KENALI SYEIKH ABDUL HALIM MAHMUD

Syeikh Abdul Halim Mahmud adalah Imam besar al-Azhar pada tahun 1973,lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed, di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir

Sifat dan kejahatan Yahudi dalam Al-Quran

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].

VIDEO KLIP DALAM KA'BAH

Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarah, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a.

VIDEO KLIP PERANG SINAI (Mesir) 1967-1973

Mimpi yang benar oleh mantan Syeikh Al-Azhar,Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud,mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel.

KISAH-KISAH DALAM AL-QURAN BUKTI MUKJIZAT

Al-Qur’an adalah Kalam Allah S.W.T. yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai risalah Tuhan Yang Maha Agung.

REVOLUSI DAMANHUR MESIR 2011


CATATAN PERISTIWA RUSUHAN DI DAMANHUR,MESIR 2011

25 januari yang lalu,Mesir di gemparkan dengan peristiwa rusuhan besar-besaran oleh masyarakat awam Mesir terhadap pemerintahan presidennya,Husni Mubarak.Slogan 'Anti Mubarak' mula kedengaran di dataran Tahrir,Qaherah,kemudian merebak meluas ke wilayah-wilayah Mesir yang lain,seperti di Iskandariah,Port Said,Suez,Damanhur,Kafru Syeikh,Tanta dan lain-lain kawasan.

Pada kali ini,kami ingin menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan para pelajar Malaysia dalam suasana di sebuah negara pasca 'rusuhan' baru-baru ini di Mesir,terutamanya di wilayah Damanhur (buhaira).Untuk pengetahuan semua,wilayah ini terletak kira-kira 2 jam setengah perjalanan dari Kaherah ke Damanhur dan mengambil masa selama 45 hingga 50 minit ke bandar Iskandariah.Wilayah ini juga,merupakan kubu kuat pembangkang (anti kerajaan) dari jamaah Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hassan Ahmad Abdul Rahman al-Banna [Imam Hassan Al-Banna] anak kelahiran bumi Damanhur Buhaira,beliau pemimpin jamaah Ikhwanul Muslimin 1928-1949.

Manakala dari sektor pekerjaan,kebanyakan masyarakatnya bekerja sebagai petani dan sehinggakan wilayah ini dikenali sebagai bandar 'hijau'(bandar pertanian) terkenal dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar,bandar ini juga dikatakan dapat mengeluarkan hasil tanaman yang mencukupi menampung bagi pasaran dalam negara dan ada yang di eksport ke luar negara untuk pasaran negara teluk dan eropah,seperti epal,mangga,strawberry,gandum,pisang,kurma,kobis,cili dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang lain.

Kehidupan disini tidak jauh berubah seperti kehidupan di kampung Malaysia,keadaan disini senyap,aman,bersih dan tidak seprti hidup di kota metropolitan Kaherah,sesak,bising,dengan hiruk-pikuk pembangunan dan kesebokan jalan raya,aktiviti perniagaan,pusat pelancongan terkenal dan merupakan kawasan utama pusat pentadbiran kerajaan yang sedia ada pada ketika ini.Namun begitu,apa yang terjadi pada kali ini,kami benar-benar di duga menginsafi diri akan bahana bahayanya jika sesebuah negara itu berada didalam keadaan huru-hara qanun darurat.Bersyukurlah kepada ilahi,keadaan di Malaysia rakyatnya hidup aman,tenteram,harmoni dan rakyatnya hidup toleransi dengan pelbagai agama,bangsa dan budaya.

Kalau dilihat perspektif kehidupan rakyat disini,rata-rata masyarakatnya mempunyai kehidupan yang daif(susah) dibawah taraf kemiskinan,kalau ada pun yang kaya,tidak ramai hanya sebilangan sahaja,bak kata orang 'yang kaya semakin kaya' dan yang susah semakin melarat dan merempat.begitu susah masyarakat disini,meneruskan kehidupan seharian mereka,lebih-lebih lagi keadaan sekarang kacau-bilau,harga barang naik mendadak dan keadaan yang tidak aman dan tenteram.Jika sebelum ini,kalau kita lihat rusuhan di sini,tidak la sehebat sekarang ini,bahkan pada kali ini,rakyatnya bangkit beramai-ramai tidak kira masyarakat Islam atau kristian(koptik),mereka bersatu menentang pemerintahan dasar kuku besi(zalim) pihak pemerintah yang sudah memerintah Mesir selama 30 tahun oleh presidennya Husni Mubarrak.

Jika dilihat pada sekitar tahun tahun 2006-2008,hanyalah terdapat rusuhan kecil di sesetengah tempat,di sebabkan harga tepung dan roti naik dari 5 sen sekeping ke $0.10 yang menyebabkan rakyatnya bangun memprotes pihak kerajaan.Namun begitu,keadaan kembali aman dan tenteram setelah pihak kerajaan mengambil inisiatif berdialog dengan masyarakat setempat dan rakyat bersetuju dengan tawaran kerajaan bagi menetapkan harga makanan tersebut yang merupakan makanan asasi penduduk disini.Pada tahun 2008 pula,masyarakat mesir bangkit beramai-ramai menentang dan memprotes di sebabkan dasar kejam rejim Israel yang menyerang Gaza dan membunuh rakyat palestin yang tidak berdosa,termasuk warga emas,kanak-kanak dan wanita.Diatas semangat ukhuwah 'Islam' dan fi sabie'lillah,mereka mengadakan pungutan derma untuk pejuang-pejuang Islam dan untuk kegunaan masyarakat palestin.Ketika itu,sedia maklum kita ketahui bahawa masyarakat awam palestin berada dalam keadaan yang amat genting dan terdesak,mereka sangat memerlukan bekalan makanan,pakaian,elektik,bahan api dan bahan-bahan keperluan yang lain.Malahan berdepan pula dengan kedatangan bulan Ramadhan musim sejuk yang melampau.

Tidak hairan lah,pada kali ini rakyat Mesir sebulat suara bangkit bersatu menentang pihak kerajaan zalim Husni Mubarak yang telah dipendam rakyat bertahun lamanya.mereka kecewa dan terpedaya dengan janji manis setiap kali pilihan raya berlangsung.Pada Menifiesto Pilihan Raya 2010 yang lalu,pihak kerajaan Mesir berjanji tidak akan menaikkan harga barang keperluan asas utama dan sedia memperbaiki keadaan hidup masyarakatnya."janji hanya tinggal janji"sehinggakan pada 28 haribulan januari 2011 yang lalu,rakyat Mesir khususnya pemuda-pemuda (Syabab Misr) di kawasan Damanhur,bangkit memprotes dan mengadakan rusuhan besar-besaran bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.Pada malam sebelum kejadian,kami sempat bertemu seorang kawan arab juga seorang peniaga kedai runcit yang bernama Haji Muhammad Amin Abdullah Al-Qadi yang mempunyai kedai di kawsan sayari'e galal,terletak berhampiaran dengan rumah kami.Kami berborak dengannya dan beliau bercakap secara berhati-hati,agar perbualan kami tidak didengari oleh polis rahsia(mabahis),yang terkenal dengan kehebatan risikannya di negara Arab setempat.Beliau memberitahu kami bahawa'rusuhan jalanan besar-besaran akan berlaku di sini esok berpusat di Midan Saa'h,selepas solat Jumaat'.Beliau sempat menasihatkan supaya kami semua tidak keluar rumah selepas solat Jumaat atas sebab keselamatan dan menyuruh kami mendoakan kesejahteraan Mesir dan rakyatnya kembali aman seperti sedia kala.

Pada malam itu juga,kerajaan Mesir menutup dan menyekat semua panggilan telefon dan internet yang menyebabkan kami terputus maklumat dan hubungan dengan dunia luar.'Ingatkan sekatan hanyalah sementara,tetapi berlarutan hingga beberapa hari'.sehinggakan pada keesokan harinya kami bertiga (ahli beit) mengambil keputusan berani untuk berjalan-jalan di luar dimana kami ingin melihat apakah sebenarnya terjadi dan ingin mengetahui serba sedikit keadaan di tempat kami.Selepas solat Maghrib berjemaah bersama-sama dengan penduduk dikawasan kami,lantas kami bersama-sama berjalan kaki menyelusuri di tepi jalan raya menuju ke kawasan mahkamah.ketika dalam perjalanan sempat kami berbual dan memberi nasihat sesama sendiri,ingat mengingatkan.kalau ada,terserempak dengan pihak perusuh kami akan secara automatik melarikan diri dikawasan yang terang dan selamat.Mujurla,ketika itu dari jauh lagi kami terserempak dengan kelibat perusuh kira-kira 500 meter dihadapan kami,sambil membawa kayu,pedang samurai,batang besi dan ada juga yang menggunakan senjata polis yang dirampas,kami bergegas menyelinap diri ke kawasan bawah jambatan Qubri-Alwi.

Ingatkan terus balik kerumah,tetapi kami tetap berdegil ingin melihat kembali rusuhan jalanan tersebut.Kami tawakal jer....,moga-moga kami selamat.Alhamdulillah semuanya selamat....,kami dapat melihat gelagat perusuh dan sempat merakam video dengan menggunakan handphone biasa pada malam kejadian (Maaf Video tiada - masalah teknikal).Lebih kurang 10 biji trak polis ditawan perusuh dan terdapat satu trak diletakkan tawanan didalamnya terdiri daripada polis-polis kerajaan pro-mubarak.Polis tidak mampu berbuat apa-apa,mereka hanya berdiamkan diri setelah senjata api dan kenderaan mereka di rampas perusuh.Jika sebelum ini,rakyat mesir begitu takut dan gentar dengan pihak keselamatan mesir,'dengar je polis rahsia (mabahis) kecut perut mereka,akan tetapi pada malam itu merungkaikan segala-galanya.syabas kepada syabab misr (pemuda-pemuda mesir) kerana begitu berani berjuang menuntut kembali keadilan untuk masyarakat mesir..Ahya Masr!!!..(Hidup Mesir)

Pada keesokan harinya,kami keluar pergi ke kawasan mahkamah,ingin meninjau kawasan yang paling teruk terjejas di Damanhur.Apa yang mengejutkan kami,dimana kami seolah-olah berada dalam zon perang,balai polis,mahkamah,balai bomba,trak polis dan pejabat risikan amin daulah (mabahis) musnah sama sekali dalam kebakaran akibat di bakar oleh pihak perusuh yang naik angin dan marah angkara tindakan pihak polis membunuh 5 orang rakan perusuh dengan menggunakan peluru hidup bagi menyuraikan keadaan rusuhan.

Selepas itu,kami menuju ke pasar membeli beberapa barang keperluan dapur,seperti sayur,ikan dan ayam untuk simpanan stok beberapa hari.Kami terpaksa keluar awal dan membeli bekalan makanan kerana waktu darurat
dari pukul 3 petang hingga 8 pagi esok,berkuatkuasa dibawah qanun darurat perintah berkurung setelah keadaan semakin tegang dan meruncing.

Sehari selepas itu,pada waktu malam berikutnya kami keluar ke kedai berhampiran untuk membeli sesuatu,sempat juga melihat gelagat pengawal yang terdiri daripada pemuda,golongan pertengahan dan tua berganding bahu menjaga kawasan lorong rumah masing-masing.Pencuri dikatakan semakin berleluasa mengambil kesempatan terhadap penduduk setempat setelah ketiadaan pengawasan dari pihak keselamatan (polis) Mesir yang lumpuh sama sekali.Penduduk mula mengadakan sekatan jalan raya dengan meletakkan penghadang besi,kenderaan,batu besar dan dilihat sering memeriksa kad pengenalan warganya ketika keluar masuk ke sesuatu kawasan,masing-masing bersiap-siaga dengan memegang senjata,takut-takut kalau ada pihak pencuri dan perompak yang ingin merompak rumah mereka.Ketika pulang dari kedai,kami dipanggil dan di sapa oleh pemilik kedai gunting rambut yang bernama En Muhammad.Kami bertanyakan khabar dan berborak mengenai keadaan semasa disini.

Muhammad tidak lokek akan menjawab soalan yang kami kemukakan,apabila kami mengajukan soalan,apakah sebab dan punca utama berlaku keadaan huru-hara disini wahai Muhammad? maka jawabnya sambil tersenyum."Banyak sebabnya dan punca utama antaranya,disini tiada peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak kerajaan,ramai pemuda-pemudi lulusan dari kolej dan universiti mesir yang mengangur dan terdapat sebilangannya bekerja secara tidak tetap yang masih lagi tidak boleh menjamin masa depan,hal ini amat merisaukan mereka.Kemana haluan mereka selepas ini dan haluan anak-anak dan cucu-cucu mereka kelak nanti???
Kalau ada pun,macam aku 'aku mewarisi perniagaan ini dari ayahku" kata Muhammad."Alhamdulillah,rezeki kau Muhammad" kata kami.

kemudian kami mencelah lagi,sebab lain? jawabnya,"sekarang ni nak makan pun susah,harga barang naik mendadak,dah la gaji pun kecil",riaksi diwajahnya penuh kebencian terhadap ‘Fir’aun' Mubarak.Menurutnya,purata gaji penduduk Mesir yang susah disini Le85.00 atau anggaran RM45.00 sebulan di Malaysia,sebab itulah rakyat bangun dan bangkit menentang kerajaan zalim.kebanyakannya harga barang naik dari segi keperluan makanan asasi.Kami pun menganguk dan mengelengkan kepala,tanda setuju kami terhadap kesusahan kesukaran hidup dan kebencian terhadap kerajaan zalim yang dihadapi oleh Muhammad bersama keluarganya juga mewakili 80 juta penduduk Mesir yang lain dimana sebahagian rakyatnya terpaksa mengemis dan merempat di negara sendiri.

Kemudian Muhammad menambah lagi,gejala rasuah berleluasa di dalam pentadbiran kerajaan Husni Mubarak.Tidak kira,polis,penjawat awam dan sektor kerajaan terlibat dalam gejala rasuah,ini melemahkan lagi penguatkusaan undang-undang kerajaan terhadap rakyat,kerajaan Mubarak tidak bersikap telus dan jujur dalam seperkara begini dan banyak lagi sebab lain yang menyebabkan rakyat bangkit marah bangun menentang kerajaan yang diterajui Husni Mubarak memimpin Mesir setelah sekian lama.

Akhir sekali,setelah puas berborak kami memohon diri pulang kerumah.Muhammad sempat berpesan,menyuruh kami berwaspada,jaga diri baik-baik dan jangan lupa sediakan senjata andaikata ada perompak yang mahu memecah masuk kedalam rumah,tersenyum kami mendengar pesanannya....

Maka berlakulah rentetan peristiwa selepas itu....

Video klip dibawah ini menunjukkan serba sedikit keadaan selepas berlakunya rusuhan semalam di Damanhur yang sempat kami rakamkan.


(Maaf video klip tidak lengkap)

Doa'kan semoga kami semua selamat disini dan dipermudahkan segala urusan,sementara menunggu bantuan dari pihak kedutaan Malaysia.


Wallahu'alam....

Dari Kami: Pelajar Al-Azhar Damanhur - Mohd Faizal Mohd Nan,Mohd Hafiz Amri,Hasnul Hadi Ahmad,Mohd Amir Safuan.

Artikel "REVOLUSI DAMANHUR MESIR 2011" yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.blogspot.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

PENGIKUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...