KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD

Syeikh Abdul Halim Mahmud adalah Imam besar al-Azhar pada tahun 1973,lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed, di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir

Sifat dan kejahatan Yahudi dalam Al-Quran

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].

VIDEO KLIP DALAM KA'BAH

Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarah, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a.

VIDEO KLIP PERANG SINAI (Mesir) 1967-1973

Mimpi yang benar oleh mantan Syeikh Al-Azhar,Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud,mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel.

KISAH-KISAH DALAM AL-QURAN BUKTI MUKJIZAT

Al-Qur’an adalah Kalam Allah S.W.T. yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai risalah Tuhan Yang Maha Agung.

Memaparkan catatan dengan label Dakwah Dan Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dakwah Dan Nasihat. Papar semua catatan

Kekuasaan Allah - Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup


Kekuasaan Allah "Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup"

BIRZEBBUGA - Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir,Subhanallah...dengan kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup.

Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama 'Bintang' oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.

Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki 'Bintang' diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.

Ketika diperiksa didapati 'Bintang' telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, kumpulan doktor berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala 'Bintang' melalui sebuah operasi dihospital Ta' Qali.

'Bintang' Berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu tahun penjara dan denda 46.500 euro. Kumpulan pecinta binatang menggerakkan protes atas tindakan 'menjijikan' terhadap 'Bintang'. Satu laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000 pengikut. Sebanyak 1.000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan 'Bintang'. Mereka juga sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan 'Bintang'. Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak bintang.


Renungan:

Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun ianya terhadap seekor binatang.

Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman diatas bumi Allah ini disokong dan dibiarkan dalam melakukan kebinasaan. Munasabahlah didalam Islam, orang yang menyokong dan membiarkan kezaliman dimuka bumi ini disambar api neraka.Ingatlah Allah membenci orang-orang yang melakukan kerosakan dan kezaliman.

Sepertimana Firman Allah Ta'ala :


Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (At-Tuur 52:47)


"Orang - orang yang zalim tidak memiliki penolong, teman dekat dan pemberi syafa'at."

ALLAH berfirman:


Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; (A-li'Imraan 3:192)

Firman Allah Lagi:


Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. (Ghaafir 40:18)


Wallahu'alam....
hasnulhadiahmad.blogspot.com

Mensyukuri Nikmat Allah


Mensyukuri Nikmat Allah



Bersyukur Diatas NikmatNya....

Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu. Sebanyak 31 kali di dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya.


"Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?"

Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus.
Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan ALLAH. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara hambanya yang tidak bersyukur, seperti dalam firmanNya:



"Sangat sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur"

Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur.


Wallahua'lam....
www.hasnulhadiahmad.blogspot.com

Suasana Di Akhirat


SUASANA DI AKHIRAT:

I - KEADAAN-KEADAAN HARI MAHSYAR 

1. Manusia semuanya berkumpul dengan berkaki ayam dan bertelanjang.

Riwayat Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w bersabda:

Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan dengan berkaki ayam
dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian (bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah
berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan semuanya dapat melihat
(kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang lain?” Sabda Rasulullah
s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu menjadikan mereka tidak
mementingkan perkara itu.”

2. Matahari menghampiri kepala-kepala makhluk.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a berkata: Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Matahari akan menghampiri makhluk pada hari kiamat sehingga
jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari) pada kadar satu batu. Maka
adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh mengikut kadar amalan
mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai kepada buku lali, dan
daripada mereka ada yang sampai kepada betis, dan ada juga sebahagian
daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan juga daripada mereka yang
ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan Rasulullah s.a.w telah
menunjukkan kepada mulutnya.

3. Bumi menjadi saksi kepada hamba di atas segala amalan yang telah
dilakukannya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Abi
Hurairah berkata: Rasulul s.a.w telah membaca ayat ini:

“Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.”

Kemudian baginda bersabda:

“Apakah kamu mengetahui apakah beritanya?” Para sahabat berkata:
“Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui.” Maka sabda Rasulullah s.a.w:
“Maka sesungguhnya beritanya itu ialah penyaksian ke atas setiap hamba
lelaki dan hamba perempuan dengan apa yang telah dikerjakannya di atas
muka bumi, (iaitu daripada kebaikan dan kejahatan) ia berkata: Amalan mi
begini dan begini...”

4. Tempat, di mana seseorang itu tidak akan mengingati lagi seseorang yang lain.

Riwayat Abu Daud dan Hakim daripada ‘Aisyah r.a berkata:

“Aku mengingati neraka kemudian aku menangis, maka bertanya
Rasulullah s.a.w: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis?” Aku
berkata: “Aku mengingati neraka lalu aku menangis, maka adakah kamu
akan mengingati ahli kamu pada hari kiamat?” Maka sabda Baginda:
“Adapun pada tiga tempat, maka tiada seseorang pun yang akan mengingati
seseorang yang lain.

Pertama: Ketika di sisi timbangan sehinggalah diketahui apakah
timbangannya itu ringan atau berat?

Keduanya: Ketika buku catatan (suhuf) itu berterbangan mencari
tuannya. Sehinggalah diketahui di manakah jatuhnya buku catatan tersebut,
sama ada di kanan, di kiri atau di belakangnya?

Ketiga: Di sisi titian sirat. Apabila telah diletakkan di antara dua tebing
neraka jahanam, sehinggalah ia telah dapat menyeberanginya dengan
selamat.

5. Penyaksian anggota terhadap apa yang telah di kerjakan oleh setiap
hamba-Nya.

Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata:

Adalah kami di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian baginda ketawa lalu
bersabda:

“Adakah kamu mengetahui tentang apakah yang telah berlaku aku
ketawakan tadi?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Baginda bersabda: Tentang perbicaraan hamba dengan Tuhan-Nya. Maka
kata hamba: “Wahai Tuhan, apakah engkau tidak akan menyelamatkanku
daripada kezaliman?” Allah berfirman: “Bahkan!” Maka berkata pula hamba:
“Sesungguhnya aku tidak akan membiarkan pada hari ini seseorang pun
menjadi saksi ke atas diriku kecuali diriku sendiri.” Maka firman Allah
kepadanya: “Cukuplah dengan diri engkau pada hari ini sebagai saksi dan
Kiraman Klatibin akan menyaksikannya.” Kemudian sabda Rasulullah s.a.w.
“Maka lalu di kuncilah mulutnya (hamba), dan dikatakanlah kepada anggota-
.anggotanya “Bercakaplah,” lalu anggota-anggota itupun menceritakanlah
segala amalan yang dilakukan oleh tuannya, kemudian di biarkan hamba itu
pula bercakap, maka katanya:

“Celakalah kamu semua (anggota), padahal aku telah berjuang untuk
mempertahankan kamu (semasa hidup di dunia).”

Ini semua telah dijejaskan dalam surah Yasin:65

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan bercakaplah kepala, tangan
mereka dengan kami mereka menaik saksi atas apa yang mereka lakukan.”

II - KEADAAN-KEADAAN AHLI NERAKA

1. Neraka jahanam yang hitam gelap.

Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan daripada Abu
Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda:

“Api neraka telah dinyalakân selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan
seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan malam yang gelap kelam.

2. Apa yang berlaku di lembah jahanam.

Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani me riwayatkan daripada Ibnu
‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya Baginda bersabda:
“Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu lembah yang mana
neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak
400 kali, yang disediakan untuk mereka yang sentiasa membantah daripada
umat Nabi Muhammad s.a.w.”

3. Bagaimana dalamnya dasar jahanam.

Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair berkata: telah
berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata:

“Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami bahawasanya seketul
batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka jahanam, maka ia telah
menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun baharulah sampai kepada
dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah kamu tidak takjub?”

4. Barang Yang ditempa oleh ahli neraka.

Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada Nabj s.a.w
bersabda:

“Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit besi neraka jahanam
lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah sekelian manusia dan jin
untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak akan mampu untuk
dipindahkan.”

5. Buruknya rupa ahli neraka:

Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amru r.a.
berkata:

“Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada ahli neraka
dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia lantaran
pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya amat busuk.”

Kemudian Abdullah menangis dengan tangisan yang kuat sekali.


6. Minuman ahli neraka:

Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah
r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang
bermaksud:

“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”(Ibrahim: 16-17)

Sabda Baginda:

“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat
kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila diletakkan di hadapannya
maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia telah meminumnya maka
putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada duburnya.

Firman Allah:

“Dan diberi air yang mendidih sehingga memotong-motong usus mereka
(taliperut).” (Muhammad: 15)

dan firman-Nya

“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan
air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang
paling buruk.” (al-Kahfi 29)

7. Makanan ahli neraka.

Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas
r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah membaca ayat ini:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar
takwa kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
kamu beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)

Maka sabda Rasulullah s.a.w.:

“Kalaulah sekiranya setitik biji zakum itu menitis ke atas permukaan
bumi ini nescaya akan binasalah kehidupan penduduk dunia, maka bagai
manakah pula bagi sesiapa yang menjadikannya sebagai makanan?”


8. Besarnya ahli neraka:

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ia bersabda:

“Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu besar sekali
sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya Bukit Uhud dan begitulah
besarnya badannya pula ke atas giginya sebagaimana besarnya tubuh
seseorang kamu daripada giginya.

9. Tangisan ahli neraka:

Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:

“Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu, maka mereka akan
menangis sehingga keringlah air mata, kemudian mereka akan menangis
dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka mereka menjadi
sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya dilayarkan kepadanya perahuperahu
maka akan hanyut.

III - KEADAAN-KEADAAN AHLI SYURGA


1. Cukuplah mereka dengan penuh kebanggaan dan kemuliaan.

Di mana Allah s.w.t telah menyediakan kepada mereka di dalam syurga daripada
perkara-perkara yang mata tidak pernah memandangnya, telinga juga tidak
pernah mendengar bahkan hati manusia tidak pernah terlintas
(terbayangkannya).

Syaikhan dan selain keduanya meriwayatkan daripada Abi Hurairah
r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Aku (Allah s.w.t) telah menyediakan bagi hamba-hambaku yang
salih perkara-perkara yang tidak pernah dipandang oleh mata, dan tidak
pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terlintas oleh hati manusia,
dan bacalah kalau kamu mahu firman Allah s.w.t”:

“Sesungguhnya tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka
(iaitu bermacam macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan
terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Sajdah: 17)

2. Cukuplah mereka dengan ketinggian dan kemuliaan yang berkekalan
di dalamnya selama lamanya, 

Mereka tidak akan terkena penyakit, tidak juga menjadi tua dan tiada sebarang tegahan (sekatan).

Muslim dan Tarmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a
berkata: Sabda Rasulullah s.a.w

“Apabila ahli syurga masuk dalam syurga maka kedengaranlah seruan
daripada penyeru: Sesungguhnya bagi kamu akan sentiasa sihat dan kamu
tidak akan sakit selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa hidup maka kamu
tidak akan mati selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa muda maka kamu
tidak akan tua buat selama-lamanya dan bagi kamu akan sentiasa mendapat
nikmat kemewahan, maka kamu tidak akan ditimpa kemiskinan (kesusahan)
selama-lamanya.”

Begitulah firman Allah azza wajalla:

“Dan diserukan kepada mereka, ‘itulah syurga yang diwariskan kepadamu,
disebabkan apa yang kamu kerjakan dahulu.” (Al-A’raf: 43)


3. Cukuplah mereka daripada sebarang keinginan (iri hati) dan kenikmatan-kenikmatan bagi mereka.

Tiada sesuatu yang diberikan amat disukai dan dikasihi oleh mereka selain daripada memandang kepada wajah Allah yang mulia.

Muslim, Tarmizi dan Nasa’i meriwayatkan daripada Suhib r.a berkata:
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga maka berfirmanlah
Allah azza wajalla: Kamu hendak sesuatu maka aku akan tambahkan kepada
karnu?” Maka mereka berkata: “Apakah tidak putih (bercahaya) muka-muka
kami? Apakah kami tidak masuk syurga? Apakah kami tidak berjaya (lepas)
daripada neraka?” Dikatakan: “Maka bukalah (singkaplah) hijab, maka tidak
suatu perkara yang diberikan paling disukai oleh mereka selain daripada
memandang kepada Tuhan mereka, kemudian bacalah firman Allah s.w.t ini.

“Bagi orang-orang yang membuat baik ada pahala yang terbaik dan
tambahannya.” (Yunus: 26)


Wallahu'alam....

[ Menuju Ketakwaan – Abdullah Nasih Ulwan ]
www.hasnulhadiahmad.blogspot.com

Kasih Sayang Allah Pada Wanita


KASIHNYA ALLAH PADA WANITA

"Keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Allah SWT kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

1 ) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

2 ) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

3 ) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

4 ) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.


Oleh: Azlan Mohamad

Wallahua'lam....

Sifat Dan Kejahatan " Khanzab "


Syaitan Khanzab,Sifat Dan Kejahatannya:

Solat adalah ibadah yang paling tinggi untuk menentukan posisi seseorang hamba di akhirat kelak. Jika solatnya baik, maka baiklah nilai amal yang lain, begitu pula sebaliknya. Wajar jika iblis menugaskan tentara-tenteranya untuk melalaikan dan merosakkan solat seseorang. Sebenarnya ada syaitan spisis yang mengganggu orang solat, membuat kejahatan pelbagai cara untuk menjadikan solat seseorang individu itu tidak bernilai disisi Allah Ta'ala. Syaitan itu bernama ‘Khanzab’.

Utsman bin Abi al-'Ash pernah mengadukan kepada Rasulullah Saw. tentang setan yang menggoda-halanginya ketika salat, dan Rasulullah Saw. pun bersabda:


"Itulah setan yang bernama Khanzab; jika engkau merasakannya, mohonlah perlindungan Allah daripadanya (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) dan meludah kecillah ke arah kirimu tiga kali. "Aku lalu mengamalkannya;" kata Utsman, "dan Allah pun menghilangkannya dariku."

(HR Muslim)

1. Niat Solat

Sebagaimana halnya dengan wuduk, serangan pertama yang dilakukan syaitan kepada orang yang solat adalah menyibukkan ia untuk melafazkan niat. Terkadang diiringi dengan gerakan yang pelik, dia membaca niat lalu mengangkat tangannya, lalu gagal dan diturunkan kembali tangannya. Dia ulang perbuatan tersebut lagi seperti itu berkali-kali hingga terkadang Imam sudah rukuk atau sujud, sementara itu,ia masih dipermainkan syaitan dalam niat dan takbirnya.Dan ada sesetengah individu pula melalukan perbuatan tersebut bermula pada niat dan takbirnya selepas itu pula melarat ke bacaan Al-fatihah diulang-ulang kerana ia merasakan tidak yakin dengan bacaannya,kadang-kadang perbuatan itu berlaku hingga habis waktu solat fardhu tersebut.itulah serangan yang paling dasyat sekali pernah berlaku didalam masyarakat kita hari ini.

Niat dan usaha menghadirkan hati memang dituntut ketika hendak solat,tetapi mengulanginya berkali-kali dan keraguan (was was) serta tidak yakin itu adalah bisikan syaitan Khanzab.perbuatan-berbuatan tersebut akan melemahkan IMAN seseorang,kita "wajib" lah melawan penyakit sedemikian.

2. Ingat Perkara Diluar Solat

Serangan kedua, syaitan akan mendatangi orang yang tengah mengerjakan solat untuk mengingatkan urusan di luar solat. Maka berapa banyak orang yang jasadnya mengerjakan solat namun hatinya sibuk dengan hal-hal keduniaan, mengingat barang yang telah hilang,bahkan mengingati urusan-urusan ‘kebaikan’ yang tidak ada hubungannya dengan solat. Tidak hairanlah jika seseorang itu menjadi ingat pada barang-barang yang mana ia lupa sebelumnya. Syaitan rela ‘membantu’ orang itu untuk mengingatkan dan menemukan barangnya kembali, asalkan solat yang dikerjakan menjadi rosak dan tidak bernilai disisi Allah.

Pernah di zaman Salaf ada seseorang kehilangan barang,lalu ada seorang itu menyarankan agar ia mengerjakan solat dan dia pun segera melaksanakan solat. Ajaib!!!, belum lagi ia menunaikan solat tiba-tiba dia beranjak dari tempatnya dan mengambil barang yang telah dia ingat kembali dimana letaknya ketika hendak solat. Diapun ditanya: “Apa yang kamu dapat ketika solat?” Dia menjawab: “Aku mendapat bahawa syaitan mencuri perhatian aku dari solat.”

Ada yang terlalu asyik dengan khayalan dan pikirannya tentang urusan di luar solat, hingga dia lupa sudah berapa rakaat yang telah dia kerjakan. Tentang godaan syaitan ini, Nabi SAW. bersabda:

“Jika Azan Solat berkumandang, syaitan akan lari berkeliaran sambil mengeluarkan bunyi kentutnya sehingga tidak mendengar azan. Jika azan telah selesai dia pun akan datanag kembali menggoda. Ketika iqamat berkumandang syaitan pun akan lari hingga selesai iqamat syaitan akan mendatangi orang yang solat lalu membisikkan ke hati seseorang sambil berkata: ‘Ingat ini..ingat itu..’ setan mengingatkan apa-apa yang telah dia lupakan hingga seseorang tidak mengetahui berapa rekaat yang telah ia kerjakan.”

(HR al-Bukhari)

3. Ragu antara Kentut dan Tidak

Ada kalanya muncul dalam benak seseorang keraguan, apakah dia kentut ataupun tidak. Ini adalah keraguan yang dibisikkan oleh syaitan untuk mengangu solat seseorang. Dia tidak lagi konsentrasi dengan solatnya kerana ragu, atau dia akan membatalkan solatnya, lalu dia berwuduk kembali dan menunaikan solatnya semula, lalu akan digoda lagi dengan cara yang sama. Sehinggakan untuk satu solat dia boleh mengulangi tiga sampai empat kali berwuduk. Cuba bayangkan, seandainya ada lima orang saja dalam satu masjid yang terkena godaan ini, niscaya boleh mengangu jama’ah yang lain.

Untuk menjauhi godaan tersebut Nabi s.a.w memberikan penyelesaiannya:

“Jika salah seorang di antara kamu mendapatkan yang demikian itu maka janganlah membatalkan solatnya hingga dia mendengar suaranya dan mencium baunya tanpa ragu.

(HR Ahmad)

Di antara ulama ada yang menyebutkan bahwa hadith ini merupakan salah satu pengecualian dari hadith,"tinggalkan apa yang meragukan dan ambil sesuatu yang tidak meragukan". Dalam keadaan ini kita dilarang membatalkan solat apabila dalam keadaan keraguan diantara kentut dan tidak, kecuali jika mencium bau kentut tersebut atau mendengar suaranya (kentut).

4. Mencuri Perhatian

Kita juga sering melihat atau mengalami sendiri menengok ketika dalam solat kadang-kadang kita tidak menyedari perbuatan tersebut kerana terbiasa. Ini juga tidak lepas dari serangan syaitan yang ingin merosakkan solat kita.

Nabi s.a.w ditanya tentang orang yang menoleh ke kanan dan ke kiri, beliau menjawab:

“Itu adalah syaitan yang mencuri perhatian seorang hamba dari solatnya.”

(HR Al-Bukhari dan Abu Dawud)

Untuk menjauhi perbuatan yanag sia-sia ini, hendaklah orang yang bersolat berusaha menghadirkan hatinya, bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.


Wallahu'alam....
hasnulhadiahmad.blogspot.com

Ku Titiskan Air Mataku Ini BuatMu



Kata Ibnu Qayyim "10 JENIS TANGISAN "

• Menangis kerana terlalu sedih
• Menangis kerana terasa hina dan lemah
• Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
• Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
• Menangis orang munafik - pura-pura menangis
• Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
• Menangis kerana rasa takut
• Menangis kerana cinta
• Menangis kerana gembira
• Menangis kerana menghadapi penderitaan.

MENANGISLAH!!! BOLEH JADI IANYA ADALAH IBADAH!!! DAN BOLEH JADI IANYA AKAN MENYEDARKAN DIRI YANG PENUH DENGAN KEALPAAN!!!

Firman Allah Ta'ala yang bermaksu:

“ Dan bahawasanya DIA-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. ”
(An-Najm,43)

Jadi, ALLAH SWT yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti…kalaulah air mata itu di tampung nescaya banjirlah dunia ini.

Namun,tangisan itu tercela atau terpuji..?? Ada tangisan yang sangat tercela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangisan kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Rasulullah bersabda mafhumnya;

"Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah;…(dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah ketika bersendirian kemudian air matanya mengalir"

( HR. al-Bukhari, Muslim dan lain-lainya )

dan juga dalam hadis lain mafhumnya,

"Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak"

(HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih)

Air Mata Yang Tiada Di Tuntut

• Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita.Bukan kah ALLAH yang telah menentukannya?

• Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ALLAH tetapkan.

• Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

• Janganlah menangis jikalau wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan. Dari itu...

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari ILAHI. Serulah air matamu itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali. Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari ILAHI.


 Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk".

(QS. 17:109)


Ku titiskan air mataku ini buatmu YA ALLAH....


Kiriman: HambaAllah

Kesempurnaan Iman


Daripada Abi Hurairah ra berkata,bahawa Rasululah s.a.w telah bersabda:Sebahagian daripada baiknya keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak baik baginya.

(Riwayat Al-Tirmizi)


99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat.

2. Sabar apabila mendapat kesulitan

3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program

4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan

5. Jangan membiarkan hati terus dalam kesedihan

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan

8. Jangan gelisah dengan kekayaan orang

9. Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta

12. Jangan terlalu bersemangat dengan sesuatu kedudukan

13. Jangan hancur karana kezaliman

14. Jangan goyah karana fitnah

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram

17. Jangan sakiti ayah dan ibu

18. Jangan usir orang yang meminta-minta

19. Jangan sakiti anak yatim

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid

25. Biasakan solat malam

26. Perbanyak zikir dan doa' kepada Allah

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat

28. Sayangi dan santuni fakir miskin

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah

30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan

32. Bersatulah karana Allah dan berpisahlah karana Allah

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran

34. Apabila janji telah mungkiri mintalah maaf kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan

36. Jangan percaya ramalan manusia

37. Jangan terlampau takut miskin

38. Hormatilah setiap orang

39. Jangan terlampau takut kepada manusia

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah

43. Bersihkan rumah daripada patung-patung berhala

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran

45. Perbanyak silaturrahim

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam

47. Jangan banyak bercakap

48. Beristeri dan bersuami apabila cukup syarat

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin

52. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga

53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan

54. Hormatilah kepada guru dan ulama

55. Banyakan berselawat keatas Nabi s.a.w

56. Cintai keluarga Nabi s.a.w

57. Jangan terlalu banyak hutang

58. Jangan terlampau mudah berjanji

59. Selalu ingat saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan
sementara

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang pada perkara yang tidak berguna

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita

65. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan

66. Jangan membenci seseorang karana fahaman dan pendirian

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan

70. Jangan melukai hati orang lain

71. Jangan biasakan bercakap bohong

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapat kerugian

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya daripada kita

78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa

85. Hargai prestasi dan pemberian orang

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang berkaitan tidak menyenangkan

88. Sediakan waktu untuk bersenam sesuai dengan berlandaskan agama dan keadaan diri
kita

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan
jasa kita

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata
sesuatu yang menyebabkan orang lain terhina

93. Jangan cepat percaya kepada berita tidak baik yang berkaitan teman kita,sebelum dipastikan kebenarannya

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak
berlebihan

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri

97. Waspadalah setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan
kehidupan

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan
melahirkan kerosakan

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang


Wallahu'alam....

Rahsia Tiga Pertanyaan

Rahsia Tiga Pertanyaan

Pada masa permulaan Islam, ketika orang berduyun-duyun memeluk Islam, orang-orang kafir Quraisy semakin tidak suka kepada Nabi Muhammad saw dan pada perkembangan islam yang pesat.

Ketika itu, di kota Yathrib, iaitu kota yang setelah Nabi berhijrah ke sana dinamakan Madinah, tinggallah sekelompok orang Yahudi yang jumlahnya sangat ramai termasuk Ahlul Kitab kerana mereka memiliki Kitab Taurat. Akan tetapi Kitab Taurat yang ada ditangan mereka telah mengalami beberapa perubahan. Jadi, ianya tidak sempurna seperti sewaktu diturunkan kepada Nabi Musa AS.

Kaum kafir Quraisy mengirim utusan supaya menemui para pendeta Yahudi di Yathrib. Utusan itu menceritakan tentang munculnya Muhammad sebagai nabi dan utusan Allah swt. Utusan itu juga menceritakan bahawa Muhammad saw mengaku menerima wahyu dari Allah swt.

Utusan kafir Quraisy itu berkata kepada pendeta Yahudi, “kamu adalah pemuka bangsa Yahudi. Kamu adalah Ahlul Kitab yang pertama. Kamu memiliki ilmu tentang kenabian yang tidak kami miliki. Maka beritahulah kepada kami, apakah pendapat kamu tentang Muhammad?”

Seorang pendeta Yahudi menjawab. “cubalah kamu tanyakan tiga perkara kepadanya. Tanyakanlah tentang sekumpulan pemuda yang hidup pada zaman dahulu dan memiliki kisah yang menakjubkan. Lalu, tanyakan kepadanya tentang lelaki gagah perkasa yang mengembara ke timur dan ke barat. Tanyakan juga kepadanya tentang roh, apakah roh itu? Jika dia dapat menjelaskan yang pertama dan yang kedua, serta tidak menjelaskan yang ketiga, bererti dia benar-benar adalah seorang Nabi.”

Utusan Quraisy itu pun kembali ke Mekah. Apabila sampai, mereka mengkabarkan ucapan pendeta Yahudi pada pemuka kaum kafir Quraisy. Kemudian mereka sama-sama menguji Rasulullah saw dengan tiga pertanyaan itu.

Untuk menjawab tiga soalan itu, Allah swt menurunkan surah al-Kahfi. Dengan surah Kahfi itu, beliau menjawab tiga pertanyaan dengan tepat.

Soalan pertama dijawab dengan cerita tentang Ashabul Kahfi, sekumpulan anak muda yang memasuki gua kerana melarikan diri dari dikejar raja yang zalim, bengis, lagi kejam. Anak-anak muda itu disertai seekor anjing. Mereka tertidur dalam gua lebih daripada tiga ratus tahun. Ketika bangun, mereka mendapati negeri mereka telah berubah. Semua orang mengetahui kisah mereka, berasa takjub. Rasulullah menjelaskan kisah Ashabul Kahfi itu secara ringkas dan jelas.

Soalan kedua,beliau jawab dengan kisah Zulqarnain. Seorang raja perkasa yang menundukkan ramai raja dan mengelilingi dunia timur dan barat. Sehingga akhirnya, Zulqarnian bertemu dengan kaum yang memintanya supaya membina tembok pemisah di antara mereka dengan Ya’juj dan Ma’juj, agar mereka aman dari kejahatan Ya’juj dan Ma’juj, hingga ke akhir kisah.

Soalan Ketiga,adapun pertanyaan mereka yang ketiga iaitu tentang Roh, maka Rasulullah saw menjawabnya dengan firman Allah swt dalam surah al-Isra’ (17) ayat 85, ‘Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang Roh. Katakanlah, Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan aku tidak diberi ilmu kecuali sedikit.’

Dengan demikian, Rasulullah saw telah menjawab ketiga-tiga pertanyaan itu dengan tepat, kerana beliau mendapat bimbingan terus dari Allah swt. Seketika itu, ramai dari kaum kafir Quraisy yang percaya bahawa Nabi Muhammad saw benar-benar seorang Nabi utusan Allah, dan ajaran Islam yang beliau bawa adalah benar-benar datang dari Allah. Akan tetapi, walaupun mereka mengetahui hal itu, tetap saja ramai orang kafir yang tidak mahu beriman. Kekafiran mereka tak lain disebabkan kerana rasa sangsi, angkuh dan cinta pada dunia.

Kiriman: Layyinul Hasnie

Wallahu'alam....

Tujuh Rombongan Iblis Dan Syaitan Ketika Sakaratul Maut

Syaitan & Iblis sentiasa mendampingi manusia supaya manusia mengikut segala hasutannya.Tidak kira di mana kita berada,syaitan akan tetap datang untuk menggoda kita. Apabila sudah tergoda,berbagai-bagai maksiat yang kita terlanjur lakukan.Akan tetapi di saat sakaratul maut,iblis tidak datang lagi untuk kita melakukan maksiat,tatapi dia datang untuk menukarkan akidah kita.Walaupun kita bergelar umat islam,namun belum pasti kita dapat mati dalam keadaan Islam.

Rombongan 1

Iblis itu datang dengan pelbagai rupa bentuk yang pelik dan aneh seperti emas,perak,makanan dan minuman yang lazat-lazat.Jika sewaktu hidupnya dia seorang yang tamak haloba pada barang-barang tersebut,maka akan disogokkan segala keperluan itu hingga nyawanya bercerai daripada tubuh. Dia mati dalam keadaan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 2

Iblis itu datang menyerupai rupa binatang yang ditakuti manusia seperti harimau,ular,singa atau kala jengking yang berbisa,maka dia meraung ketakutan semasa itu. Di waktu itu tercabutlah nyawanya.

Rombongan 3

Iblis itu datang menyerupai binatang yang menjadi minat kepada bakal si mati. Kalau dia berminat kepada burung,maka akan datang iblis itu menyerupai burung.Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu, matilah dia dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 4

Iblis menjelma dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati. Maka, semasa itu ,dia berusaha untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.Apabila sampai waktu maut itu,matilah dia dalam keadaan fasik dan munafik.

Rombongan 5

Iblis menjelmakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu.Contohnya, ibunya membawa makanan dan minuman yang sangat diharapkan orang yang dalam Sakaratul Maut.Lalu dia menghulurkan tangan untuk mencapai makanan dan minuman tersebut.Maka jika dia sudi menerimanya dengan tanpa berfikir panjang, ketika itu matilah dia dalam kekafiran yang nyata.

Rombongan 6

Iblis menjelmakan dirinya sebagai ulama'-ulama' yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata,”wahai muridku, lama sudah kami menunggumu. Pelbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sakit di sini. Oleh itu, kami bawakan doktor dan bomoh bersama-sama ubat untukmu”.

Lalu dia minum ubat tersebut, penyakit itu hilang dan kemudian penyakit itu datang lagi. Lalu iblis yang menyerupai ulama' berkata” kali ini kami datang untuk memberi nasihat agar kamu mati di dalam keadaan baik,tahukah kamu bagaimana hakikat Allah? Orang yang dalam sakaratul maut menyatakan dia tidak tahu.

Iblis itu mula memasang perangkapnya dengan berkata” ketahuilah ,aku ini adalah seorang ulama yang hebat ,aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah memperolehi syurga yang paling tinggi.Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalu kamu ingin mengetahui Zat Allah, hendaklah kamu patuh kepada kami”.

Si bakal mati memandang ke kanan dan ke kiri, terpersonalah dia melihat sanak saudaranya berada dalam kesenagan syurga.kemudian dia berkata” Bagaimanakah Zat Allah ?” Iblis itu merasa gembira kerana perangkapnya sudah mengena lalu berkata”Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu”.

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis ,maka si bakal mati itu dapat melihat satu benda yang sangat besar ,seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Iblis berkata” Itulah dia Zat Allah yang patut kamu sembah”. Si bakal mati peun berkata” Wahai guruku ,bukankah ini benda yang benar-benar besar, tapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda ini ada di kirinya dan kanannya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk , sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain dari yang kita ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini”.

Dalam keadaan masih ragu-ragu, malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya. Maka matilah orang itu dalam kekafiran dan kekal di dalam neraka.

Rombongan 7

Iblis terdiri dari 72 barisan(menyerupai iktikad rasulullah bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu puak sahaja yang benar(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi kumpulan termasuk ke neraka kerana kesesatan.iblis mengacau dan mengaggu si bakal mati dengan 72 macam godaan dan setiap satunya berlainan.

Hanya dengan kalimah “Laa ilaaha illallah” dapat menyelamatkan si bakal mati daripada 7 rombongan iblis laknatullah. Banyakkan lah berdoa supaya kita terselamat dan masih kekal sebagai umat islam di ambang sakaratul maut.

Hadis Rasulullah menerangkan ,”Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut”.

Kiriman: Layyinul Jauza


Wallahu'alam....

Online Dengan Tuhan

Online Dengan Tuhan

Doa adalah penghubung terus dengan tuhan.ia merupakan sumber kekuatan bagi setiap insan..penghubung tanpa wayar ini membuatkan insan itu lebih dekat dengan Penciptanya..walau badai yang melanda malah ribut taufan sekalipun yang berkunjung…kita masih lagi dapat berhubung dengannya dalam keadaan getir seperti itu.

Allah itu mendengar rintihan hamba-hambaNya.Betapa besarnya doa itu pada pandangan Allah.Allah berfirman:"berdoalah engkau semua padaKu, pasti Aku mengabulkan doamu semua itu”(Ghafir:60)

Akan tetapi,bila dinilai kembali,adakalanya doa kita masih belum dimakbulkan olehNya.Oleh disebabkan itu,kita mula merasa jemu untuk terus berdoa.Rasulullah s.a.w pernah berpesan:”berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan yakin doa itu diperkenankan dan ketahuilah sesungguhnya Allah tidak memperkenankan doa yang timbul dari hati yang lalai dan sibuk dengan hal lain”(hadis riwayat Tarmizi & al Hakim)

Ibrahim Adham, seorang ulama terkenal ada memberi panduan tentang 10 sebab mengapa doa masih belum mendapat respons(dimaqbulkan):

1)kamu telah mengetahui tentang Allah tetapi belum ditunaikan hak-Nya.

2)kamu telah membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

3)kamu mengetahui tentang syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4)kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.

5)kamu mengatakan ingin masuk syurga tetapi tidak mengamalkan apa-apa amalan yang boleh membawamu ke syurga.

6)kamu ingin selamat daripada neraka tetapi ternyata kamu menempah jalan untuk masuk ke dalamnya.

7)kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak membuat persediaan menghadapi mati.

8)kamu sibuk meneliti aib atau kelemahan teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

9)kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak bersyukur kepada Nya

10)kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran daripada mereka.


Wallahu'alam....


Kiriman: Layyinul Jauza

PEMBANGUNAN AKHLAK UMMAH

KE ARAH MEMBANGUN AKHLAK UMMAT

Akhlak merangkum suatu sifat semulajadi yang dimiliki oleh seseorang,sifat yang diperolehi dalam diri melalui proses latihan,pendidikan,Agama dan sebagainya.akhlak juga mengandungi batiniah(dalaman) serta zahir yang direalisasi dalam bentuk kelakuan.

Al marhum Syaikh Said Hawwa dalam bukunya; "al Mustakhlas Fi Tazkiati al Anfus" menerangkan mekanisme tersebut sebagai Induk-Induk Tazkiah al Nafs atau Penyucian Diri.
Menurut beliau, tazkiyah al nafs atau boleh disebut sebagai pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan induk-induk tazkiyah berikut;

Solat,zakat dan infak.Puasa,haji,membaca al qur'an,zikir,memikirkan penciptaan Allah,mengingati mati dan memendekkan angan-angan.Muraqabah,muhasabah,mujahadah dan mu'atabah.Jihad,amal makruf dan nahi anil mungkar,dedikasi dan bersifat tawadduk.Mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.
Mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.

Beliau telah menghuraikan dalam buku tersebut dengan panjang lebar dan wajar sekali ditela'ah oleh setiap kalangan yang prihatin mengenai masalah ini.

Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:

1-Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin.

Pendidikan akhlak tidak hanya melalui indoktrinasi atau penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat; di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut. Sebaliknya, pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan/penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):

"Barang sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bersikap luhur, nescaya Allah menjadikannya seorang yang luhur. Barang sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bersifat mandiri ( tidak memerlukan pertolongan orang lain), nescaya Allah memberikannya sifat kemandirian. Barang siapa yang bersungguh-sungguh untuk bersabar, nescaya Allah akan jadikannya seorang yang penyabar."

Rasulullah bersabda lagi (bermaksud):

"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka (menjangkau) sepuluh tahun.

Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, infak, zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang.

2- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang baik

Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.

Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman,yang bermaksud:

"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur."

Surah al 'Araf, ayat 58

Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam social interaction yang distructive dan tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena dekadensi moral berkenaan.

3-Qudwah Hasanah.

Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan Utopia zaman dahulu kala atau idealisme khyalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah."

Surah al Ahzab, ayat 21

4- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam.

Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang multazim ini mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan mak'ruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan.

5- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakkannya.

Tatanan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Institusi hisbah, jabatan-jabatan penguatkuasa, polis adab, jabatan bimbingan dan nasihat, jentera pendidikan, jawatankuasa-jawatankuasa masyarakat boleh memastikan perlaksanaannya. Saidina Othman mengatakan: "Apa yang tidak dapat diubah oleh al-Qur'an, Allah mengubahnya dengan kekuasaan".

Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam kepentingan yang lebih vital dan menentukan.

Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut :

6- Peranan Media Massa

Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan syakhsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya kormesial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media Massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.

7- Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh :

a. Menggandakankeberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas.

b. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi.

c. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya.

d. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asoh agar tidak menjadi mata duitan.

Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya.

Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Justru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.

Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakkan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya; samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan dan tertancap dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampan lagi untuk digunakan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan salat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (kerana enggan sembahyang) apabila umur mereka sepuluh tahun".

(Hadith ditakhrijkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya.

Rasulullah telah mendidik anak perempuan dan cucu baginda. Baginda tidak pernah memukul mereka. Baginda telah berjaya mendidik dengan perasaan kasih sayang tetapi tegas. Baginda membimbing mereka dengan menunjukkan teladan yang baik

Pendidikan akhlak Islam di sekolah juga menekankan tentang perlunya proses pembelajaran di laksanakan dalam suasana yang menyenangkan sejajar dengan tahap kematangan murid serta selaras dengan persekitaran budaya yang melatari kehidupan mereka. Ini bertepatan sekali dengan firman ALlah,yang bermaksud :

"ALlah tidak mempersukarkan kamu dalam beragama "

(Surah al-Haj : ayat 78)

Firman Allah lagi,yang bermaksud:

"Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu.

(Surah Ali Imran : ayat 159)

Rasulullah s.a.w menerangkan:

Ilmu itu (diperolehi) dengan belajar , sikap hilm (sabar) dengan melatih diri bersifat sabar.Carilah ilmu dan carilah di samping ilmu sifat tenang dan hilm.Berlemah-lembutlah kepada orang yang kamu ajar dan orang yang kamu belajar daripada mereka (ilmu pengetahuan). Janganlah kamu menjadi ulama' yang bongkak/kasar nanti sifat jahil kamu mengatasi (sikap baik) kamu.

Saidina 'Umar berkata :

Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALlah nescaya tidak diturutnya kemahuannya.Siapa yang takut kepada ALlah nescaya ia tidak bertindak sesuka hati. Kalaulah tidak hari kiamat nescaya kamu akan lihat lain dari apa yang kamu lihat sekarang.

Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhii oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya.

Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, nazir, guru, murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannyanya.

Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan suasana yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih positif. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik dari merawat".

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan atau memenuhi masa lapang murid, menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain.

8- Peranan rakan sebaya

Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua.

Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .Rasulullah SAW bersabda: " Bagaimanakah nanti keadaan kamu jika kaum wanita kamu melampaui batas, pemuda kamu bersikap liar dan kamu meninggalkan jihad. Sahabat bertanya: Adakah keadaan begitu akan berlaku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Demi Allah yang nyawa aku di tangannya, yang lebih buruk dari itu akan berlaku . Bagaimanakah nanti keadaan kamu jika kamu meninggalkan amar ma'ruf dan nahy anil mungkar. Sahabat bertanya: Adakah keadaan begitu akan berlaku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Demi Allah yang nyawa aku di tangannya, yang lebih buruk dari itu akan berlaku. Bagaimanakah nanti keadaan kamu jika kamu menanggapi yang ma'ruf itu sebagai mungkar dan yang mungkar itu sebagai ma'ruf. Sahabat bertanya: Adakah keadaan begitu akan berlaku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Demi Allah yang nyawa aku di tangannya, yang lebih buruk dari itu akan berlaku. Bagaimanakah nanti keadaan kamu jika kamu melakukan yang mungkar dan meninggalkan yang ma'ruf dan menanggapi yang ma'ruf itu sebagai mungkar dan yang mungkar itu sebagai ma'ruf. Sahabat bertanya: Adakah keadaan begitu akan berlaku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Demi Allah yang nyawa aku di tangannya, yang lebih buruk dari itu akan berlaku. Bagaimanakah nanti keadaan kamu jika kamu menyuruh yang mungkar dan mencegah yang ma'ruf. Sahabat bertanya: Adakah keadaan begitu akan berlaku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Demi Allah yang nyawa aku di tangannya, yang lebih buruk dari itu akan berlaku. Allah berfirman: "Aku akan turunkan fitnah konflik kepada mereka sehingga orang yang paling sabar di kalangan mereka kebingungan".

9- Peranan rumah ibadah

Antara rumah ibadat yang paling penting dalam Islam ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjama'ah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. sebab itu perkara yang pertama dilakukan oleh Rasulullah SAW. ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh Islam dan akhlak . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah . Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau dipekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan syakhsiyah umat . Antaranya ialah:

Kelas Fardu Ain,Kelas Tajuid & Qiraat,Kelas Bimbingan Remaja,Kelas Bahasa Arab,Ceramah Berkala,Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah,Kursus Rumahtangga Bahagia,Kursus Pengurusan Jenazah,Madrasah atau Sistem Pengajian Formal,Kursus Dakwah dan Imamah,Acara Tadarus al-Quran,Khemah Ibadan & Qiamullail,Kursus Pengurusan Masjid,Kegiatan Amr Ma'ruf& Nahi Munkar,Seminar Pengurusan Sumber Masjid,Kempin Memakmurkan Masjid,Membentuk organisasi Belia Masjid(Rakan Masjid) dan seumpamanya.


tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat adalah suatu tanggongjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam. Mereka tentulah manusia yang mempunyai keruhanian yang amat tinggi, amalan-amalan ruhaniah yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w . Mereka mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak ummat Islam.

Allah Ta'ala berfirman,yang bermaksud:

"Siapa yang ingkar dari menurut peringatanKu ia akan hidup menderita . Kelak Aku akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam kaadaan buta .."

(Surah Taha : 124)


Wallahu'alam....

Artikel "PEMBANGUNAN AKHLAK UMMAH" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Cinta Yang Wajib Allah Dan Rasul-Nya

Cinta Allah Dan Rasul-Nya

Dalam kitab Ihya` Ulumuddin karangan Imam Ghazali : Sesungguhnya ulama’ telah bersepakat bahawa cinta semata-mata untuk Allah dan Rasul adalah wajib. Bagaimanakah kita diwajibkan untuk mencintai suatu yang tidak nampak pada pandangan mata dan bagaimanakah pula ditafsirkan cinta dengan ketaatan.

Taat menyusul selepas cinta, kerana cintalah yang membuahkan ketaatan. Jadi, tidak dapat tidak didahulukan cinta dan menyusul kemudiannya ketaatan kepada siapa yang dicintai. Dalil bahawa perlu meneguhkan cinta kepada Allah swt adalah firman Allah swt yang bermaksud :

“Allah kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Allah….” [Al- Maidah : 54 ]

Dan juga firman Allah,maksudnya :

“Dan orang yang beriman lebih cinta kepada Allah…” [Al-Baqarah : 165 ]

Diriwayatkan daripada At Tarmizi,maksudnya :

Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw “Aku menyintaimu” Bersabda Rasulullah saw: “Bersedialah kamu untuk menanggung kemiskinan” . Lelaki itu berkata lagi : “Aku menyintai Allah swt”. Rasulullahsaw bersabda : “Bersedialah untuk menerima ujian”.

Dalam hadis yang lainnya : “Tidak sempurna iman seorang kamu sehingga ia menyintaiku lebih daripada keluarganya , hartanya dan manusia seluruhnya” .

Kecintaan Mus`ab bin Umair ra

Saidina Umar ra menceritakan bahawa : Rasulullah saw melihat Mus`ab bin Umair ra, padanya tali pinggang yang diperbuat dari kulit kibasy, maka bersabda Rasulullah saw: “Lihatlah lelaki ini, Allah telah mencampakkan nur di dalam hatinya , aku telah melihat dia bersama ibubapanya menikmati kehidupan yang mewah dengan makanan yang amat lazat. Tetapi beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan yang dinikmatinya itu semata-mata kerana cintakan Allah” .

Mus’ab bin Umair sanggup menghadapi segala mehnah dalam kehidupan dan dia redho dengan Allah swt. Inilah dia hakikat ibadat dalam Islam, akur dan tunduk kepada Allah diiringi dengan matlamat kecintaan yang mendalam ke hadrat Ilahi.

Khabab berkata : Kami berhijrah bersama Rasulullah .saw, Allah .swt adalah harapan kami, dengan itu maka wajarlah kami mendapat ganjaran dari Allah. Dari kalangan kami, usaha mereka membuahkan hasil dan dituai di dunia lagi. Sebahagian yang lain tidak berkesempatan, peluang menikmati hasil di dunia berlalu begitu sahaja, ia adalah Mas`ab bin Umair. Terkorban syahid dalam peperangan Uhud. Tiada padanya, melainkan baju yang basah. Apabila kami menutup kepalanya bahagian kaki terbuka. Apabila kami menutup kakinya, terbuka pula bahagian kepalanya. Maka bersabda Rasullullah saw: “Tutuplah kepalanya, letakkan di atas kakinya azkhar ( sejenis tumbuhan dari padang pasir )” .

Para sahabat yang menongkah arus menempuh gelombang hidup bersama Rasullullah saw, sentiasa mendampingi Baginda, menyintai Baginda sehingga sanggup bersusah-payah. Mereka juga melebihkan kemaslahatan Rasulullah dari segala-galanya. Tahap kecintaan mereka sampai ke darjat itu kerana mereka dapat melihat pada diri Rasulullah .saw segala contoh teladan yang tidak didapati diri orang lain. Itulah cinta untuk mengikut dan menurut segala perilaku Baginda. Cinta Rasul yang hakiki menjelma menerusi amal ketaatan kepada Allah swt . Begitu juga cinta pada Allah yang hakiki adalah dengan mengikut jejak sunnah Rasulullah .saw . Benarlah Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad) : “ Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

[Ali- Imran : 31 ]

Thauban sangat menyintai Rasullullah saw hingga tidak dapat menahan ledakan perasaan cintanya;

Suatu hari ia datang menemui Rasulullah saw. Air mukanya telah berubah dan kelihatan sedih. Maka Rasulullah .saw bersabda yang maksudnya : “Apakah yang menyebabkan air mukamu berubah ? Maka Thauban berkata :“Wahai Rasulullah, keperitan yang kurasa dan kesakitan yang menimpaku adalah berpunca dari kerinduanku kepadamu yang mendalam, sehinggalah aku berjumpa denganmu. Apabila aku ingatkan akhirat, aku bimbang aku tidak akan dapat melihatmu kerana engkau berada di darjat yang tinggi bersama nabi – nabi. Jika aku masuk syurga aku berada di tempat yang rendah dari tempatmu. Sekiranya aku tidak masuk syurga aku tidak dapat melihatmu buat selama-lamanya” .

Setelah itu turunnya ayat yang bermaksud:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan ( ditempatkan di syurga ) bersama–sama orang–orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqin, dan orang – orang yang Syahid, serta orang – orang yang salih. Dan amatlah elok mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang orang yang taat ) .

[An-Nisa’` : 69 ]

Sesungguhnya asas ibadat adalah cinta semata mata kepada Allah. Hanya kepada Allah .s.wt dipasrahkan seluruh jiwa raga dan kecintaan. Tiada cinta lain yang mengiringi kecintaan terhadap Allah swt . Meskipun ada cinta yang selain daripadaNya namun ia juga adalah kerana Allah pada jalan menuju kepada-Nya,dan mendapat keredhoan-Nya.


Wallahualam....

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...