KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD

Syeikh Abdul Halim Mahmud adalah Imam besar al-Azhar pada tahun 1973,lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed, di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir

Sifat dan kejahatan Yahudi dalam Al-Quran

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].

VIDEO KLIP DALAM KA'BAH

Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarah, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a.

VIDEO KLIP PERANG SINAI (Mesir) 1967-1973

Mimpi yang benar oleh mantan Syeikh Al-Azhar,Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud,mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel.

KISAH-KISAH DALAM AL-QURAN BUKTI MUKJIZAT

Al-Qur’an adalah Kalam Allah S.W.T. yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai risalah Tuhan Yang Maha Agung.

Tujuh jenis wajah mayat di dalam kubur

Tujuh jenis wajah mayat di dalam kubur :

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. 

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Kisah Azab Mayat Didalam Kubur

 Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.

Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.

Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.

Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.

Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab.

Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan. Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.

Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.

Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.

Wallahualam....

Minum Air Mayat


SINGAPURA – Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

“Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini,” kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. “Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor,” katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

[ kosmo.com.my ]

Peribadi Ibubapa Terhadap Anak-Anak


Peribadi ibubapa terhadap anak-anak

Ibu bapa yang berjaya dalam mendidik ialah apabila anak-anak mereka mentaati suruhan Allah dan Rasulnya. Di kala ini ertinya telah lahir dari mereka anak yang soleh dan solehah hasil dari didikan yang terbaik dari kedua ibubapa tersebut.

Antara sifat-sifat yang perlu ada pada kedua ibubapa yang boleh dijadikan contoh kepada anak-anak adalah:

Beriman dan bertaqwa

Sebagai ibubapa kita perlulah menghiasi diri dengan iman dan taqwa. Untuk memupuk diri anak-anak supaya beriman dan bertaqwa maka kita perlulah memulakan dengan mengajak mereka melakukan ibadat secara bersama. Sekiranya ke majlis-majlis ilmu, bawalah anak-anak bersama walaupun kemungkinan anak tersebut tidak memahami kandungan ceramah tersebut, tetapi ia telah didedahkan dengan suasana ilmu yang memberangsangkan. Membiasakan anak-anak mendengar alunan zikir serta bacaan Quran akan melembutkan jiwa kanak-kanak tersebut sejak dari kecil.

Sabar

Sifat sabar mestilah sentiasa ada pada kepada kedua ibubapa. Tidak salah jika kita mengalah dengan anak-anak sekiranya itulah jalan yang terbaik dan tentu lama kelamaan anak-anak akan mendapat pengiktirafan daripadanya. Sifat sabar yang ditunjukkan kepada anak-anak dalam banyak kategori iaitu sabar menahan diri kepada melakukan perbuatan jahat, sabar menjalani kewajipan dan sabar menahan diri dari kemunduran .

Menepati janji

Anak-anak amat prihatin terhadap apa-apa yang kita perkata pada mereka terutamanya janji yang kita taburkan selagi kita tidak tunaikan maka selagi itulah mereka akan menuntutnya. Oleh itu sebelum kita berjanji dengan mereka perlulah difikirkan dahulu samada kita sanggup menunaikan ataupun tidak. Sekiranya kita tidak mampu menunaikannya janganlah sekali-kali kita berjanji dengan mereka kerana ia akan membawa kesan yang besar kepada keyakinan dan kepercayaan kalam kita pada masa akan datang.

Akhlak mulia

Jika kita inginkan anak kita berakhlak mulia maka kita juga perlu terlebih dahulu beradab dan berakhlak mulia, jauhkan dari mereka menonjolkan akhlak yang tidak baik di hadapan mereka kerana ia akan membawa kesan tidak percayanya mereka terhadap kita .

Bermesra

Ibubapa yang baik, bijak dan kreatif akan menimbulkan keseronokan pada jiwa kanak-kanak. Mereka sentiasa merasakan kehidupan mereka dihargai dann diterima sepenuhnya. Seperti orang dewasa, anak-anak sukakan kemesraan dan gurauan. Ibubapa yang kelakar bisa menambah perbendaharaan kata anak-anaknya. Jadi secara tidak langsung, gurauan juga mampu membantu keberkesanan pendidikan asal tidak berlebihan dan ia berlaku dalam suasana yang sesuai.

Beri penghargaan

Kanak-kanak memang inginkan penghargaan terhadap apa yang dilakukan. Malah dengan memberi penghargaan itu mereka mungkin akan dapat menyerlah lagi sikap yang lebih baik dan cemerlang. Ibubapa perlu memupuk minat dan semangat mereka peringkat demi peringkat serta memberi penghargaan di atas setiap hasil yang mereka lakukan. Anak-anak akan lebih menghormati dan mengkagumi ibubapa yang bertanggungjawab dan bersedia meluang waktu untuk mengetahui kesulitan permasalahan mereka.


Wallahu'alam....

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...