KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD

Syeikh Abdul Halim Mahmud adalah Imam besar al-Azhar pada tahun 1973,lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed, di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir

Sebab - Sebab Membawa Kelemahan Jiwa

SEBAB-SEBAB YANG MEMBAWA KEPADA KELEMAHAN JIWA 1.Sikap ibubapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil Tanpa disedari, keadaan tersebut membawa kepada penyerapan nilai-nilai yang negatif ke dalam jiwa anak-anak. Umpamanya, mengatakan bahawa: “Kamu lebih baik dan mulia daripada orang lain. Kamu adalah daripada keturunan yang baik. Kamulah golongan yang berharta banyak jika dibandingkan dengan orang lain.” Sentiasa memuji dan menyanjung mereka atas sebab-sebab tertentu ataupun tanpa sebab. Memenuhi tuntutan anak-anak, tidak kira samada mendatangkan manfaat ataupun tidak. Enggan mengenakan hukuman ataupun memberi...

Mengapa Perlunya MUJAHIDAH?

MENGAPA PERLUNYA MUJAHIDAH? Dekad ini menyaksikan peratus penghuni dunia dikuasai oleh kaum hawa, rata-rata negara memberikan fakta bahawa bilangan golongan wanita mengatasi kaum lelaki, nidbah ini menunjukkan meremampu mencorak masa depan negara. Sehingga ke saat ini, sebahagian besar hidup wanita masih lagi dilalaikan dengan kecenderungan ke arah perhiasan yang berlebihan dan cita-cita hidup yang remeh-temeh. Marilah kita sama-sama merenungi beberapa keadaan yang menimpa wanita hari ini: 1.Pembunuhan Kanak-Kanak Kalau di zaman firauan anak-anak lelaki telah dibunuh. Dibunuh kerana takut anak-anak itu akan menggugat kerajaan firauan, yang...

"wajib" Dalam Apa Jua Keadaan

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” Riwayat al-Bukhari Huraian 1. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah...

Pahlawan Islam "Shalahuddin Al-Ayyubi"

Pahlawan Islam Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian. Latar Belakang Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah....

Kisah 70 Tahun Berbakti Kepada Orang Tua

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPAPada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah...

Kesempurnaan Iman

Daripada Abi Hurairah ra berkata,bahawa Rasululah s.a.w telah bersabda:Sebahagian daripada baiknya keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak baik baginya. (Riwayat Al-Tirmizi) 99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman 1. Bersyukur apabila mendapat nikmat. 2. Sabar apabila mendapat kesulitan 3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program 4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan 5. Jangan membiarkan hati terus dalam kesedihan 6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan 7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan 8. Jangan gelisah dengan kekayaan orang 9. Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain 10. Jangan sombong kalau...

Pages 381234 »

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...