadian
yang kurang sopan dan akhlak yang rendah, kita hendaklah menjauhkan diri
dan jangan melayani mereka. (Rujuk Al-Razi. 1990. hlm. 78. Juzuk 15). Sebab itu
ketika turun ayat ini Rasulullah bertanya kepada Jibrail:

"Wahai Jibrail! Apa maksud ini?" Kata jibrail, "Wahai Muhammad!
Sesungguhnya Tuhan kamu berfirman dengan maksud: Hendaklah kamu
sambung silatulrahim dengan sesiapa yang memutus persahabatan denganmu,
dan hendaklah kamu menghulur pemberian kepada sesiapa yang menegah
pemberiannya pada kamu dan hendaklah kamu maafkan sesiapa yang menzalimi
kamu".

Melalui ayat dan hadis ini Allah menyuruh hamba-Nya memaafkan
kesalahan orang lain, menghormati orang yang tidak menghormati orang lain
(dengan maksud sombong dan angkuh) dan merapatkan silatulrahirn yang telah
terputus. Inilah gambaran sebaik-baik akhlak yang dituntut oleh Allah. (Rujuk
Al-Wahidi Al-Nisaburi. 1316H. hlm. 171). Sebab itu Rasulullah bersabda:

‘Kekuatan itu bukanlah ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya

kekuatan yang sebenar dapat menahan dari kemarahan.’
(Al-Bukhari)

Sebab itu para ularna dan ahli psikologi sependapat bahawa orang yang
pemarah dan berani melakukan sesuatu di luar landasan akhlak itu ialah mereka
yang termasuk dalam golongan bodoh dan tidak normal jiwa dan fikiran kerana
mengikut nafsu dan perasaan semata mata, bukan mengutamakan pernikiran
yang bijak. Tetapi orang yang berani sebenarnya ialah mereka yang dapat
mengawal diri serta nafsu marahnya dengan penuh kesabaran serta dapat
memaafkan segala kesilapan yang dilakukan oleh orang lain terhadapnya, sekali
gus menggambarkan dialah orang yang cerdik dan bijak. Berdasarkan firman
Allah:

‘Dan bagi sesiapa yang sabar dan sentiasa memberi keampunan yang demikian
itu termasuk golongan yang melaksanakan setiap yang dituntut.’
(Surah Al-Syura: 43)

Dari keterangan ayat ini tidak hairanlah bahawa jiwa Rasulullah s.a.w.
tidak pernah terguris atau marah. Sebab itu jiwanya diibaratkan sebagai lautan
yang tidak akan keruh bila dicampak batu ke dalamnya. Dalam al-Quran Allah
berfirman:

‘Dan balasan jahat itu ialah jahat seumpamanya maka sesiapa yang memberi

kemaafan serta berdamai ganjarannya ke atas Allah yang membalasnya.’
(Surah Al-Syura: 40)

Melalui ayat ini dapat direnungi betapa agung akhlak Rasulullah seperti
yang dijelaskan melalui gambaran kemuliaan peribadi junjungan kita
Muhammad s.a.w.

Adalah jiwa Nabi s.a.w. bagaikan lautan bila dicampak batu kedalamnya
tidak akan keruh dan tidak akan kering berkali kali ditimba airnya, tidak ada
suatu perasaan hanya lemah lembut dan sabar, bagi orang orang yang sabar
sahaia mengenali sifat ini. Sebagai cara ke arah penyelesaian, Nabi s.a.w. tidak
melayani sebarang yang menyakiti melainkan kesabaran dan tidak pernah
merasa rugi segala perbuatan orang orang jahil melainkan menolak secara lemah
lembut, dan tidak berhasrat membuat penentangan melainkan sekiranya ada
pencerobohan yang diharam oleh Allah maka dia menentang kerana Allah. ('Ali
Said Farahali 1985. hlm. 89-91)

Dari gambaran hadis di atas jelas sikap Rasulullah s.a.w. sepanjang
hayatnya sebagai seorang yang pemaaf, penyabar dan tidak pernah marah.
Melalui sejarah kita dapat melihat betapa banyak perbuatan jahiliah yang
menyakiti Rasulullah, namun beliau tetap sabar, tidak marah, malah memberi
kemaafan terhadap segala keburukan yang dilakukan terhadapnya. Di samping
itu baginda berdoa:

Ya Allah! Beri olehmu petunjuk pada kaumku ini sesungguhnya mereka tidak
mengetahui.’
(Al-Bukhari)



-SABAR DAN KEBAIKANNYA


Sabar merupakan satu ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar
dilaksanakan. Namun demikian sabar boleh dilatih dan diajar pada jiwa yang
agresif, keluh kesah dan pemarah dengan mengingati Allah dan berzikir selalu.
Firman Allah:

‘Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu dapat menenangkan hati.’

(Surah Al-Ra'dhu: 28)

Dari hati yang tenang akan menjadikan seseorang itu sabar. Firman Allah:

‘Maka sabar olehmu bahawa kesabaran merupakan suatu yang indah.’

(Surah Al-Maarij: 5)

Pada ayat yang lain Allah berfirman:

‘Dan sekiranya kamu bersifat sabar itulah kebaikan bagi orang-orang yang
bersabar.’
(Surah Al-Nahl: 126)

Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya manis sekali. Itulah ungkapan
yang sering didengar saban hari, namun manusia selalu kecundang di
sebaliknya. Di sini kita perlu ingat sejarah perjuangan Rasulullah. Baginda telah
membuktikan bahawa kejayaan baginda adalah berbekalkan kesabaran yang
kuat sehingga golongan kafir Quraish menerima Islam kerana terpikat dengan
kelembutan dan kesabaran baginda. Hal ini telah dibuktikan dalam sejarah
pejuangan baginda dan kisah-kisah yang menjadi contoh kepada kita. Salah satu
dari kisah tersebut adalah seperti berikut:

Sebelum memeluk agarna Islam Zaid bin Salanah telah datang menagih
hutang kepada Rasulullah secara kasar iaitu dengan memegang bahu dan
menarik baju Rasulullah serta meluahkan kata kata, "Kamu bani Abdul mutalib
yang sukar membayar hutang", lantas Zaid diherdik oleh Saidina Umar dengan
mengeluarkan kata-kata yang kasar.

Rasulullah tersenyum kemudian berkata,
"Antara aku dan Zaid bukanlah cara begini kau lakukan wahai 'Umar.
Sepatutnya kamu menyuruh aku supaya menjelaskan hutang dengan baik, dan
kamu menasihati Zaid supaya menerima penjelasan hutangnya dengan baik",
kemudian Rasulullah menjelaskan keadaan sebenar dengan katanya,
"Sesungguhnya baki dari hutang itu tiga cupak lagi", lalu Rasulullah menyuruh
Umar membayar dan diganda selain dari hutang itu dua puluh cupak lagi.
Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam dijiwa Zaid serta
menjadi impian untuk mendekati Rasulullah. Akhirnya impian itu menjadi satu
dorongan yang membawa Zaid menerima Islam. Setelah berada dalam agama
Islam, beliau menjelaskan bahawa kesabaran dan kelembutan Rasulullah itulah
yang memadamkan segala api kemarahan yang akhirnya membawanya untuk
bersama Rasulullah. (Rujuk Abdul Hakim Al-Sayid 'Autlah. 1984. hlm. 60)

Dari kisah di atas didapati sikap yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. itu
adalah lambang kernaafan, lemah lembut, serta bejiwa damai. Seterusnya sikap
tersebut menberi kesan yang besar dalam perkembangan dakwah Islam. Bagi
kita sebagai umat Islam sifat tersebut adalah sebaik baik contoh untuk diteladani
dan diikuti kearah pengukuhan ummah.


-BILAKAH MARAH ITU DIBOLEHKAN


Marah dibolehkan apabila terjadi sesuatu yang perlu ditentang dan
dilawan, seperti pencerobohan terhadap jiwa, nyawa, harta dan pencabulan
maruah atau kehormatan. Bagi melindungi harga diri daripada dicemari, kita
perlu melawan dan menentang habis-habisan, sarna ada pada diri sendiri atau
keluarga ataupun orang lain yang tidak kena mengena dengan kita. Perkara ini
memang perlu diberi pertolongan untuk menyelamatkannya. Begitu juga
pencerobohan terhadap agarnal seperti tempat ibadat dipermain-mainkan dan
dicemari oleh seteru dan juga terhadap saudara seagama dengan kita dianiaya
atau diseksa ketika ini perlu dimarahi dan ditentang kerana Allah. Tindakannya
adalah pada hati dan jiwa yang berlandaskan akal yang waras. Perbuatan
penentangan yang dilaksanakan perlu berdasarkan syariat, supaya tidak
keterlaluan atau melampaui batas. (Rujuk Al-Manawir. 1972. hlm. 355. Juzuk 5)
Sabda Rasulullah:

‘Bukanlah kekuatan itu ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya
kekuatan yang sebenar dapat mengawal dari tindakan marah yang melampaui
batas.’
(Al-Bukhari)


-BALASAN ORANG YANG MENAHAN KEMARAHAN


Sesungguhnya menahan diri dari marah adalah sifat muttakin dan
balasannya di sisi Allah adalah balasan orang-orang yang bertakwa. Dan Allah
memberi jaminan kepada orang yang berjaya menahan kemarahan ini dengan
memberi keutamaan di hari akhirat untuk memikh syurga yang ia mahu,
berdasarkan dalil hadis:

‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan ia berjaya menghilangkannya
di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari sekalian makhluk sehingga ia
memilih mana-mana pintu syurga yang ia mahu.’
(Al-Bukhari)

Dari pengajaran hadis ini sama samalah kita bersabar dan memberi
kemaafan kepada orang lain kerana kemaafan itu lebih tinggi martabatnya dari
menahan kemarahan. Namun demikian orang yang berjaya menahan diri dari
marah ini sudah tentu ada padanya sifat pernaaf dan ihsan pada orang lain. Jiwa
orang yang berjaya menahan marah juga sunyi dari sifat dendam, iri hati, dengki
dan talam dua muka. Sifat-sifat buruk inilah yang menyebabkan seseorang itu
tidak berjaya di akhirat, walaupun semasa hayatnya merupakan orang yang
soleh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Maka dengan ini sama
samalah kita berdoa agar dijauhi sifat-sifat sedemikian, dengan doanya:

‘Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat menahan
kemarahan mereka, dan jadikanlah kami orang orang yang suka memberi
kemaafan dan perdamaian. Kategorikanlah kami bersama orang orang yang
beramal dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah, mengikuti penghulu
segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitulah penghulu kami Muhammad Salailah
'Alaihiwassalam. Ya Allah! terimakanlah doa kami.’

Demikianlah kriteria seorang muslim ke arah pergaulan menurut Al-
Quran dan Al-Sunnah maka segalanya akan berjaya sekiranya setiap muslim itu
beramal dengan sabar.

Sekian, wassalam...

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...