Pages
▼
Ghazwah Badar al-Kubra
Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. la bermula apabila Nabi s.a.w. mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukannya dengan tujuan peperangan. Walau bagaimanapun kafilah yang diketuai oleh Abu Suffian tersebut telah terselamat daripada sekatan orang Islam. Namun Abu Suffian sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. Rentetan permintaan tersebut, Quraisy telah keluar dengan bilangan kira-kira 1000 orang tentera. Antaranya 600 orang tentera berbaju perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam.
Sementara itu, bilangan orang Islam pula seramai 313 atau 314 orang. Kebanyakan mereka daripada golongan Ansor. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut dari satu masa ke satu masa. Sebelum Nabi s.a.w. memasuki pertempuran, Baginda ingin mengambil pandangan para sahabatnya, khususnya kaum Ansor. Baginda ingin mengambil pandangan mereka untuk terlibat dalam peperangan. Kaum Muhajirin telah mencadangkan kepada Baginda untuk terlibat dalam peperangan itu. Mereka telah berucap dengan baik.Kemudian Ansor menyedari Baginda mahukan pandangan mereka. Lantaran itu, Saad bin Muaz, ketua Ansor, berkata kepada Baginda: "Wahai Rasulullah, kami telah beriman dengan kamu, membenarkan risalahmu. Kami menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar dan kami telah berikan janji juga ikrar untuk mendengar arahan dan taat kepadamu.Oleh itu,teruskan wahai Rasulullah, apa yang kamu mahu. Kami tetap akan bersama kamu. Demi Tuhan yang mengutuskan kamu membawa kebenaran, kalau kamu bentangkan kepada kami laut ini, nescaya kami akan meng-harunginya bersama kamu. Tiada seorang pun daripada kami yang tercicir. Kami tidak benci untuk bertemu dengan musuh kami besok. Kami kaum yang sabar ketika perang dan jujur (tidak belot) ketika bertemu musuh. Semoga Allah membuatkan sesuatu berlaku kepada kalangan kami yang menggembirakan kamu.Berangkatlah bersama kami dengan berkat Allah."
Sahabat yang lain juga berucap seumpama itu. Rasul s.a.w. merasa gembira dengan
jawapan itu, seraya bersabda:
"Berangkatlah kamu dengan berkat Allah. Bergembiralah. Sesungguhnya
Allah telah menjanjikan kepadaku untuk berhadapan dengan salah satu
kumpulan; sama ada kafilah dagang ataupun angkatan tentera."
Kemudian Rasul s.a.w. berjalan sehingga sampai ke perigi Badar yang paling hampir
lalu Baginda berhenti di situ. Lantas al-Hubab bin al-Munzir bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah tempat ini ditetapkan oleh Allah Taala kepada kamu; di mana kamu tidak bolehterkedepan mahupun terkebelakang. Atau ia merupakan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah?"
Rasul s.a.w. menjawab:
"Bahkan ia berdasarkan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah".
Maka al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda agar berpindah ke tempat lain yang lebih strategik dan membolehkan orang Islam menyekat air Badar sampai kepada orang musyrik. Oleh itu, Rasul s.a. w. dan para sahabat Baginda berangkat sehingga mereka sampai ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab. Mereka kemudiannya berhenti di situ.Seterusnya Saad bin Muaz mencadangkan agar dibina sebuah khemah untuk Rasul s.a.w. di belakang barisan tentera Islam. Sekiranya Allah memuliakan mereka dengan kemenangan, itulah yang mereka sukai. Jika tewas, Baginda boleh menaiki tunggangannya dan kembali menyertai orang Islam di Madinah. Saad berkata kepada Baginda: "Sebahagian orang Islam tidak hadir bersama kita, wahai Nabi Allah. Ini bukanlah bererti cinta kami terhadapmu lebih hebat berbanding mereka. Jika mereka tahu kamu akan berperang, nescaya mereka tidak tercicir untuk turut serta bersamamu."
Oleh itu, Nabi s.a.w. mendoakan kebaikan untuk Saad bin Muaz. Baginda memerintahkan agar dibina sebuah khemah untuk Baginda. Apabila kedua-dua kumpulan (orang Islam dan orang musyrik) bersemuka, Rasul s.a.w. meluruskan barisan orang Islam,membakar semangat mereka untuk berperang dan memotivasi mereka untuk mati syahid.
Baginda bersabda:
"Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, sesiapa yang
memerangi mereka (tentera orang musyrik) pada hari ini, kemudian dia
terbunuh dalam keadaan penuh kesabaran dan ikhlas, terus maju dan tidak
lari dari medan pertempuran, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam
syurga."
Setelah itu Baginda pulang ke khemah bersama Abu Bakar dengan dikawal oleh Saad bin Muaz yang siap menghunuskan pedangnya. Rasul s.a.w. mula berdoa. Antara doa Baginda:
"Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu
binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan
disembah lagi di muka bumi."
Baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Abu Bakar berkata: "Cukuplah.
Sesungguhnya AlIah akan melaksanakan janji-Nya untukmu."
Kemudian peperangan meletus dan berakhir dengan kemenangan orang Islam.Kirakira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar dengan kesyirikannya,Abu Jahal.Turut terbunuh sebahagian pemimpin mereka.Mereka yang ditawan pula kira-kira 70 orang.Baginda telah memerintahkan agar semua yang terbunuh dikebumikan.Baginda pulang ke Madinah dan melakukan syura dengan para sahabat Baginda tentang urusan tawanan perang.
Umar mencadangkan supaya mereka dibunuh.Abu Bakar pula mencadangkan supaya mereka menebus diri mereka. Rasul s.a.w. menerima cadangan Abu Bakar.Oleh itu, orang musyrik telah menebus tawanan mereka dengan harta.
Terdapat beberapa ayat al-Quran al-Karim telah turun berkenaan Ghazwah Badar ini. Allah Taala berfirman dalam surah Ali Imran yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam
peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit
bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu
kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang
beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu,
bahawa Allah membantu kamu dengan 3,000 tentera dari malaikat yang diturunkan?,
Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa,
dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya
Allah membantu kamu dengan 5,000 malaikat yang bertanda masing-masing.
Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana
memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan
bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan
itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan
dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya
mereka kembali dengan hampa kecewa.”
(All Imran: 123-127)
Al-Quran juga menegur Rasulullah s.a.w. kerana menerima tebusan harta bagi tawanan perang. Allah Taala berfirman:
Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi.Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.
(Al-Anfal: 67-68)
Sekian Wallahu’alam....
Terima Kasih =)
BalasPadam