Peribadi Ibubapa Terhadap Anak-Anak


Peribadi ibubapa terhadap anak-anak

Ibu bapa yang berjaya dalam mendidik ialah apabila anak-anak mereka mentaati suruhan Allah dan Rasulnya. Di kala ini ertinya telah lahir dari mereka anak yang soleh dan solehah hasil dari didikan yang terbaik dari kedua ibubapa tersebut.

Antara sifat-sifat yang perlu ada pada kedua ibubapa yang boleh dijadikan contoh kepada anak-anak adalah:

Beriman dan bertaqwa

Sebagai ibubapa kita perlulah menghiasi diri dengan iman dan taqwa. Untuk memupuk diri anak-anak supaya beriman dan bertaqwa maka kita perlulah memulakan dengan mengajak mereka melakukan ibadat secara bersama. Sekiranya ke majlis-majlis ilmu, bawalah anak-anak bersama walaupun kemungkinan anak tersebut tidak memahami kandungan ceramah tersebut, tetapi ia telah didedahkan dengan suasana ilmu yang memberangsangkan. Membiasakan anak-anak mendengar alunan zikir serta bacaan Quran akan melembutkan jiwa kanak-kanak tersebut sejak dari kecil.

Sabar

Sifat sabar mestilah sentiasa ada pada kepada kedua ibubapa. Tidak salah jika kita mengalah dengan anak-anak sekiranya itulah jalan yang terbaik dan tentu lama kelamaan anak-anak akan mendapat pengiktirafan daripadanya. Sifat sabar yang ditunjukkan kepada anak-anak dalam banyak kategori iaitu sabar menahan diri kepada melakukan perbuatan jahat, sabar menjalani kewajipan dan sabar menahan diri dari kemunduran .

Menepati janji

Anak-anak amat prihatin terhadap apa-apa yang kita perkata pada mereka terutamanya janji yang kita taburkan selagi kita tidak tunaikan maka selagi itulah mereka akan menuntutnya. Oleh itu sebelum kita berjanji dengan mereka perlulah difikirkan dahulu samada kita sanggup menunaikan ataupun tidak. Sekiranya kita tidak mampu menunaikannya janganlah sekali-kali kita berjanji dengan mereka kerana ia akan membawa kesan yang besar kepada keyakinan dan kepercayaan kalam kita pada masa akan datang.

Akhlak mulia

Jika kita inginkan anak kita berakhlak mulia maka kita juga perlu terlebih dahulu beradab dan berakhlak mulia, jauhkan dari mereka menonjolkan akhlak yang tidak baik di hadapan mereka kerana ia akan membawa kesan tidak percayanya mereka terhadap kita .

Bermesra

Ibubapa yang baik, bijak dan kreatif akan menimbulkan keseronokan pada jiwa kanak-kanak. Mereka sentiasa merasakan kehidupan mereka dihargai dann diterima sepenuhnya. Seperti orang dewasa, anak-anak sukakan kemesraan dan gurauan. Ibubapa yang kelakar bisa menambah perbendaharaan kata anak-anaknya. Jadi secara tidak langsung, gurauan juga mampu membantu keberkesanan pendidikan asal tidak berlebihan dan ia berlaku dalam suasana yang sesuai.

Beri penghargaan

Kanak-kanak memang inginkan penghargaan terhadap apa yang dilakukan. Malah dengan memberi penghargaan itu mereka mungkin akan dapat menyerlah lagi sikap yang lebih baik dan cemerlang. Ibubapa perlu memupuk minat dan semangat mereka peringkat demi peringkat serta memberi penghargaan di atas setiap hasil yang mereka lakukan. Anak-anak akan lebih menghormati dan mengkagumi ibubapa yang bertanggungjawab dan bersedia meluang waktu untuk mengetahui kesulitan permasalahan mereka.


Wallahu'alam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...